9 julai 2013.. genaplah 3 tahun usia puteri kesayangan kami Eryna Zulaikha.. juga.. genaplah 4 tahun pemergian arwah bonda yang tercinta.. terus sebak melanda hati bila mengingatkan arwah bonda.. Al-Fatihah.. ya Allah semoga arwah bonda bahagia di sana..
Mengingati peristiwa 4 tahun lalu aku rasa sebak.. bonda pergi pada hari Khamis.. 2 hari selepas aku bertemu dengannya, ketika itu hatiku berat ingin berjumpa dgn bonda.. jadi sekembalinya aku dari kepulauan Teneriffe di negara Sepanyol, aku terus menukar tiketku yang sepatutnya terus ke Penang dari KLIA ke esokkan harinya semata2 untuk bertemu bonda di Klang pada masa itu.. Tak ku sangkat itulah kali terakhir aku bersua denganNYA.. pada pagi khamis aku menerima panggilan bahawa bonda telah pergi selama2nya..
Mengingati peristiwa 3 tahun lalu.. lahirnya Eryna Zulaikha ke dunia.. bagiku adalah suatu hadiah yang tidak ternilai.. lahirnya pada tarikh yg sama dengan pemergian arwah bonda tentunya penuh makna buat aku.. maksudnya aku takkan melupakan arwah bonda setiap kali tiba hari lahir eryna.. Kelahiran Eryna bukanlah perkara yang mudah yg telah aku lalui.. tetapi alhamdulillah.. aku (dan kami) berjaya mengharunginya..
Hari pertama Eryna... di sini
jejari kecil eryna semasa berumur 23 hari... :)
Dan inilah Eryna pada hari ini.. semakin pandai.. semakin banyak ragam.. tetapi sentiasa menghiburkan hati mummy & papa.. hari ini balik2 menyanyi happy birthday untuk diri sendiri sebab kat sekolah tadi tiup kek dan kawan2 menyanyi lagu happy birthday untuknya...
Selamat Hari Ulangtahun ke 3 Eryna Zulaikha bt. Muhammad Faizal... semoga menjadi anak yang solehah buat papa dan mummy.. nanti yina dah besar baca blog mummy yina akan tahu betapa yina berada di hati kami sentiasa.. papa mummy sayang kamu, eryna...
~mel
hai.. salam kenal,
BalasPadamfollower no.104
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
http://honeyoyeke.blogspot.com/