Sempena 4 bulan Eryna Zulaika. Posting ini adalah kolaborasi Faizal dengan Mel.
- Dah pandai pusing badan dari terlentang ke hampir meniarap - Yang ni baru je dapat tgk tadi, belum 100% perfect lagi.
- Dah pandai gelak terkekeh2.. kalau usik perut, best dengar Eryna gelak.
- Dah pandai tengok orang dari jauh.. kalau tengok papa kat luar kereta dan Eryna dalam kereta kepala dia ikut sampai 180darjah..
- Dah pandai tarik kabel iPhone.. kabel tu letaknya sebelah katil dia.. tangan dia dah pandai capai dan main dgn tali kabel tu, terpaksalah letak jauh-jauh..
- Dah pandai merengek-rengek manja... tp x keluar air mata.
- Dah pandai membebel bababa sebab nak susu.
- Dah pandai x cukup susu sebotol kecik, nak kena bancuh lagi seround.
- Dah pandai tidur kat katil baby sepanjang malam.
- Dah pandai tidur mcm org tua, bangun sekali shj sementara pagi. Sekali sekala shj ni.. Biasa lebih dari sekali.
- Dah pandai nak jalan2, duk rumah lama2 asyik nk nangis, bawak berjalan senyap je good girl ni..(sebab mommy dan papa dia kuat jalan kot.. huhu)
- Dah pandai control tangan, awal ritu tgk tangan sendiri sampai juling2 nak bawak masuk ke mulut.
- Dah pandai masuk 5 jari sekali dalam mulut.
- Dah pandai nak mandi bila timenya, lambat x boleh siap ngenget2 lg.
- Dah pandai tgk screen laptop, mcm paham je apa org buat.
- Dah pandai sembuq bila makan ubat.. abis satu katil kena semburan..
- Dah pandai nangis bila panas.. bila bukak aircon tidur dgn amannya...
- Dah pandai hisap jari ibu sahaja.. pastu bunyi cup cup cup..
- Dah pandai lonjak2 dalam kolam mandi.. asyik terantuk je kepala time mandi..
- Dah pandai stop nangis bila masuk jer dlm kolam mandi... teruss senyap + sengih..
- Dah pandai tidur mengereng dgn sendirinya
- Dah pandai main kain.. kalau pakai skirt sedaya upaya Eryna nak tarik skirt ke atas
- Dah pandai tarik jari org ke mulut dia..
- Dah pandai demam sekali dua..
- Dah pandai tgk tv...hahaha
- Dah pandai tak mo baring bila diriba.. nak duduk jugak, kalau riba nangis..
- Dah pandai bertweet... hahaha... akaun twitter @erynazu
- Dah pandai sembuq muntah kat baju kerja papa
- Dah pandai dok diaam bila papa & mommy smayang
- Dah pandai mengamuk hahaha...
- Dah pandai nak balik kampung wan gombak..
- Dah pandai pakai gaun & pakai skirt
- Dah pandai duduk diam2 time atas riba mommy nak makan..
- Dah pandai pergi pasar
- Dah pandai senyum2 bila duduk atas bouncer.. suka sgt!
- Dah pandai kejut org pagi2..
- Dah pandai kentut macam keretapi... put put put.. sampai segan kalau ada org asing kat seblah.. boleh dengar clear tau!
- Dah pandai tak nak bagi org tgk telinga dia...
- Dah pandai tak bagi orang korek idung dia..
- Dah pandai tak bagi org ketip kuku dia..
- Dah pandai.... errrr... errr..... NAK ADIKKK!!! haaaa?????
~mel
jenuh gak cari idea ni.. :P
Glad to hear that....
BalasPadam