Khamis, 12 Ogos 2010

Entahla..

Dah tak terbilang hari tinggal di hospital ni.. yang pasti dah dekat dua minggu.. Doktor2 dan nurse2 dah ramai yg jadi member aku.. bosan mmg tak boleh dicakap.. rindu.. tak mampu nak ucap.. Luka di perut ku makin ok tapi doktor pakar masih ragu-ragu untuk benarkan aku balik.. walaupun doktor2 bawahan encourage aku untuk pujuk Dr. Siva utk bg aku balik.. tiap kali aku tanya dia akan mengeleng kepala... dia cakap dia still nak tengok perkembangan luka aku... Kadang2 aku harap suamiku ada di sisi aku time Dr. Siva dtg.. supaya dia boleh tolong cakap bg pihak aku.. yg aku nak balik... nak balik.. nak balik...

Dari segi fizikal mmg aku rasa jauh lebih baik dari dua minggu lepas.. aku dah boleh berjalan dengan tegak (sikit).. badan aku dah rasa ringan.. perut ku dan makin kempis (dah tak macam org pregnant dah).. dan pergerakan pun agak bebas berbanding sebelum ini.. Luka pun (aku rasa) dah agak ok sebab setiap hari aku dok tanya kat nurse yg buat dressing. Dan aku pun rasa mungkin dah ok sikit sebab kalau b4 this setiap kali dressing aku akan nangis kesakitan, sekarang ni walaupun still pedih dengan ubat povidin tu, tapi aku dah boleh tahan kesakitan.. kalau guna saline mmg aku tak rasa apa2.. Hari ni aku dah mandi dengan agak sempurna (bagi aku la).. sebelum ni mmg lap2 aje.. tapi tadi aku dapat idea gunakan apron nurse utk mandikan baby.. so aku amik apron tu buat menutup perut.. bahagianya dapat mandi macam manusia biasa...

Since dok sini dah 4 'roommate' bertukar.. bilik single mmg tak kosong2.. so terpaksalah berkongsi bilik.. dah 4 org masuk & keluar.. dan setiap org tu ada kisah tersendiri semasa bersalin.. yg pertama caeser.. tak ada problem just baby dia terlalu kuat menangis hingga dia tak boleh bergerak.. sampai nak terkencing di dlm bilik sbb takut babynya menangis.. Roommate ke dua bersalin biasa.. katanya dia mengambil kaedah injection untuk merancang keluarga..tp entah macam mana dlm pada dia amik injection, dia ter pregnant.. sdgkan dia mmg amik tpat pada masanya.. dia sememangnya agak bengang dgn keadaan itu.. apatah lagi baby yg lahir anak lelaki ke 3.. Dan dia macam agak serik sebab sewaktu habis bersalin katanya sewaktu dia dijahit.. isi pecah2 dan selama sejam nurse cuba jahit baru berjaya... sampai kebas kaki dia. Dia cakap dia amat serik sekali dgn pengalaman itu..

Roommate ke 3.. bersalin 26 minggu.. anak kembar.. caeser.. minah ni nampak agak cool walaupun kedua2 baby masih di dlm incubator.. satu seberat 900g dan satu seberat 1.1kg. Dia nampak mcm tak risau ttg baby, as long as dia boleh balik rumah.. itu yg penting. Tapi hati dia siapalah yg tahu kan... statement aku ni just thru my observation je la... Roommate ke 4.. baru masuk ptg kelmarin. Bila dia masuk dia cakap kat aku.. hmm.. baby dia dah disahkan meninggal dalam perut.. dia tak tahu dah berapa hari.. Pagi semalam dia dah di induce utk keluarkan baby.. pkl 8 mlm dia dimasukkan ke labour room.. dlm pkl 4 aku tersedar dia dah balik ke bilik. Pukul 6pg bila aku bangun, cepat2 dia cerita pengalaman dia.. katanya baby dia dah meninggal lebih 2 hari.. dan waktu suami dia tgk baby, suami dia menangis teresak2.. dia ckp dia tak pernah tgk suami dia menangis.. (aku lak yg sayu masa tu).. sempat aku tanya.. baby boy ke girl.. katanya baby girl... simpati aku dgnnya...dia salahkan diri dia sbb masa hampir penghujung pregnant (skrg sepatutnya 35 weeks) dia diberitahu dia ada diabetes. Tapi dia hanya kontrol masa dia nak pergi checkups kat klinik. Dia hanya ingat org diabetes risikonya anak besar, dia xtau baby boleh meninggal tiba2 dlm perut bila ada diabetes.. dan katanya last week dia pulun makan durian gila2... hmmm... apa nak buat.. Allah lebih sygkan baby tu...

Entah berapa hari lagi aku akan terkurung kat sini.. Nurse selalu cuba sedapkan hati aku.. xpe.. dok kat sini boleh rehat... hmm.. tapi aku makin restless... penat.. naknya dah masuk bulan Ramadhan.. rasa bersalah terpaksa berada di sini.. patutnya disaat ini aku bersama keluarga.. rasa bersalah kerana terpaksa susahkan ramai org.. kalau ikutkan aku dah hampir habis pantang.. tp nampaknya terpaksa extend pantang.. hmmm.. entahla.. Tiap pagi bangun pasti airmata berlinang.. moga dugaan ini akan pantas berakhir hendaknya...

~mel



~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan