Ahad, 31 Julai 2011

Milford Sound...

Semalam kami dari Dunedin ke Te Anau. Actually mula2 plan nak berhenti di Lumsden, tapi bila tgk hari masih ‘siang’ (kat sini skrg gekap dlm pkl 6).. kami teruskan perjalanan ke Te Anau. Dalam perjalanan ke Te Ana tu dah agak gelap.. kereta pun susah nak jumpa dalam perjalanan.. so agak cuak gak la.. coz tuan punya motel kat Dunedin tu nasihatkan we all supaya jgn ke Te Anau kalau dah gelap coz tak biasa jln. Anyway.. Alhamdulillah sampai di Te Anau dlm pkl 6.30.. tgk mana2 motel yg ada vacancy.. dapatla, harga pun berpatutan.. kat situ aku terus tanya mana boleh dpt tour ke Milford Sound. Aku dah bincang dgn hubby biarlah ke Milford Sound dgn tour supaya dpt menikmati keindahan alam tanpa perlu memandu. Receptionist motel terus book kan tour tersebut.. dan pick-up di depan motel pukul 8.45am tadi. Untuk tour ni adalah NZ$109 (dlm Rm270) utk dewasa dan NZ$50 (RM125) utk kanak2, which is quite berpatutan compare dgn harga yg kami dpt before this.

So pg2 tadi kami dah siap2 utk ke Milford Sound. Walaupun aku beberapa lama tinggal di NZ tp mmg aku tak pernah berkesempatan ke Milford Sound. So mmg aku tak sabar2 nak gi sana. Mula2 kami diambil dgn coach di depan hotel. Kami bernasib baik sebab jalan ke Milford Sound dibuka tadi.. Semalam pun buka pukul 10pg. Sepanjang jalan mmg sangat2 cantik… Memang tak terpejam mata melihat keindahan ciptaanNYA. Kebetulan di musim sejuk ni mmg salji turun 2 minggu lps, so mmg putih tu merata2.. dapat tgk tasik yg membeku, pokok berais.. dan macam2 lagi. Dlm perjalanan tu sempat aku cakap pada hubby…mujurlah tak drive sendiri sbb jalannya mmg sgt mencabar, licin dan kecil!! Itu belum lagi dgn terowong satu hala, kawasan ber ‘avalanche’ yg tidak dibenarkan berhenti, takut salji runtuh dah sebagainya. Rasa cam sangat menduga minda perjlnannya. Kami ada benti kat satu tempat namanya Mirror Lake di mana tasiknya ber’mirror’ dan sgt2 cantik. Berjalan kat tepi tasik tu sgt mengasyikkan walaupun rasa sejuk kebekuan.


Tapi mujurlah dlm perjalanan, eryna sangat baik. Tidur spjg jalan.. dari Te Anau ke Milford Sound. Sampai di Milford Sound kami naik cruise dalam tasik Milford Sound. Sangat cantik dan dgn air terjun cantik di sekeliling. Cruise tum mg best, lunch dlm cruise yg include dlm package tour. Lunch biasala, kami dah order vegetarian, makan dlm cruise.. pergh.. bak kata hubby cam cruise mewah jer. Kejab kami dok dlm kejab kami pergi keluar dek utk ambil gambar… siap kebasahan bila cruise mendekati satu air terjun… tapi best!! Cruise tu dalam 1.5 jam, then kami balik ke Milford Sound. Coach tunggu kami di sana dan bawa kami balik semula ke Te Anau. On the way tu berhenti di The Chasm, tempat air terjun/sungai yg sgt tinggi… Agak seram jugak… masuk ke dlm tu jalan kaki pergi balik dlm 15 minit.. apa2 pun eryna sgt seronok. Papa eryna lenguh mendukung…haha..

Sempat juga kami berhenti main2 snow di tgh2 kawasan yg ada avalanche… It was really an amazing experience. Kata tour guide kami.. kami amat bernasib baik dpt ke Milford Sound waktu winter coz selalunya bila jalan tutup mmg tak dapat ke sana.. kecuali naik helicopter laa… haha.. Naik coach pun semput nak bayar.. ini pulak nak naik heli .. :P


Anyway.. pagi2 esok kami nak ke Queenstown… malam ni kena bangun sahur.. esok puasa. Harap2 tiada masalah berpuasa sebab waktu subuh dalam 6.15pg, waktu maghrib dlm 5.30ptg… buka puasa awal.. :D


So.. dikesempatan ini.. kami sekeluarga mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua.. Semoga Ramadhan kali ini kita semua diberkati hendaknya…


nak masuk terowong sehala.. sgt seram..

view dari atas cruise

pokok berais

@aliffzachary kesejukan
papa & yina..

Me & Yina atas (luar) cruise

Eryna tidur dlm bas

~mel @TE ANAU

p/s xleh upload gmbr bnyk2.. kredit internet tak mengizinkan.. hihi..

Jumaat, 29 Julai 2011

Christchurch...

Akhirnya tercapai juga hajat aku & hubby untuk ke New Zealand... tertunai juga janji aku pada hubbyku..hihi.. Kami sampai di Christchurch ptg semalam dalam pukul 2 ptg waktu tempatan...lebih kurang pukul 10pg waktu Malaysia.. Kebetulan di LCCT sewaktu kami sedang siap2 nak naik flight tetiba aku terpandang seorg lelaki.. dia pandang aku.. dan aku pandang dia..masing2 terkejut2.. laaa... tak sangka terjumpa dgn sepupu aku yg sama2 nak berjalan ke Christchurch...sepupu aku tu sorang doktor di Hospital Kuantan.. nak berjalan ke NZ sorang2.. haha..sungguh kecil dunia..

Plan kami untuk seminggu lebih ini adalah tour pulau selatan.. Plannya ada kat blog hubby.. Pagi tadi sempatla kami berjalan bandar Christchurch sewaktu nak gi rent kereta.. kami rent sebuah Toyota Previa yg sgt selesa utk perjalanan ini... Christchurch yg telah dilanda gempa bumi sebenarnya telah hilang serinya.. tapi masih lagi cantik.. waktu kami dtg salji telah mula cair tapi masih ada tinggalan ais di sana sini..

Anyway.. malas nak tulis pjg2.. haha.. dari Christchurch tadi kami bertolak ke Dunedin, Otago dalam pkl 2ptg dan sampai di Dunedin pukul 6.45mlm. Sepanjang perjalanan eryna sgt good girl.. Kami sewa car seat utk Eryna di Plunket, Christchurch dgn sewa NZD15 seminggu.. sgt murah kan! Kat Malaysia kalau ada cam ni kan bagus.. barulah org beramai2 akan mengamalkan penggunaan baby car seat dan baby pun akan biasa dgn penggunaan car seat ni. Alhamdulillah, Eryna mmg kami latih guna car seat.. jadi mmg tak jadi masalah utk letak dlm tu.. Mommy pun tak de la penat sgt.. Kat bawah ni Plunket tempat kami rent carseat eryna tu...


Anyway.. enjoy some earlier pictures yg diambil pg tadi.. Gambar bnyk belum dload dari kamera.. ini dari kamera iphone hubby je ni..






~mel
sempat cakap kat hubby tadi... since sampai christchurch langsung tak teringat pasal kerja..hihi..

Isnin, 25 Julai 2011

Pertandingan Literasi Sekolah Menengah Pulau Pinang

Ok.. dalam kesibukan, aku dijemput utk jadi pertandingan literasi Sekolah Menengah Pulau Pinang anjuran Asmep, Seameo Recsam & Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada hari Sabtu 23/7/2011. Pertandingan ni sebenarnya lebih kurang macam pertandingan drama. Sebanyak 21 buah sekolah mengambil bahagian. Actually dua minggu lepas jer baru dpt invitation.. and aku terus setuju.. haha..tak sedar dirikan? Tgh busy pun terima jugak. Sebenarnya segan pulak nak tolak sebab yg invite tu Prof Fong... haha.. dia mmg suruh aku involve sikit2 dgn kerja2 komuniti.. (utk naik pangkat katanya.. haha..) Aku ikut jer la.. :D

Time sekolah2 dulu ada gak masuk pertandingan drama.. so mmg adalah minat.. Tapi sememangnya pertandingan ni sgt best!! Aku salute guru2 dan murid2 yg masuk bertanding... Mmg ada banyak drama yang menghiburkan. Tema kali ni adalah beekenaan dgn sains dan teknologi...Best2..

Salah satu kumpulan yg menyertai.. ingat nak amik gmbar bnyk2.. phone pulak bateri kong!


Ada 3 kumpulan yg melakonkan watak nenek.. ini salah satu darinya.. ada gaya!

Anyway.. tak larat tulis panjang2.. insyaallah kalau dijemput lg tahun depan mesti aku setuju nak buat lagi.. honorarium nya pun boleh tahan.. haha.. tak sangka pulak dapat honorarium.. :D

~mel

Mengait..

Lama blog tersadai.. tak sempat nak update disebabkan banyak betul kerja.. memang betul2 banyak kerja.. aktivi menjahit mmg tak dapat langsung nak buat.. anyway disebabkan nak ke NZ lusa.. aku sempat2kan juga mengait topi utk eryna..sajala kan.. sebenarnya nak pergi shopping pun tak de masa.. so sambil2 lepas makan la.. sambil baring2 (?? boleh gak tu).. aku kaitla sikit2.. akhirnya siap.. kait topi ni takmakan masa.. kejab jer boleh siap.. (tapi still perlukan kesungguhan.. haha)

koleksi benang2 kait yg aku beli kat satu kedai ni.. actually gi kedai tu nak wat bisness kad.. last2 nampak dia jual benang kait.. huhu

Aku sedang mengait.. gambar hubby yg dok sebelah ambil.. sambil dia ngadap pc aku mengait..

Itu dia Yina dgn topi barunya... dah test 2-3 kali dan dia tak buang.. kalau tak mmg apa2 atas kepala dia buang... termasuklah sepit rambut,, reben dan seangkatan dgnnya..

Cantik tak saya! Tak sabar nak main salji ni.. :D


~mel
tak sabar nak bercuti.. kepala dah sgt sarat dgn kerja....

Isnin, 18 Julai 2011

Dari NYA kita datang..

Ok.. time aku tulis post ni.. ada rasa sebak didada..

Hari ni sepanjang hari aku dok abiskan dengan menyelesaikan assessment PPG. Ada rakan pensyarah yg belum siap menanda.. ada yg baru bagi markah hari ni.. ada yg dah bagi markah last week.. tp aku sendiri tak sempat nak key in coz kerja banyak & marking pun bnyk!! Sambil sambil buat kerja aku pun 'selak2' juga google reader utk melepaskan lelah & sakit pinggang seharian ni.. Dalam google reader aku bnyk page yg aku subscribe berkisar kepada pemergian Dr. Lo'Lo' Ghazali, ahli parlimen Titiwangsa. Semakin banyak berita ttg arwah yg ku baca.. semakin sebak rasa dadaku..

Generally aku hanya kenal arwah dari media2 massa.. beliau rajin bertwitter.. dan mmg dikenali ramai. Personally.. aku mula2 kenal arwah Dr. Lo'Lo dari arwah mak.. arwah mak sgt menyanjung Dr. Lo'Lo'.. dari pertama kali arwah mak mengenali beliau.. tak lekang dari mulut arwah mak tentang arwah. Arwah mak was a good friend of hers. Dari arwah mak juga aku kenali perjuangan beliau.. dari arwah mak juga sedikit sebanyak aku kenali perwatakan beliau.. arwah mak suka bercerita tentang beliau.. so.. walaupun secara personal aku tidak pernah berjumpa dgn arwah Dr. Lo'Lo' .. sebenarnya beliau sgt dekat dihatiku.. Ternyiang2 ditelingaku cerita mak ttg Dr. Lo'Lo'.. even asal nama Lo'Lo' tu pun pernah arwah mak ceritakan padaku..

Bila hari ni aku baca pemergian Dr. Lo'Lo'.. aku rasa sebak.. teringat akan arwah mak.. teringat betapa pentingnya Dr. Lo'Lo' pada arwahmak.. kedua2nya telah pergi.. arwah mak pergi dua tahun lalu... tapi sentiasa dekat dihati kami.. anak2nya.. Sedikit sebanyak, bila terngiang2 cerita mak.. menyebabkan aku rasa rindu pada saat2 itu...

Okok..stop emo.. sambung balik key-in markah... Anyway.. Al-Fatihah utk Allahyarhamah Dr. Lo'Lo' yg pergi malam tadi.. Semoga Tenang di sisNYA di sana.. Juga.. Al-Fatihah untuk arwah bondaku.. pergimu tiada pengganti.. rindu.. tak mungkin bersemi...

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

Love u & Miss u, mak..

~mel

Khamis, 14 Julai 2011

Bergumpal..


Bergumpal.., originally uploaded by melati.a.

Tgh tunggu nk cucuk eryna setahun di KKBJ.. Eryna sdg cuba meloloskan diri dari pelukan papa.. uhhhh.. sungguh lasak tidak terkira.. jenuh nk kontrol..

~mel

Rabu, 13 Julai 2011

#WordlessWednesday


#WordlessWednesday, originally uploaded by melati.a.

~mel
terkontang kanting.. semua dah zzzz

Ahad, 10 Julai 2011

Celebrate!!

Hari ni bgn lewat pagi.. kami sekeluarga keluar utk bfast d Subaidah. Hajat hatiku sebenarnya nak buat roti jala untuk bfast tp tiba2 tingat telur pulak abis.. haiyyaa.. semalam ke Mydin Bukit Jambul terlupa beberapa barang termasuklah telur. Itulah akibatnya bila tak tulis senarai barang yg nak dibeli. Biasanya mmg aku tulis. Semalam juga ke Queensbay Mall.. cari beberapa barang untuk utk pergi ke New Zealand hujung bulan ni. Yang penting nk cari kasut & baju & tambahan beg yg sesuai. Disebabkan smlm besday Yina teringin juga nak beli kek.. tp just a cup cakes!! haha.. jumpa di kedai depan jusco ground floor, tp bila sibuk membeli roasted chicken utk lunch.. terlupa lah pulak.!!

So hari ni pg2 dah cakap kat hubby.. smlm lupa beli telur, beras dan Sunlight! Kena gak gi Tesco sebab beras tinggal nyawa2 ikan jer.. Smpi di tesco, beli brg2, jln2 sikit, then otw keluar ternampak King's Confectionery.. so tingat hajat semalam tak kesampaian sebab lupa.. haha... So aku sound kat hubby.. nk ke situ beli kek besday yina...hhahaha.. dan di bawah adalah kek besday yg dibeli.. :P . Cup kek kecik (tu je yg ade sbnrnya..hihi)... cukuplah tu sbb kami ni tak berapa makan sgt kek pun... tp kalau cheese cake mmg aku suka... :P

So sampai2 kat umah kami buat small celebration 1st besday yina.. belated sehari.. :P


Celebrate!!
Tu haa.. atas tu kek besday yina.. hahaha

Celebrate!!
Readyyyy....cepat nak tiup ni...!! Eh.. kena nyanyi dulu!

Celebrate!!
Mommy yg beria yg nak meniup..yina jelir lidah jer..

Celebrate!!
Aummmm... yina makan besday kek!!

Celebrate!!
I'm a happy girl...!!

Ok itu jer celebration simple utk birthday yina.. just utk kami2 jer.. utk buat birthday party ke ape3 ke..tunggulah eryna dah besar sikit.. buat kat hadhanah jer la... hihi..


~mel

Sabtu, 9 Julai 2011

Hepi Besday Eryna Zulaikha..


Hepi Besday Eryna Zulaikha.., originally uploaded by melati.a.

Hepi Besday yg no. 1 utk syg mommy & papa..Semoga sihat sentiasa.. cepat besar, cepat jalan, cepat cakap.. semoga jadi anak yang solehah.. semoga kehidupan buat anak mommy penuh keberkatan selamanya... insyaallah..

~mel
live blogging dari atas katil, eryna tgh isap susu.. :)

Jumaat, 8 Julai 2011

Allergik...

Esok 9/7/2011 genaplah setahun umur puteriku Eryna Zulaika. Genapnya usia Eryna setahun.. genap juga 2 tahun pemergian arwah bondaku yang tercinta... Al-fatihah.. Bagi aku, bergelar anak yatim piatu tanpa ayah tanpa ibu adalah satu kekosongan yg teramat sukar dilafazkan. Kalau dulu masa arwah mak ada, aku masih ada tempat utk 'balik kampung' walaupun tanpa kampung yg sebenar... seingat aku, sekembalinya aku dari NZ, di mana mak pergi di situlah 'kampungku'.. 2 tahun ini aku rasa amat sepi sekali tanpa mak...

Apa2 pun life goes on.. insyaallah..setiap kali hadirnya ulangtahun kelahiran Eryna, setiap kali itulah ingatan pada arwah mak semakin mendalam...

Eryna, puteri hatiku akan berusia setahun esok.. Kelasakkannya macam baby lelaki.. tapi mmg manja. Kat atas tu eryna pakai dress jahitan aku minggu lepas..comel tak? :P . Kelahiran eryna mmg ditunggu2 setelah aku terpaksa berulang alik hampir setiap minggu ke GH utk monitor perkembangan eryna sewaktu aku pregnant disebabkan masalah kesihatan aku. Eryna terpaksa di caeser lebih awal kerana masalah kesihatanku dan terpaksa terus berpisah dariku sewal kelahiran dan diletakkan di wad baby kerana degupan jantung yg bermasalah. Aku pula dimasukkan semula ke wad setelah lebih kurang 3 minggu balik ke rumah disebabkan berlaku pendarahan pd tempat caeser. Tempat operate tu dibuka semula dan dibiarkan terbuka dan tertutup sendiri. Hampir 3 minggu juga aku ditahan di wad hingga aku keluar.. keluar tapi tak ok lg... hingga skrg pun hematoma dlm perutku masih lg ada.. tak tau bila akan hilang. Sesekali ada juga aku cakap pd hubby tentng kerisauan aku dgn hematoma ini.. ingin cari alternatif medication.. tp kerisauan pula timbul... susahnya kalau aku kena hospitalise lagi.. eryna masih kecil...

Macam2 yg aku fikir sebenarnya.. anyway.. nak cerita sikit.. tentang ubat.. yer.. tentang ubat.. Semasa aku dimasukkan wad dan dibuka semula tempat operate setelah melahirkan eryna, aku telah diberikan pelbagai jenis ubat.. at least 8-10 biji sekali aku telan. Yang aku tak tahu adalah di antara ubat2 tu ada yg aku allergik... one of the antibiotiks. Mula2 aku di hospital tu ok.. tp makin lama aku rasa badan aku jadi kering... kulit2 aku jadi kering macam pasir.. plaster yg diletakkan utk menahan darah dari perutku mengalir mennyebabkan kulit perut mengelupas, merah2 dan macam2 lg... Bukan itu saja.. bila lap badan pun rasa tak selesa.. sakit, pedih dllg.. Masa dihospital mcm2 ubat sapu yg doktor beri utk hilangkan semua tu.. tp gagal.. yg paling sedih... sgt3 sedih.. ialah salah satu punca aku tak menysukan eryna... Aku sgt sensitif bila org tanya kenapa tak menyusukan eryna.. kenapa tak pam saja susu sentiasa... kenapa.. kenapa kenapa... kdg2 aku rasa cam nak tumbuk jer org yg bertanya tu.. pertanyaan macam tak menyusukan anak tu satu dosa besar... dan yg paling aku rasa sgt terkilan sebab aku mmg dah prepare.. sgt3 prepare utk menyusukan eryna.. segala kelengkapannya aku dah beli.. dari pam yg paling mahal & best, sampai ke tempat simpan.. Dan ubat antibiotik tersebut adalah salah satu punca aku tak menyusukan eryna...

Masa di hospital.. aku tak dapat nak pam susu eryna selalu.. Sebabnya.. aku tak larat.. puas aku minta utk dapat masuk kelas satu bilik seorg yg mula2 aku masuk masa lahirkan eryna.. tp tak dapat sebab penuh. Jadi terpaksa duduk satu bilik dua org. Itu bukan masalah sgt.. cuma plug utk digunakan utk pam susu tu berada sgt jauh dari katil... Aku perlu bangun dari katil... berjalan dalam 10 langkah utk pam dan duduk di atas kerusi utk pam... Bayangkan waktu itu perut aku terbukak tanpa dijahit dan berdarah!! Utk bangun pun aku perlu gunakan segala semangat yg ada... utk duduk di atas kerusi beberapa lama utk pam pun aku perlu guna segala semangat yg ada.... Sikit2 aku berjaya juga pam susu.. tapi banyak mana sgt laa...

Kemudian bila allergik makin teruk.. aku mmg terus tak mampu nak pam.. bila letakkan pam dibadan.. gatalnya Allah sj yg tahu.. even bila kena susu yg tertumpah.. aku menggelupur tak tahan.. siksanya Allah saja yang tahu.. Itu di Hospital.... Bila dah balik ke rumah... aku still makan antibiotik tu... allergik makin teruk.. mcm2 ubat aku letak.. sapu... tp sekali sapu satu bekas habis ubat tu... kulit aku dah macam pasir... bila usik terus bersepai... atas lantai tile rumah macam berpasir.. bila sapu segumpulan kulit aku dapat dikumpul... Utk pam susu mmg tak mampu.. sakit..gatal..perit..semua ada... Utk letak mulut eryna utk mengisap susu pun aku sakit.. tak tahan.. macam serba takkena dibuatnya... last2 aku berhenti mencuba... frust tu Allah saja yg tahu...

Nasib eryna hanya dapat disusukan oleh mommynya beberapa minggu sahaja.. dan mommynya sgt sensitif bila org dok tanya... kenapa tak susu badan.. kenapa.. kenapa... Allergik yg aku alami tu berlanjutan hingga ke selepas raya... eryna lahir 3-4 minggu sebelum puasa...

Alhamdulillah.. aku mencuba macam2 losyen.. dari yg didapati di hospital, hinggalah yg dibeli di Farmasi. Yang dibeli di farmasi tu alhamdulillah ada yg berjaya merawat allergik yg menyebabkan kulit aku over-dry. Tapi losyen2 tu bukan murah.. huhu..yg murah2 semua tak boleh pakai... yg mahal2 tu jugak yg berjaya.. bayangkan aku akan guna separuh botol besar yg berharga lebih RM20++ sehari... sebotol besar tu habis dlm masa 2-3 hari saja.. then terpaksa beli lain... (Kaya farmasi USM..huhu).

Inilah jenis losyen terakhir yg aku guna. Satu botol kecil dlm RM6.90. Ada vitamin E yg menghilangkan kekeringan kulit. Sekarang aku masih guna sebab ianya sgt bagus..

Apa2 pun ini semua pengalaman.. kalau nak ikut perbelanjaan masa aku allergik saja, mmg banyak.. beli losyen, beli saline, beli kapas, beli plaster & kit utk cuci perut dllg... Dan isi yg tergantung keluar dari perut aku yg ditoreh semula selepas caeser tu masih ada setelah 6 bulan.. aku pergi kerja dgn ada isi yg tergantung di perut... dan... tiba2 ianya hilang sendiri... (tercabut kot)...huhu.. Dan sampai sekarang.. hematoma ku kadang2 menyerangku dgn kesakitan... menusuk... tapi tahan jer la...

Dan kdg2 phobia ku melanda... takut je perut ku ter robek.. maklumla tiada jahitan disitu.. hanya mengharapkan ianya sambung sendiri...

Anyway... aku bersyukur masih berada di sini... masih mampu mengecapi bahagia.. melihat eryna zulaikha membesar... di samping merindui arwah bonda... Ya Allah... Berkatilah insan2 yg aku sayangi...

~mel
hari emo sedunia.. :'(

Rabu, 6 Julai 2011

Exam PPG..


Exam PPG.., originally uploaded by melati.a.

Hari ni bermulalah exam utk student PPG USM. Hari ni paper Pembangunan Sahsiah & English For Communication 2. Esok (patutnya cuti waaaa..) paper Kenegaraan. Penatnya menjaga exam lebih dari yg mnjawab exam rasanya. Balik ni rasanya nak terus booomm atas katil.. huhu..

Yg bestnya tgk tudung cikgu2 ni.. lawa2.. haha..

~mel

Sabtu, 2 Julai 2011

Sedondon...

Seperti biasa.. aku mengisi masa lapang yg tak berapa nak lapang ni dgn menjahit.. hobi yg aku sgt2 suka.. orang may be cakap.. elehhh.. tempah je la baju.. wat pe susah2 nak jahit.. haha.. actually yg aku nak cepat aku tempahlah.. yg tak urgent sgt aku jahit.. utk kepuasan hati sendiri.. Ok cerita pasal sedondon.. kain cotton kat bawah ni aku beli online.. biasalah skrg ni 90% aku beli online.. xde masa nak gi shopping.. huhu.. sian aku.. Memang masa beli tu hajat hati nak jahit blouse simple untuk diri sendiri + jahit dress eryna. Dah lama aku gunting kedua2 baju ni.. jahit slow2.. tapi mlm ni jam 11 mlm dapat siapkan. Cuma seluar kecik utk dress yina tu lom jahit.. esokla kot.. senang jer tu 1/2 jam boleh siap... :P

sedondon
Ok.. kat atas ni dress eryna yg dah siap. Aku letak butang2 hiasan kecil kat dada.. butang tu pun beli online gakss.. huhu.. ada tali ikat kat belakang.. tengah2 menjahit tu ada la gak mintak pendapat papa yg sentiasa bersedia bg pendapat..

sedondon
Ni haa blouse simple yg aku buat utk diri sendiri.. konon2 nak muslimah tapi terrr ikut body la pulak.. haha.. macam baju kurung moden gitu.. kain ada lebih lagi so kalau buat kain kembang payung pun ok kan?


Okla time to sleep... kain perca berlambak atas lantai..so esokla kemas.. Malam ni harap dpt tidur lena.. pg2 buta semalam tetiba telefon berbunyi.. kol 5 gitu.. tgk no telefon one of my Masters student. Tapi tak sempat angkat.. pelikla jugak.. si Norbaya (nama student ni) tolong aku jaga server utk kuiz.. takkan ler dia dok monitor kuiz pukul 5pg.. Nak call balik.. rasa cam pelikla pulak.. so aku sms dia, tanya awat call aku pagi2 buta.. tp tak de jawapan... Tiba2 risau pulak.. kot dia gaduh dgn hubby dia ke.. nak minta tolong ke.. dah ler aku tak lena nak sambung tido... Last2 pkl 5 ptg baru dia balas sms aku cakap dia tak pasan sms aku.. agaknya anak dia main fon dia.. huhu... hai sabor je la.. seharian aku dok mikir apelah kena dgn si Baya ni... :P. Terover concern la pulak aku ni...


~mel
laparlah pulak lepas menjahit ni... :D

Jumaat, 1 Julai 2011

Bfast..


Bfast.., originally uploaded by melati.a.

Lepas hntr anak ke sekolah pg2 biasanya aku & hubby bfast dlm usm sama ada kt Harapan, Bakti atau Subaidah.. tapi pg ni tetiba hubby ajak gi bfast kat pasar Tmn Tun Sardon.. Kami pernah bfast sini time hari minggu bila pi pasar, itupun sekali dua je pasal aku lebih prefer pasar seberang jaya utk beli lauk pauk.

So ni ha kami baru pas bfast.. mula masing2 mkn nasi lemak singgit.. dgn teh tarik & teh ais yg sgt best.. Kaww!! Then rasa xcukup lak nasi lemak tu, so, aku gi beli murtabak ayam RM3.50,kongsi berdua dgn hubby.. special murtabak ni.. ada bwg jeruk & kuah kari + sambal pekat. Bila mkn campurkan murtabak, bwg jeruk & kuah... perghhh sgt sedap.. sape dtg sini cubalah try..

Ok dah kenyang.. boleh ke ofis, buat keje yg melambaksss !!

~mel
dh kenyang ni camne nk wat keje??