Semasa diminitkan untuk menghadiri bengkel di Mardhiyah Hotel and Suites, Shah Alam, agak reluctant sebab malas nak drive ke Shah Alam. Bukanlah malas apa, sebab keesokan harinya ada mesyuara Lemabaga Pengarah UPSI Holdings di Zenith Putrajaya, maka akan beberapa hari tidak pulang ke rumah memandangkan weekend balik ke Penang. Namun begitu demi tugas aku teruskan.
Bila tengok nama hotel ni macam sangat asing, macam tak pernah pergi walau selalu je ke Shah Alam dan tinggal di hotel-hotel di sana. Perjalanan dari Putrajaya ke Shah Alam tidaklah sukar, dan tiada jalan yang belit-belit. Just ikut sahaja waze, insyaallah boleh sampai kurang dari 50 minit. Aku memang mengharapkan waze untuk ke mana-mana dalam KL sebab memang jalan agak bersimpang siur. Kalau dulu di Penang aku hanya drive dari rumah ke tempat kerja memandangkan suami ada.. sekarang apabila hidup bersendirian memang aku kena survive dan memberanikan diri untuk explore ke mana-mana yang diperlukan.
Berbalik kepada Mardhiyah Hotel and Suites, Shah Alam.. rupa-rupanya sebelum ini ia adalah Grand Blue Wave Hotel. Seiring dengan namanya yang baru, hotel ini adalah hotel patuh syariah.. which made me feel at ease bila tinggal di sana. Sampai-sampai je ke tempat parking, dan keluar dari pintu kereta.. terus kedengaran zikir berkumandangan di ruangan parking. Alhamdulillah. Jarang sekali jumpa hotel yang sebegini.. hotel lain yang biasa aku jumpa seperti ini adalah Hotel Tamu, Kampung Baru.
Aku memang selalu teruja kalau dapat tinggal di hotel sebegini. Makan pun tiba-tiba jadi selera, bukan apa makan kat sini memang agak sedap juga. Bengkel juga berjalan lancar. Bengkel yang di urusetiakan oleh jabatan alam sekitar, NRE, menjemput kami dari Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan sebagai kolaborator. Alhamdulillah berjalan lancar semuanya.
Salah seorang staf Jabatan Pendidikan Tinggi adalah Azreen dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Seorang staf baharu yang dihantar oleh Ketua Pengarah.. bila berborak dengan beliau, rumahnya kami tinggal di apartment yang sama, dia di tingkat 32 dan aku ditingkat 16. So aku dah ada kawan satu apartment. Dia juga merupakan bekas pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, dalam jurusan yang pernah aku ajar. So, adalah persamaan di situ.
Dia ada cakap, aku tak macam pengarah lain.. pengarah lain garang-garang.. aku ni lepak je dengan staf. Ramai yang teringin nak apply masuk bahagian aku. Sebenarnya aku memang bagitau aku.. aku memang lepak jer, aku takde level.. boleh berkawan dengan semua orang.. dengan syarat kerja perlu buat dengan betul dan minimisekan kesilapan. Bila kerja aku hendak mereka kerja betul-betul.. hormat aku sebagai boss tanpa melampaui batas... setelah semua berlaku, aku boleh berkawan dengan mereka dan treat mereka as friend. Jangan over sudah...
Seteleah selesai bengkel di Mardhiyah Hotel (tinggal semalaman di sana), aku terus ke Zenith Putrajaya untuk meneruskan tugas sebagai ahli Lembaga Pengarah, UPSI Holdings.
Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepadaku untuk menggalas amanah yang diberikan kepadaku.. InsyaAllah... Amin..
~MEL
23/5/2024
Kena try sekalilah macam tu. Masjid dekat tak?
BalasPadam