Ahad, 29 Ogos 2010

Aku dan Kenangan....

~layan..



~Brain Connection

sunyi dan sepi
tiada bintang yg berkerlipan
di malam yg sunyi

tiada...
kawan untukku berkata-kata
dan bersenda

ku nanti kau
dengan harapan yg tulus kasih
tak ternilai rasa

akhirnya
kau yg aku nanti-nantikan
tak kunjung tiba

tiada kata
tiada pesan untukku
yg engkau tinggalkan
sayang

menghilangkan diri
tanpa pesan ditinggal
pada siapa harus ku bertanya
pada bulan atau angin
lalu

di manakah kini
kau berada
kasih


~mel
di manakah perginya...

Sabtu, 21 Ogos 2010

Erynazu..


Erynazu.., originally uploaded by melati.a.

Sedap betul eryna dpt baring meniarap cenggitu.. terus kuyu mata dia...

Isnin, 16 Ogos 2010

Zzzz..


Zzzz.., originally uploaded by melati.a.

Hari ni awal2 pg hubby dah dtg menjenguk kami kat sini.. bukan ape.. ada brg yg diperlukan, so terpaksalah hubby dtg awal. Bila dh tghari aku dah boring. After lunch 12 lebih mmg dah rasa ngantuk tp mcik India mak mentua 'roommate' aku yg baru dtg nk borak.. so terpaksala layan.. bila dh pkl 1 time waktu melawat barula dia ke sebelah balik coz sedara mara dia sampai.. Aku pun terus letak eryna yg b4 that atas riba ke atas katil.. & sama2 zzzz.. Dengar gak org sebelah bising2 borak tp semuanya dengar gitu2 je.. Baby eryna pun dpt umpan terus sama2 zzzz..

Since baby ada mmg busy lah sikit.. tp bagusla kalau x aku yg boring.. baby pulak kalau tidur kat cot mmg kejab jer dah jaga.. kalau tidur kat ketiak mommy mmg boleh tahan lamanya..

okla aku rasa silap2 pasni aku sambung tido balik.. eryna pun dah sambung tido semula ni...

~mel
sorry asyik2 gambar baby.. nk wat camne.. hanya baby jer yg menarik dilihat diwaktu ini..

Ahad, 15 Ogos 2010

Santai..


Santai.., originally uploaded by melati.a.

Since baby eryna temankan aku di hospital sejak semalam, aku rasa kuranglah sikit bosan. Maklumla baby eryna ni quite demanding jugak.. klu nangis satu wad leh dengar.. for me, aku feel much better now, but still tak berani nk tgk perut coz aku rasa seram.. Dengan ada eryna ni terpaksa aktif sikit.. tapi aku mng rasa badan dah ok, doc yg meninjau kes aku hari2 pun ckp aku dah mcm ok.. kalau ikutkan lg 7 hari je aku dh nk abis pantang, so niat dihati nak start puasa as soon as habis pantang nnt. Ada kakak misi ni ckp klu aku larat mmg boleh puasa sbb luka diperut tu kira cam luka biasa dah..pantang still dah abis.. harap2 cam tula.. boleh puasa as soon as i can.. Sian suamiku terpaksa sahur & berbuka cam org bujang...

Gambar kt atas tu time tgh layan eryna yg dah pandai nak tgk sana sini bila dgr suara mommy panggil nama dia..

~mel

Sabtu, 14 Ogos 2010

Rindu..


Rindu.., originally uploaded by melati.a.

Rindunya aku pada sikecil eryna zulaikha ni.. hampir seminggu tidak ketemu.. biasanya hubby ku dtg menjengukku di waktu lunch.. jd tidak dibawanya sekali baby sebab dtg terus dari ofis.. hari ni dan hari2 seterusnya eryna akan menemankan aku di wad ni.. ibu mentuaku sudah pulang ke KL tadi.. kesian kat mak, xberapa larat jaga eryna.. tapi skrg aku rasa dah lebih bertenaga.. insyaallah.. doa2 moga lukaku segera sembuh.. teringin nak masak roti jala utk suamiku di bulan ramadhan ini..

Rindu..


Rindu.., originally uploaded by melati.a.

Rindunya aku pada sikecil eryna zulaikha ni.. hampir seminggu tidak ketemu.. biasanya hubby ku dtg menjengukku di waktu lunch.. jd tidak dibawanya sekali baby sebab dtg terus dari ofis.. hari ni dan hari2 seterusnya eryna akan menemankan aku di wad ni.. ibu mentuaku sudah pulang ke KL tadi.. kesian kat mak, xberapa larat jaga eryna.. tapi skrg aku rasa dah lebih bertenaga.. insyaallah.. doa2 moga lukaku segera sembuh.. teringin nak masak roti jala utk suamiku di bulan ramadhan ini..

Khamis, 12 Ogos 2010

Entahla..

Dah tak terbilang hari tinggal di hospital ni.. yang pasti dah dekat dua minggu.. Doktor2 dan nurse2 dah ramai yg jadi member aku.. bosan mmg tak boleh dicakap.. rindu.. tak mampu nak ucap.. Luka di perut ku makin ok tapi doktor pakar masih ragu-ragu untuk benarkan aku balik.. walaupun doktor2 bawahan encourage aku untuk pujuk Dr. Siva utk bg aku balik.. tiap kali aku tanya dia akan mengeleng kepala... dia cakap dia still nak tengok perkembangan luka aku... Kadang2 aku harap suamiku ada di sisi aku time Dr. Siva dtg.. supaya dia boleh tolong cakap bg pihak aku.. yg aku nak balik... nak balik.. nak balik...

Dari segi fizikal mmg aku rasa jauh lebih baik dari dua minggu lepas.. aku dah boleh berjalan dengan tegak (sikit).. badan aku dah rasa ringan.. perut ku dan makin kempis (dah tak macam org pregnant dah).. dan pergerakan pun agak bebas berbanding sebelum ini.. Luka pun (aku rasa) dah agak ok sebab setiap hari aku dok tanya kat nurse yg buat dressing. Dan aku pun rasa mungkin dah ok sikit sebab kalau b4 this setiap kali dressing aku akan nangis kesakitan, sekarang ni walaupun still pedih dengan ubat povidin tu, tapi aku dah boleh tahan kesakitan.. kalau guna saline mmg aku tak rasa apa2.. Hari ni aku dah mandi dengan agak sempurna (bagi aku la).. sebelum ni mmg lap2 aje.. tapi tadi aku dapat idea gunakan apron nurse utk mandikan baby.. so aku amik apron tu buat menutup perut.. bahagianya dapat mandi macam manusia biasa...

Since dok sini dah 4 'roommate' bertukar.. bilik single mmg tak kosong2.. so terpaksalah berkongsi bilik.. dah 4 org masuk & keluar.. dan setiap org tu ada kisah tersendiri semasa bersalin.. yg pertama caeser.. tak ada problem just baby dia terlalu kuat menangis hingga dia tak boleh bergerak.. sampai nak terkencing di dlm bilik sbb takut babynya menangis.. Roommate ke dua bersalin biasa.. katanya dia mengambil kaedah injection untuk merancang keluarga..tp entah macam mana dlm pada dia amik injection, dia ter pregnant.. sdgkan dia mmg amik tpat pada masanya.. dia sememangnya agak bengang dgn keadaan itu.. apatah lagi baby yg lahir anak lelaki ke 3.. Dan dia macam agak serik sebab sewaktu habis bersalin katanya sewaktu dia dijahit.. isi pecah2 dan selama sejam nurse cuba jahit baru berjaya... sampai kebas kaki dia. Dia cakap dia amat serik sekali dgn pengalaman itu..

Roommate ke 3.. bersalin 26 minggu.. anak kembar.. caeser.. minah ni nampak agak cool walaupun kedua2 baby masih di dlm incubator.. satu seberat 900g dan satu seberat 1.1kg. Dia nampak mcm tak risau ttg baby, as long as dia boleh balik rumah.. itu yg penting. Tapi hati dia siapalah yg tahu kan... statement aku ni just thru my observation je la... Roommate ke 4.. baru masuk ptg kelmarin. Bila dia masuk dia cakap kat aku.. hmm.. baby dia dah disahkan meninggal dalam perut.. dia tak tahu dah berapa hari.. Pagi semalam dia dah di induce utk keluarkan baby.. pkl 8 mlm dia dimasukkan ke labour room.. dlm pkl 4 aku tersedar dia dah balik ke bilik. Pukul 6pg bila aku bangun, cepat2 dia cerita pengalaman dia.. katanya baby dia dah meninggal lebih 2 hari.. dan waktu suami dia tgk baby, suami dia menangis teresak2.. dia ckp dia tak pernah tgk suami dia menangis.. (aku lak yg sayu masa tu).. sempat aku tanya.. baby boy ke girl.. katanya baby girl... simpati aku dgnnya...dia salahkan diri dia sbb masa hampir penghujung pregnant (skrg sepatutnya 35 weeks) dia diberitahu dia ada diabetes. Tapi dia hanya kontrol masa dia nak pergi checkups kat klinik. Dia hanya ingat org diabetes risikonya anak besar, dia xtau baby boleh meninggal tiba2 dlm perut bila ada diabetes.. dan katanya last week dia pulun makan durian gila2... hmmm... apa nak buat.. Allah lebih sygkan baby tu...

Entah berapa hari lagi aku akan terkurung kat sini.. Nurse selalu cuba sedapkan hati aku.. xpe.. dok kat sini boleh rehat... hmm.. tapi aku makin restless... penat.. naknya dah masuk bulan Ramadhan.. rasa bersalah terpaksa berada di sini.. patutnya disaat ini aku bersama keluarga.. rasa bersalah kerana terpaksa susahkan ramai org.. kalau ikutkan aku dah hampir habis pantang.. tp nampaknya terpaksa extend pantang.. hmmm.. entahla.. Tiap pagi bangun pasti airmata berlinang.. moga dugaan ini akan pantas berakhir hendaknya...

~mel



~mel

Selasa, 10 Ogos 2010

9 hari...

Dah sembilan hari aku terkurung di wad bersalin hospital pulau pinang.. setiap hari bila doktor pakar datang, hati sentiasa berdoa agar luka telah sembuh.. tapi setiap kali dia datang itulah setiap kali aku rasa hampa. Walaupun wound semakin beransur sembuh tapi doktor nak pastikan ianya benar2 ok sebelum aku dibenarkan pulang. Sesungguhnya aku rasa sangat rimas tinggal di hospital ni. Naknya sebab terpaksa berkongsi bilik.. dah tiga 'roommate' yg bertukar.. aku je yg tak keluar2.. Bilik seorang nampaknya tak kosong2.. tak keruan aku dibuatnya..

Hari ni aku macam malas.. don't bother nak mandi ketidak.. mandi dalam ertikata basahkan badan.. lap2.. since masuk wad mmg tak pernah lagi mandi dgn sempurna, sebab takut terkena wound di perut. Pagi tadi doktor decide takkan jahit wound tersbut, nak biarkan ianya tertutup sendiri. Sehari dua kali 'dressing' luka dilakukan.. dan sekarang menggunakan 'Povidin' dressing iaitu sejenis iodin, setiap kali dressing setiap kali airmataku menitis.. pedihnya tak terkira.. tapi apa boleh kulakukan setiap kali ianya dilakukan aku berdoa semoga akan segera sembuh. Taktahan aku hidup sebegini. Ubat harus ku telan 4 kali sehari... kadang2 8 bijik, kadang 10 bijik.. kadang 11 bijik... Aku yg sebenarnya tak pernah kisah utk makan ubat pun dah rasa muak dgn ubat2 yg diberi...
Mungkin ini caraNYA untuk menghapuskan dosa2ku yg lalu.. Kerana itu aku redha.. Walaupun jemu, bosan, sedih, sakit, pedih semuanya ada, aku cuba tahan2kan... Terkadang menitis airmata sendiri.. terasa diri menyusahkan org lain.. terasa kerdilnya diri ini... terkadang ingin mngutarakan kata2.. tak mengapa.. tinggalkan aku sendirian di sini..bila aku pulih nanti aku akan kembali kepada kalian.. tapi aku hanya manusia biasa.. tak kuat untuk menghadapi semua ini sendirian.. kerinduan membuat hatiku tak keruan..

Kadang2 terfikir juga.. adakah aku sudah hampir denganNYA.. terutama bila melihat darah menitik tidak berhenti dari perutku. Tapi bila terdengar cerita2dari nurse dan doktor di sekelilingku, aku rasa keadaan aku lebih baik dari orang lain mungkinnya. Kelmarin ada wanita yg terpaksa dibuang rahimnya selepas bersalin.. itu belum lagi yg kehilangan anak.. dllg.. Sedangkan aku masih bernafas.. masih mampu berjalan.. walaupun kdg2 lelehan darah membuatkan aku takut utk bergerak... Teringat aku soalan demi soalan dari doktor2 yg merawatku.. eh... u tak berjalan2 ke bila dah balik rumah dulu? u baring saja ke? u ada urut ke? Aku cakap tak.. aku bergerak di rumah.. sampaikan ada yg marah sebab cakap aku tak berehat.. pergerakan aku rasanya berpada2.. cuma sememangnya since aku balik dari hospital aku memang rasa semacam... tapi tak mengapalah.. things do happen & kalinya ia berlaku pada diriku.. Dugaan Allah ini walaupun sukar tapi terpaksa ku hadapi jua..

Walau setiap hari airmataku menitis.. walau sukarnya utk mengukir senyuman di kala ini.. walau terkadang hati memberontak.. yg aku boleh lakukan hanya menerima, menghadapi dan simpan segala pahit di dalam hati... walaupun aku tahu.. semakin hari.. diriku semakin lemah menghadapai semua ini... kekuatan makin kurang...

Aku ingin pulang...

~mel

Jumaat, 6 Ogos 2010

I wish...


I wish..., originally uploaded by melati.a.

5 hari terkurung di sini makin membuatkan aku takut... setiap kali aku bgn dan melihat darah meleleh, aku jadi gerun.. how do u feel if it's your body.. and u feel the pain.. how scared u would be?? doktor ingin menunggu hingga pendarahan berhenti.. tapi bila?? Dadaku yg rasa sgt sesak. Put yourself in my place.. feel the pain i gone through everyday.. bila nurse dtg bersama ubat utk dimasukkan dlm badan, aku ketakutan. Peristiwa sakit dimasukkan ubat tempohari benar2 mmbuatkan aku benar2 phobia.. apalagi 2 kali sehari luka dicuci.. ya allah.. aku sebenarnya takut.. takut sgt...

Sometimes i just wish someone will hug me and comfort me telling me everything will be okay.. aku takut utk meminta.. takut dianggap hnya mementingkan diriku semata2..

Kdg2 tertanya dlm diri.. adakah ini penghujung hidup..??