Khamis, 26 Jun 2014

La Alhambra Part 2 (Day 3)

Post ni adalah sambungan dari post2 kat bawah ni...
  1. From KL-Amsterdam-Madrid
  2. Madrid 1st Day
  3. Madrid - 1st day (contd)
  4. Madrid to Granada (day 2) 
  5. Cortijo del Alcazar  
  6. La Alhambra Part 1 (Day 3)
Lambat sikit update tentang La Alhambra part 2 ni.. tetiba jadi agak sibuk memandangkan ada2aje benda yang nak dibuat. jadi tergendala sebentar walaupun gambar dah lama upload.. 

Ok after kami berjalan di Generalife & castle selama hampir setengah hari.. kami pun berpeluang untuk ke Nasdrid Palaces.. Nak masuk ke Nasdrid Palaces ada time2 tertentu.. jadi mmg kena book dulu, so kami pergi jam 1.30 petang... before pukul 1.30 tu mmg dah beratur panjang utk masuk ke palace tu... Masuk2 dalam palace tu memang kami terpaku... subhanallah.. cantiknya istana berasaskan islam ni.. dengan ukiran jawi dan khat yang sgt cantik.. make me wonder how they was able to create the design in the palace... dan tetiba hati rasa sedih.. sayang sungguh peninggalan islam yang ada telah diambil oleh kaum kristian... sayang.. sayang..

Dan ada juga bahagian-bahagian dalam Nadrid palaces ni yang cuba diubah oleh puak kristian... mereka cuba scrap ayat2 yang ada di dinding, so dinding yang cacat dengan tanda pemusnahan.. walaubagaimanapun nampaknya tidak berjaya dan ianya masih kekal dengan karekter Muslim yang unggul.

Bahagian atas penuh ukiran menarik yang melambangkan keislaman..

Ayat-ayat yang tertera di dinding dalam Nasrid palaces ni..


Yang ni 'the Mexuar' tempatnya ada macam Taj Mahal.. sgt cantik..


Memang bila masuk dalam Nasrid palaces ni rasa macam tak nak keluar.. dan palace yang kami lihat kat luar sebelum tu macam tak ada apa-apa jika dibandingkan dengan environment dalam Nasrid palaces. Dalam hatiku berkata-kata.. hmmm... bertuahnya dapat melangkahkan kaki ke sini... menyaksikan keagungan Islam suatu ketika dulu, di samping berdoa semoga suatu hari nanti Islam akan kembali menjadi kuasa yang sangat kuat di dunia ini...

p/s menyampah pulak tengok mat & minah saleh pakai baju tak senonoh dalam tempat sebegini... :(





Sila lah layan gambar2 di bawah... hihi.. sebenarnya tidak terungkap dengan kata2 tentang keindahan Alhambra ni.. to believe it.. you must see it.. Memang berbaloi menghabiskan ribuan ringgit untuk menziarahi tempat sebegini..

Me and my sisters






By the way, sesiapa yang bawak rugsack (beg sandang belakang) tak boleh bawak di belakang, kena bawak di depan, that's why hubby dok bawak beg cenggitu... bila ubah dan guard nampak kena sound letak depan balik.. justifikasi untuk perkara tersebut tidaklah aku pasti kenapa.. huhu..

Pokok buah oren yang ada dimerata-rata dalam Alhambra... geram je nak petik!


Terdapat penambahan oleh puak kristian terutama di bahagian akhir perjalanan dalam nasrid palaces yang membuatkan kami rasa betapa sebenarnya semi islam itu sangat indah kerana apa2 yg dibina selepas itu nampak malap.. tidak bermaya dan langsung tidak menarik :P. Doaku semoga suatu hari nanti keindahan ini bisa menjadi taklukan Islam kembali.. bernaung di bawah dunia Islam.. Insyaallah.. Amin..

~mel



Tiada ulasan:

Catat Ulasan