Isnin, 2 September 2024

Aisyah...

 Terasa nak menulis pagi ni. Kebetulan flight dari Penang ke KLIA awal dan sampai ofis di Presint 5 awal.  Dalam hati teringat-ingatkan Aisyah.. semalam berpeluang berjumpa dengan Dr Aisyah, kawan since many years in USM. Aisyah meletak jawatan dari USM, then ke UiTM dan buat masa ini tidak bekerja dan menjaga ibunya yang sakit.

Sebenarnya aku tidaklah plan untuk berjumpa dengan Aisyah, tapi memang ada hajat nak berjumpa dengan Aisyah. Alhamdulillah Aisyah macam dapat baca hati aku setelah aku komen post beliau di FB, lantas Aisyah meesage aku dan dapat kami atur pertemuan ini. Terima kasih encik suami yang sentiasa beri peluang kepadaku untuk berjumpa dengan kawan-kawan. Actually aku jarang jer keluar jumpa kawan-kawan. Even aku di Putrajaya seorang pun aku memang malas nak keluar ke mana-mana... tempatku hanyalah back and forth dari rumah ke tempat kerja.  

Berbalik kepada perjumpaanku dengan Aisyah, kebetulan Eryna bila tau je mommy nak jumpa kawan, memang cepat dia nak ikut. So aku bawa Eryna sekali ke Elly Mellies Cafe, berdekatan rumah aku je. TQ Aisyah sudi drive dari Pulau ke seberang untuk jumpa aku. Aku sebenarnya kagum bila mana Aisyah kini menjadi caregiver kepada ibunya sepenuh masa, dan tidak bekerja buat masa ini. Bagi aku ianya satu pengorbanan yang sangat terpuji bagi seorang anak. Bukan mudah untuk berkorban kesenangan hidup sendiri walaupun untuk ibu tercinta... which is aku sgt respect..

Semasa berjumpa dengan Aisyah, aku bertanyakan tentang 'bekas' seorang kawan. Kenapa aku nyatakan bekas.. sebab dari mulut orang tu sendiri, aku merupakan 'bekas' kawan... dulu kawan berkawan rapat, tiba-tiba keluar dari seseorang, dulu aku kawan dia, sekarang bukan.. tanpa sebab yang aku tahu. Tertanya-tanya jugakan.. tapi walaupun aku dah menyangka it is something to do with my position sekarang. Dan Aisyah juga adalah 'bekas' kawan orang itu. Cuma it was 5-6 tahun lepas. Sebelum itu memang mereka berkawan sgt rapat, namun secara tiba-tiba aku dapat tahu mereka tidak lagi berkawan. Aku tak pernah bertanya kepada Aisyah sebab for me it was non of my business, tetapi bila ianya terjadi ada aku secara tidak semena-mena, aku jadi pelik. Kenapa sebenarnya...  Paling jelas sekarang ni bila berjuma orang itu sudah tidak semesra dahulu, suka mengelak dan kalau dulu rajin nak berselfie.. sekang jauh sekalilah..

After berbual dengan Aisyah.. aku buat conclusion sebabnya sama.. Aisyah tidak terus berkawan dengan orang itu kerana orang itu obses dengan level dan kedudukan dirinya, dan aku pula dia tidak mahu terus berkawan sebab aku adalah orang yang mengambil alih tempat beliau. Pening aku.. boleh putus kawan sebab pangkat ya.. serious aku tak faham. Anyway, tak mengapalah.. actually aku ni kalau dia nak balik ke sini (tempat aku sekarang) aku ok jer.. boleh aku tidur kat ketiak suami aku tiap malam ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…, tak perlu aku habis duit naik flight tiap minggu travel KL-PEN. Aku berada kat sini disebabkan aku diperlukan, dan aku menganggap ianya satu pengorbanan. Aku tak pernah minta/apply untuk ke Kementerian... aku dipanggil untuk ke sini. Tapi tindakan orang tu seperti aku merampas jawatan ini darinya, aku mcm tak boleh brainlah juga. Padahal memang dia dah tak boleh sambung di sini sebab waktu dah maksimum baginya.

Entahlah kan.. pangkat dan jawatan ini memang menggiurkan nafsu seseorang, kawan pun sanggup dibuang demi obsession dengan pangkat.

Terima kasih Aisyah... semoga Allah melipat ganda pahalamu atas pengorbananmu yang tidak terhingga. Till I meet u some other day... Moga kita dipanjangkan umur untuk bersua lagi.. InsyaAllah.. Amin..






~Mel 2 September 2024

Tiada ulasan:

Catat Ulasan