1. my mum still in hospital. aku tak puas hati sgt dgn hospital tu..
2. penat packing.. aku akan berangkat ke Spain malam esok..
3. aku dpt jadi felo desasiswa USM.. makna nya aku kena pindah masuk ke usm semula.. alahai.. malas betul nk pindah.. tp memikirkan bnyk kelebihan dok kat dlm tu.. terima je la..
4. aku cadang nk singgah KL jab after get back dr spain nnt. flight aku direct penang.
5. sebenarnya tiket ke spain lom ada lg ni walaupun dh komfem.. baguskan?
6. harap2 everything will be okay... just too tired to think properly..
~mel
mengharapkan cahaya.. utk segalanya..
Ahad, 28 Jun 2009
cahaya dari putrajaya..
Sabtu, 27 Jun 2009
mak..
Ibuku nampak tenang masa ni.. tapi bila dia jaga.. hanya Allah yg tahu betapa derita akan dirinya.. :(
Misi memasukkan makanan/susu ke dlm tiub ke hidung mak. Semalam aku buatkan sendiri utk mak.. aku sebenarnya takut.. risau.. bila pandang muka mak time bg makan tu.. rasa sedih & sayu sgt.. takut mak tersedak.. nampak mcm mak tak selesa..
Aku akan berangkat ke Spain lusa.. sku sbnrnya serba salah, tapi adik beradikku cakap that i should go. Faizal pun berpendapat begitu. Kata mereka tak perlu aku risau.. aku dah tengok mak.. dah jaga mak.. apa2jadi selepas ini adalah ketentuan Allah.. dan insyaallah mak akan sembuh perlahan-lahan..
Ya Allah.. semoga ibuku akan segera sembuh.. semoga ada hikmahnya di sebalik dugaan2 ini...
~mel
Khamis, 25 Jun 2009
putrajaya... gud nite..
there are lots of story i wanna share but i'm so tired tonite... gambar kat atas ni di ambil mlm ni di putrajaya otw from hospital & mkn mlm..putrajaya looks really nice at night...
my mum is still not really ok.. but there are some progress..will blog about her when i have time..
i'm so tired and sleepy... good nite all...
~mel
tq boss for being with me throughout my sorrow...
Selasa, 23 Jun 2009
cangkuk..
Isnin, 22 Jun 2009
summary..
2. beli waffle kat bukit jambul, last2 aku tak makan
3. tak pernah2 jumpa roadblock polis dalam pulau.. tetiba ada roadblock polis depan rumah jer.. kereta xde roadtax lagi pulak tu.. mujur polis xpasan
4. malam ni aku tidur kat lantai.. depan tv..
5. aku rindu..
6. baru lepas buat satu mug besar teh ais.. rasa sedap sgt..
7. aku tgh sgt geram dgn internet USM terlalu bnyk firewall..
8. aku juga sgt geram dgn prof. tikus di ofis aku, hari ni dia musnahkan rollon deodarant aku pulak.. rasa nak pasang perangkap.. tp kalau terperangkap aku pulak geli..
9. aku rasa sgt lonely
10. aku tak sabar nak gi Spain.. sbb aku kdg2 rasa aku macam nak pergi jauh...
11. skrg ni aku rasa sgt panas.. aircon kat ofis pun mcm tak rasa apa2..
12. aku pening..
13. aku tak happy..
14. aku ternanti2 apa yg akan berlaku seterusnya..
15. aku hampir give-up???
16. aku dapati ramai senior2 kat ofis kuat mengumpat juga..
17. esok aku nak gi bayar bil air.. malas nak wat online.. RM26 sebulan setengah..
18. insuran & roadtax kereta berjumlah RM1351.00... pokai sat..
19. aku rindu & no place to turn to..
20. Aku ingat Sabtu ni nak gi forum ni.. to know my rights dlm dunia 'e' ni...
21. i'm taking a serious action.. i must do it.. if not i'm dying bit by bit..
22. lastly i'm sleepy but i cant sleep... i'm tired but i cant have a rest..
~mel
menanti... tp tak pasti..
krisdayanti -menanti cinta
Krisdayanti – Menanti Cinta
sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satu pun burung
mampu menjawab
hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku
wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku
rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku
rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu
~mel
Sabtu, 20 Jun 2009
durian oo durian..
Tiga bijik durian yg aku beli kat simpang berhampiran Kompleks Bukit Jambul
Setelah durian berjaya dibukak.. Sebenarnya aku suh tukang jual tu bukak sikit..
kalau tak mmg jenuh la aku.. bukannya reti sgt bukak durian ni.. tp kalau dah terdesak mmg belasah jer.. kira terbukakla kulit durian tu...
mmg hilangla kempunan aku.. rasa lemak berkrim disukai ramai..
jab lagi nak sambung lagi...
Dah beli durian 3 bijik dapat free rambutan sekilo
makanlah buah2an tempatan..huhu..
Jumaat, 19 Jun 2009
Good Night..
1. This week adalah minggu yg memenatkan
2. Macam2 terjadi.. macam2 dugaan.. but it seems i have survived..
3. TNB wat hal, roadtax & insuran mati, kursus sepjg minggu
4. Perlu settlekan mcm2 for Spain.. terkejar ke sana sini
5. Dalam kesibukan hati sebenarnya masih gundah.. tp.. dia selalu ada utk bg semangat yg hampir hilang..
6. Bought a nice jacket online..
7. Bersyukur kerana masih bernafas..
8. i'm sleepy.. but hungry.. again??
9. i miss u...
10. i miss u.... again??
11. good nite... standby mode this week..
~mel
ngantuk.. but cannot sleep bau durian..
tikus apex..
Since mlm aku tidur di ofis aku sgt conscious dgn tikus dlm ofis aku. Sebelum ni aku dah syak dah tikus ada balik kat ofis aku tu. tapi puas aku dok intai kat siling tp tak nampak ada lubang. So aku just ignore perasaan aku. Dan sejak akhir2 ni aku terover bz tak sempat nak jenguk betul2 kat dlm ofis aku.
Masa aku tidur kat ofis hari tu, dlm pukul 12tghmlm aku tutup lampu (bila aku citer kat kawan2 sekerja they all ckp.. beraninya tutup lampu!). Bila aku tutup lampu dgn pc terbukak aku tetiba dgr bunyi srupp.. zrapp.. kat atas siling. Tetiba aku nmpak ekor samar2 atas lemari ofis. Apalagi melompat aku bukak semula lampu. Mmg sah dia telah kembali. So, aku tidur bukak lampu mlm tu.. sbb ada tikus!
Oleh kerana aku sibuk kursus one whole week, aku tak de masa nak check ofis.. Smlm ptg lepas abis kursus terfikir nak bukak drawer2 meja aku. ya allah...habis benda2 dlm drawer meja aku dibelasah. Termasuklah krim Lancome aku! ceh! drawer tu mmg aku jarang bukak.. abis segala makanan yg sidia ni jumpa dimakan dlm tu. so mmg teruk. Smlm tak sempat nak mengemas.. so hari ni aku buat operasi mengemas. Kebetulan belah petang kursus aku xperlu hadir sebab aku dah lulus komponen tu utk pengesahan jwtn.
Berpeluh2 aku mengemas + mencuci utk memastikan sisa2 tikus apex ni abis segalanya.Aku panggil dia tikus apex sbb dia sgt cerdik. skrg baru tau mcm mana dia masuk ofis aku. mmg aku takkan nampak mana dia masuk sbb lepas dia kuar dia mcm kaver jejak dia.. tutup balik tempat dia kuar kt siling tu.. mmg mcm professor cerdiknya tikus universiti apex ni...
~mel
kagum betul dgn tikus apex ni...
Selasa, 16 Jun 2009
TNB hampeh!!
Kronologi pemotongan elektrik
15/6/09
6.10pm - sampai rumah dan tgk ada kertas putih dgn keratan merah di dlm kawasan gril.. bila baca, elektrik rumahku telah dipotong. Aku amat terkejut sebab aku dah sekian lama tak dpt bil, dan dlm surat ckp ada notis pd 1/6 yg aku TAK PERNAH terima.
6.15pm aku try call nombor telefon pada notis tapi xdapat. aku call faizal mintak dia cari no careline TNB.. dia bg 15454. Aku call cakap masalah aku dan cakap aku sebelum ni pernah report kepada TNB yg bil aku estimate dan aku bayar lebih dari yg sepatutnya bayar. Aku juga mmg dah minta org TNB dtg baca meter aku tapi no respon. Minah customer service yg jwb tu ckp aku mmg kena bayar jugak esok hari bil yg aku tak pernah dpt tu. Aku cakap aku boleh bayar but mereka kena sambung elektrik sebab mereka dah aniaya aku. Minah tu kemudian sambungkan kepada sv dia kot bernama Zul. Aku cerita balik pada si Zul ni dan cakap he must help me sbb aku mmg tak bersalah. Aku minta dia call aku balik sebelum hari gelap. Masa tu aku rasa dah pukul 7.00pm. Dia tak call2.
7.45pm Terima panggilan telefon dari no TNB 04-2224545.. seorang bernama Aini menelefon aku. Masa tu aku berada kat depan lift rumah nak ke pejabat. Aku dah putus harapan, dah siap brg utk tidur di pejabat. Macam mana dan dok rumah dlm keadaan panas semlman. Aku ckp kat si Aini tu.. aku dah nak gi tido ofis sbb dah gelap... dia cakap kejab2.. dia nak tolong aku & call boss dia. Aku cakap boleh ke dpt..dia ckp dia akan cuba. Aku pun patah balik masuk rumah.. pasang lilin dan tunggu.
8.10pm Aini call ckp boss dia tak benarkan dan tak dpt tolong! Aku mmg dah naik darah masa tu. Aku cakap u all boleh tgk akaun saya, semua estimate, sy tinggal seorg dalam rumah kerja monday to friday dan selalu xde kat rumah.. dan bil elektrik RM120++ sebulan. Main brg yg aku ada kat rumah hanya peti ais + washing machine. Dia cakap dia tak dpt bantu. Aku mintak no fon boss dia dia tak bg ckp private no dan boss dia xkerja shift. Si Aini ni siap cakap, esok suh aku gi bayar RM125.50 dulu di tingkat 2 TNB jln Anson dan kemudian gi jumpa somebody name Shahira di tingkat 10. Masa tu aku dah temper sgt2.. aku ckp aku bukan xde duit nak bayar but bukan aku yg berhutang. TNB owes me! Aku dah bayar lebih dari sepatutnya! Then i introduce my jawatan to her and put down the phone.
8.30pm Dalam kereta tingat kak aida rakan sekerja,hubby dia somebody in TNB. Aku call dia minta tolong. Unfortunately hubby dia dlm flight so xdpt nak ambil tindakan segera.
9.00pm aku lepak ofis. Buat apa2 yg patut. biasala tidur ofis atas lantai but xpela ada aircon. better then dok umah xde aircon, xde letrik.
10.00pm kak aida call ckp hubby dia dah call tp they all still tak nak tolong. her hubby promised to personally go to TNB the next morning (pg td).
1.00am tido di opis bukak lampu sbb bila tutp lampu nampak ekor tikus atas lemari ofis. Aku phobia tikus! lebih takut tikus dari hantu yg duduk dibangunan opis aku!
16/06/09
8.00 am mandi kat shower ofis, siap2 gi kursus. aku ada kursus sampai 19hb.
11.00am aku tulis nama utk kursus tp aku lari gi TNB jalan anson. Aku gi bayar that RM125.50 kat tingkat dua sebab aku just saja nak tunjuk kat derang yg aku mampu bayar bil tu. then aku tanya mamat kaunter tu kat sape aku leh tanya pasal estimate bil,dia suh gi kaunter B. Aku gi kaunter B, and minah kat situ cakap suh cari cik hajar di tingkat 10. Aku gi tingkat 10 cari hajar tu, tanya kat kaunter minah kat kaunter tu cakap hajar kat tingkat 2! Aku dah nak ngamuk! Aku cakap org tingkat 2 ckp kat tingkat 10! Dengan muka selamba, minah tu cakap tengokla mana dia ada kat depan sambil tunjuk partition! Aku dah geram. Aku tanya pulak, Shahirah ada? Shahirah ni pulak org yg si Aini mlm td suh cari. Dia tunjuk satu tmpt. Aku gi. Minah kat situ ckp.. sorry cik, cik shahirah kursus hari ni. Grrrr.. aku pun ckp kat minah tu.. abis sape yg boleh tolong sy ni! Dia pun amik bil potong tu, gi kat komputer dan dtg kat aku dgn muka horror.Dia cakap.. cik, bil cik dah dekat setahun estimate, takpatut tu! Aku cakap ye laa.. dan kena potong pulak tu. Minah tu tunjuk pulak kat partition bnyk2 suh aku jumpa salah sorang situ. Bila aku gi, hampehhh... dlm 8 partition tu sorang pun xde. Aku pergi pulak kat2 situ tanya mana derang semua.. kata derang semua kuar baca meter! Aku masa tu mmg darah dah naik kepala. Aku cakap, kalau u all tak tolong sy cari sape yg bertanggungjawab, mmg lah saya akan mengamuk kat sini! Then minah tu tgk aku dah lain macam suh aku cari sorang cina nama evelyn.
Aku gi la tempat evelyn yg sedang pegang kettle nak jerang air buat air! Mujur evelyn tu berhemah sikit,reda sikit marah aku. Bila dia check mmg dia terkejut. Bila aku bg meter reading lg dia dable terkejut. Aku dah bayar 82% more than yg aku guna. Beberapa kali dia mintak maaf dan janji nak sambg letrik aku asap. Dia call somebody suh di umah aku immediately utk check meter! Pendekkan citer, aku cepat2 kuar dari TNB jalan anson utk tunggu tukang baca meter kat rumah.
1.15pm En Narayanan dtg.. terkejut! Meter mmg boleh baca dari luar.. meter reading mmg jauh lebih rendah dari anggaran dan definitely aku teraniaya oleh TNB! So dia pun sama beberapa kali mintak maaf.. amik gmbr meter reading la.. gambar dari luar la.. aku pun amik gmbr sama.. bahan bukti. Then dia mintak aku cari wayar apa2 yg tak guna utk buat sambungan haram sbb kesian aku tak de elektrik dan brg dlm peti ais akan musnah (actually dah musnah pun semalaman xde letrik). Aku dpt wayar dia pun buat seperti di bwh. Settle semua aku gi kerja utk sambung kursus sesi ptg.
6.00pm Sampai rumah aku tgk mcm wayar narayanan masih kat fius tu. Aku jd konpius. Aku bukan tau rupa fius camne. Aku amik kusi, panjat tgk2 wayar tu sama dgn wayar lebih yg tinggal td, so still sambungan haram. Aku call evelyn (dia bg no henfon dia dgn permintaan tlg jgn la bg kat org lain nnt org asyik call dia xde letrik!).. aku ckp camne ni, janji b4 5pm patut dah smbg. Evelyn ckp dia akan amik tindakan. Then aku call jugak kak aida, kak aida call hubby dia.
6.40pm Aku mmg biar pintu bukak sbb tunggu org pasang fius tu. Bila mamat tu dtg, tgk smbgan haram tu, boleh dia cakap ehh.. buat sendiri ke? aku cakap org TNB buat sebab korang salah potong! Dia siap pulak marah dan mintak nama org yg buat. Aku temper lg. Aku cakap dah la aku tak bersalah, dah org tlg nak marah pulak. Apa kejadahnya ni! Last2 mamat tu diam!
Ya Allah geramnya aku! Gambar2 kat bawah ni cerita ttg meter TNB hampeh kat rumah aku.
It seems that sekarang aku tak yah bayar letrik smpi tahun depan kot.. sebab aku mmg dah terlebih bayar!! Tapi takkan tu je kot.. no way.. aku nak bawa perkara ni ke tengah! Tunggu ya!
inilah wayar yg diguna utk ganti fius oleh en. narayanan supaya peti ais rumah aku berfungsi. beliau siap pesan jgn guna bnyk2 elektrik sbb wayar tu tak stabil. aku cakap xpe aku xkan guna bnyk sbb aku nak gi kerja (dia dtg 1.15ptg) aku gi kerja kol 2ptg.
inilah rupa meter dgn sambungan haram di sebelah kiri.
ini rupanya meter yg dah dipasang semula dgn fius pd pukul 6.40ptg. Janji manis pihak TNB adalah sebelum pukul 5ptg.
~mel
geram yg tak sudah membara2!!
aku hidup lagi ni kan... jagalah korang..
Isnin, 15 Jun 2009
dugaan bertimpa..
aku tahu dia cuba tenangkan aku.. aku tahu dia sedaya upaya support aku.. kalau aku tak fikir dia dtg dan tebalkan muka.. mungkin aku dah jatuh tersungkur. bila dia dtg, aku tahu he is there for me. tapi still.. aku tak dpt menahan sebak.
sepanjang perjalanan dari kl ke penang aku menangis.. aku xmampu nak kawal.. aku tak sekuat mana dan aku rasa dugaan ini sgt berat. aku rasa biarlah aku ditimpa kesakitan.. dah macam2 kesakitan yg aku rasa.. aku jarang menangis bila aku sakit.. saban hati walau jarum menusuk ke badanku aku mampu tahan.. tapi yg ini sgt perit. perit tak terkata.. perjalanan aku ke penang sampai ke mlm.. lampu yg aku lihat berbalam2 dlm kewujudan airmata. dan mcm2 aku bygkan dlm perjalanan.. entahlah..
hari ni aku ada kursus.. wajib utk pengesahan jawatan.. aku terpksa pergi.. dgn mata bengkak muka sembab.. kawan2 ku bertanya, aku just ckp aku tak cukup tidur.. but i know they can tell from my face.. dlm kursus aku mmg xboleh konsentrate.. walaupun kursus tu sebenarnya bidang aku dan penceramah mintak aku bantu, bila dia soal aku just ngeleng kepala. aku tak boleh nak berfungsi. ptg aku minta excuse.. mujur dpt.. balik ofis aku menangis lagi.. aku xtau nak buat apa dan aku tak tahu bagaimana nak stop menangis..
aku balik2 rumah tgk2 ada notis merah dr TNB. ya allah elektrik pulak kena potong! aku xde dpt bil.. xde dpt notis apa2 tiba2 kena potong! aku rasa lemah terus. teruk betul dugaan. aku call tnb derang ckp aku ada bil 200++ xbayar since bulan 4. Ya allah aku langsung xdpt bil camne nak bayar. dan logik tak dok sorang 2 bulan bil aku 200++. Aku mmg dah pernah komplen kat TNB b4 this pasal bil aku yg over bnyk.. dah la aku jarang ada kat rumah.
Hari ni aku rasa bagai nak collapse, mlm ni aku tidur di ofis. Kdg2 rasa mcm hidup aku ada curse! Bila ditimpa dugaan lg hari ni aku mcm nak cakap kat dia.. dahla awk.. tinggalkan saja sy ni.. i'm not worth the waiting and hidup sy terlalu banyak dugaan, sy tak nak awk sentiasa dlm kesusahan sentiasa bila hidup dgn sy.. itulah yg aku fikirkan setelah inisemua terjadi.. ya allah.. tapi kalau dia tak de aku nak hidup macam mana pulak???
esok aku nk gi TNB.. frankly speaking rasa nk saman.. setakat 200++ takkan la aku tak bayar kalau ada bil.. duit gaji aku lebih dari cukup nak byr.. tak terabih aku nk makan laaa...
~mel
what else tom mo r r o owww
help me...
abcdefghijklmnopqrstuvwxyz
1. i'm angry with myself
2. i'm sad
3. i'm clueless
4. i have headache
5. i cry a lot
6. i really need a hug now
7. i really need someone to comfort me now
8. i don't know where i am anymore
9. i don't know what to do
10. i'm still crying
11. i hate being like this
12. god help me
13. i wanna run away
14. help me!
15. help me!
16. help me!
17. i'm lost
18. i'm lost
19. i'm still crying
20. i hate myself
21. i wanna run away
22. why me?
23. i need you!
24. i need you!
25. i need you!
26. please help me!
27. i don't know what to do
28. i think i'm going to be crazy
29. really really crazy
30. where should i go
31. what should i do
32. i am so embarrased
33. what should i do
34. what shouls i do
35. what should i do
36. i don't know how to go on
37. help me
38. help me
39. help me
10. help me...........
~mel
this is too much for me to cope with.. life is so cruel..
Sabtu, 13 Jun 2009
Morning..
Assalamualaikum.. selamat pagi sabtu semua.. cuti pjg dah pun nak berakhir.. hari ni rasa nak lepak2 kat rumah aje.. cuti ni rasanya masa amat pantas berlalu.. pelbagai aktiviti penting yg dilakukan.. bnyk objektif yg tercapai rasanya.. feel quite relief actually.. semoga semuanya akan terus berjalan lancar...
Anyway... next week dah kena kerja semula.. prepare je la...
~mel
penat but ok..
Isnin, 8 Jun 2009
aiskrim...
Petang tadi aku sampai ke rumah my sister utk ambik mak aku. Sampai2 aku kat sini my sister dah masak ikan patin masak tempoyak..(my fav)..perghh..mmg sedap..oleh kerana semua org dah makan, so aku pun meratah ler lauk tu sampai habis.. Then my sister nak keluar, aku kirim la pulak ABC.. cuaca yg sgt panas sekarang ni membuatkan aku craving ABC... so layan jer la.. Line internet kat sini pulak mmg hampehh.. kalau dalam rumah tak de line langsung (celcom broadband).. So tempat yg paling strategik adalah kat depan pintu rumah. So aku terpaksa sediakan toto & bantal utk aku lepak kat ruang depan tepi pintu rumah ni.. mujurlah ruang depan ni kosong so.. mmg jadi tempat lepak aku laa...huhu..
Selepas aku tertido seround kat depan ni tadi, tetiba kedengaran anak buahku Amirah ckp kat my sister.. Ibu.. kakak nak beli aiskrim. Aku terfikir (dlm kepanasan).. ehh aiskrim ape.. sebab Amirah baru 4 thn lebih.. takkan ler nak gi beli aiskrim jauh2.. so aku tanya my sister beli mana aiskrim tu.. dia ckp beli kat rumah sebelah.. tetiba aku bygkan aiskrim pjg mcm masa sekolah2 dulu.. lantas aku tanya.. asa aiskrim asam masin tak?My sister ckp entahlah rasanya tak de.. aku pun ckp kt amirah..kalau ada aiskrim asam masin belikan yer sambil bg duit 60 sen.. utk 3 btg aiskrim..
Alangkah gembiranya aku.. bila amirah balik dia bawak sebatang aiskrim asam masin..yahoooo.. sedap sungguh rasanya.. dah lamanyerr tak makan.. Bila my sister tgk aku makan aiskrim asam masin, dia pun terliur.. then dia pun gi rumah sebelah beli lg sebatang.. aku ckp eh.. tak boleh jadi.. aku pun suruh amirah beli 3 batang nak simpan dalam fridge.. sygnya aiskrim asam masin (asam boi) dah habis.. so aku beli je laa apa2 yg ada.. tapi still rasa best sgt sebab dah bertahun tak makan aiskrim asam masin cenggitu... best..best..best..
~mel
favourite aiskrim asam masin tu..
Ahad, 7 Jun 2009
Sunday Morning..
Err... malasnya nak bangun.. rasa nak lepak atas katil sampai petang..
Selamat Pagi Semua.. Have a good Sunday ok?? Mel xde plan ape2 hari ni.. just nak rehat2 after 4 hari berturut2 non-stop activities...
~mel
mentari..
First time update blog using my new Compaq CQ20 yg dibeli pada hari khamis 2 hari lepas... Gambar diambil petang/senja tadi time dah nak hampir maghrib.. di Hiway Duke.. Suka Duke ni sebab mempercepatkan perjalanan dari Jalan Duta ke Gombak dan Pahang.. which takes me around 5 minutes dari tol jln duta ke tol sentul.. (my speed yg agak laju kot!). Tapi apa2lah kan.. Duke is very convenient walaupun kena tambah tol sebanyak lagi RM2.00. Dulu biasanya ke Gombak, tol2 yg dilalui tol kapar= RM1.40 + tol NKVE=RM4.60. Aku mmg xikut federal hiway walaupun tol lebih murah sebab aku xtahan mengharungi jem.. sorryla.. xsanggup.. dengan menggunakan Duke skrg ni aku rasa aku jimat dlm 15minit waktu travel.. so..aku suka..suka..suka.. oklah nak sambung tido.. really penat setelah tidak berehat since drive balik dari penang hari rabu.. setiap hari ada full day aktiviti.. silap2 esok pun xrehat jugak? entah laa...
~mel
gud nite..
Selasa, 2 Jun 2009
mlm yg suram
Apakah sebenarnya mimpi
Yang menganggu lenamu..
Apakah sebenarnya igau
Yang menghukum amanmu..
Apakah sebenarnya resah
Yang merasuk jagamu..
Apakah sebenarnya suram
Yang melambai sepimu..
Terkadang rindu menusuk..
Hati berbisik
Apakah sebenarnya rindu itu
Sebuah mimpi igauan resah
Di dalam kesuraman
Hariku yg sepi..
~mel
melakar rindu..
Bila bunga berguguran...
Bunga-bunga berguguran
Di dalam keindahan tiada lagi cahaya
Hilanglah seri penghias taman
Kelopak bagai sutera
Bumi tandus tiada bermaya
Hilanglah keharuman tiada lagi berseri
Bunga layu di pangkuan ini
Di manakah jejari yang sering menanti
Untuk menyuntingmu ketika kau mekar mewangi
Dititis embun pagi
Kau tak mungkin mekar kembali
Di ruang warna senja
Dan bunga-bunga berguguran
Hilanglah kemegahan cahaya penerang zaman
Setelah bunga jatuh berserakan…
Nothing..
" Nothing can change the past but you can do something to change the future. Don't be afraid of failure.. it only creates chances of opportunities for new things. Celebrate failure when you know you did your best but don't settle there... "
Hampa..
Setitik demi setitik airmata berderai..
Tapi untuk apa..
Perlukah aku menangis menghadapi dugaan dariMu..
Tapi hatiku sebak Ya Allah
Terasa hinanya aku sebagai hambaMu
Terasa kerdilnya diriku ini
Menagih kasih yg hampa..
Ya Allah..
Aku hanya mampu berdoa..
Aku tak mampu untuk terus hidup begini
Berikan ketenangan buatku
Jauhkan aku dari kesengsaraan ini
DugaanMu seperti tidak berkesudahan Ya allah..
Aku takut aku tak mampu utk menanggung kesemuanya lagi..
Aku hampir putus asa
Aku rasa diriku tak berguna
Dan aku rasa sgt hampa..
Di manakah arahku Ya Allah.. di manakah..
Mengapa harus aku tanggung segalanya ini..
Aku tak ingin terus hidup begini..
Aku ingin bawa diri..
~mel
aku insan celaka
Isnin, 1 Jun 2009
Penantian - Kertas
Bulan dengarkan lantunku
bintang temanilah aku
terangi gelap malamku
aku ingin engkau tahu
ku kan selalu menunggu
hilangkan rasa letihku
Bila nanti kau mengerti
kumohon terangi aku
dalam hatiku
ingatkan aku
untuk menahan rasa hati lelahku
yang slalu ...
rindukan tawamu dalam hatiku
hanya dirimu ...
beri malamku yang menghiasi jiwa
yang rapuh
terlalu merindumu
hoo oo ooo....
Bila nanti kau mengerti
kumohon terangi aku .....
dalam hatiku
ingatkan aku
untuk menahan rasa hati lelahku
yang slalu ...
rindukan tawamu dalam hatiku
ingkatkan aku ku kan tetap menantimu
hingga hati itu
~mel
tenang di pagi hari..