Day 2 - 20 November 2016 Sunday
Lama betul aku peram untuk publish post ke Perth ni.
1. FREEMANTLE
Kami ke Fremantle pada hari kedua ni sebab mengikut google’an aku Freemantle Market hanya buka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. So dalam itenerari aku mmg dah letak utk kami ke Freemantle pada hari Ahad. Walaupun mungkin budak2 tak berapa suka, tp terpaksalah sebab nak pi freemantle market yang orang kata best ni. Dan ya betul... ianya hanya buka Jumaat, Sabtu dan Ahad.. jgn pergi hari lain sebab bandar Freemantle akan jadi sunyi je dihari lain berbanding hari2 ini.
Sampai di Freemantle.. sebuah pekan kecil di tepi laut...
Freemantle Market
Dalam Freemantle market ni ada pasar sayur2an, buah2an, ada Indian Food (Halal) dlm Market tersebut. Kami beli Lamb Vindaloo Pie dan Chicken Butter chicken pie. Mmg sedap! Eryna pun mkn banyak. Di luar Freemantle Market ni juga ada restoran melayu, jual nasi lemak, roti canal dllg.
Memang macam2 ada kat sini...
Dari Freemantle market kami pi berjalan cari tempat makan..
Dari Freemantle Market kami jln2 di bandar Freemantle, jln kaki then kami ke E-Shed. Kat E-Shed ada jual souvenirs yg murah2. (Nota: E-Shed ini juga dibuka hanya Jumaat, Sabtu dan Ahad, jadi kalau dah sampai tu borong je terus souvenir yg nak beli, kat tempat lain mmg jauh lebih mahal).
* Kat Perth ni parking kebanyakkannya kena bayar dlm AUD 2.20 sejam. So parking memang agak mahal.
* Dari E-Shed kami jalan di tepi Fremantle Port dan area Maritime Museum & Submarine. Mmg cantik dan ada tgk org memancing kat tepi tu..
Kemudian kami ke Freemantle Art Museum, kebetulan ada pameran Light Gist yg sgt menarik. Bila ambil gambar kita mcm emmersed dlm dinding sekali dgn cahaya2 di dinding. Best giler! Art Museum ni free.
Dalam perjalanan dari sini ke tempat parling ada banyak bunga2 yg sangat cantik.
Freemantle Prison - Menarik tapi utk masuk bahagian dalam tempat banduan kena bayar, so kami masuk bhg luar aje.. lgpun masa kami pergi tu dah mcm penat masing2 so mmg dh malas nak jalan.. hihi jet lag kot (jet lag ke hape entahnya.. )
Kami Lunch dekat Kailis Fish & Chips (HALAL). Kalau sampai kat Fremantle ni memang tak sah kalau tak rasa Fish & Chips! Memang rasa segar, sebab kawasan Fremantle terletak di tepi laut. Harga Fish & Chips AUD 23.99 (agak mahal). Fish & Chips nya bukan fish & chips biasa yg diimpi2kan.. so kena cari semula Fish & chips yg 'normal'. Oleh sebab dah pent kami tapau Fish & Chips tu dan balik ke homestay kami yg best tu.
Selesai lunch, solat zohor kami rehat sekejab. Tidur yg bebenornya. Ngantuk giler. Bangun2 asar baru pasan roti utk esok tak de. Aku & hubby keluar cari roti. Sbb hari ahad bnyk supermarket dah tutup. So kami decide nak cari roti kat 7e. Google 7e ditunjuknya ke bandar Perth. Cari punya cari parking smpi ke ntah mana2, jumpa satu kedai covenient store, xde pula roti halal (tanpa E471/472).. then cari kt 7e (menapak 600m)., xde juga.. menapak ke lg satu kedai.. xde juga.. sampai kedai ke 5 baru jumpa.. nama kedai tu Lucky Covenient store.. huhu.. mmg lucky ler sebab jumpa sebuku roti yg boleh makan dan last dlm kedai tu.... Sepanjang perjalanan jalan kaki dalam pekan Perth tu ramai org Melayu yg kami jumpa tapi nampaknya masing2 tak delah nak senyum ke hape.. kdg2 bila aku senyum rasa macam org giler sebab senyum kambing sorang2.. huhu... Last2 aku decide, pasni kalau jumpa org melayu aku nak bagi salam.. hahaha.. lepas tu jumpa je melayu mmg aku bagi salam... korang tak jawab berdosaa.... :P
Bersambung di Perth 2016 - Day 3 (Part 1)
p/s Pastikan anda baca betul2 bila beli roti yer...
~mel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan