Encik hubby tak berapa lama dulu suggest utk beli peti as baru disebabkan peti ais rupanya dah agak buruk dan sebab dah agak lama ditakuti menyebabkan elektrik tinggi. Tapi disebabkan masih berfungsi lagi so kami tangguhkan. Tapi tula kan brg2 ni bila mula kita berhajat, dia startlah buat hal. Hari Jumaat aritu tiba2 keluar bunyi macam enjin kereta kat peti ais tu.. then freezer langsung tak berfungsi. Langsung tak sejuk brg2 dalam freezer.. aduhai... Bila aku godek2 malam tu, hilang bunyi mcm enjin kereta tu. Bila en hubby balik aku katakan terus.. esok kita kena cari peti ais baru ni.. mcm dah tak berapa nak ok peti ais sedia ada. So keesokan harinya (Sabtu) kami pun ke kedai elektrik utk dari peti ais. Jadi kami telah memilih peti ais di bawah.. jenama Samsung RT53H6330UT TMF with Digital Inverter, 620 L yang jauh lebih besar dari peti ais sedia ada dgn harga RM2239 (sale raya cina katanya - harga asal RM2639). Alhamdulillah order semalam, hari ni dah sampai peti ais tu. Teruja hati dapat peti ais besar gedabak.. warna dark purple.
Perkara yang aku nak bincangkan di sini adalah tentang kaedah pembelian peti ais ini sebenarnya. Aku seboleh2nya tak suka nak berhutang. Aku memang ada 3 jenis kredit kad dan boleh je nak guna kredit kad dlm membeli brg2 berharga ribu-riban ni. Kredit kad biasanya aku guna utk isi minyak sebab aku suka bubuh minyak full tank setiap minggu tp kalau bayar guna cash sukar nak anggar berapa utk full tank. Lagi satu kalau ke oversea, kredit kad perlu utk perkara2 di luar jangkaan atau tak cukup cash. Aku seboleh2nya tak guna kredit kad utk perkara2 tak perlu.
Anyway, untuk beli peti ais batu kami ambil keputusan utk beli cash. Mana dapat cash banyak2 ni.. simpanan bank? Oh tidak! Ini yang aku namakan duit kutu suami isteri :P. Since kami mula2 kawen dulu aku ajak suamiku main kutu. Walaupun masa tu gaji tak seberapa, kami tetapkan kami perlu contribute certain amount utk 'duit kutu' kami. Tujuannya utk perkara-perkara terdesak yang tidak dirancang atau kot2 ada hajat nak beli perabut baru, tv baru dllg. Since hubby dah duduk jauh aku kesian juga sebab gaji dia banyak habis dijalanan. Walaubagaimanapun ada certain amount yang dia masukkan setiap bulan dalam akaun aku. Jadi bagi aku, sebagai isteri kita kena pandai uruskan kewangan rumah tangga.(Walaupun aku mengaku, aku agak boros dengan gaji aku sendiri :P). Tapi tidak dengan amount yg diperuntukkan oleh suami. Amount itu aku bahagikan kepada beberapa cabang termasuklah utk collection family day keluarga suami, sekolah eryna dan duit kutu kami suami isteri. Sebenarnya aku suka menyimpan tanpa sedar. So bila kejadian peti ais perlu beli dengan segera, aku ada certain amount 'duit kutu' suami isteri yang aku simpan bagi membolehkan peti ais dibeli tanpa berhutang atau menggunakan wang simpanan di bank.
Bagi aku sebenarnya seorang isteri ni perlu pandai mengurus. Kadang2 amount yang suami beri mungkin tidak banyak tapi sangat penting ianya digunakan/diurus dengan sebaik mungkin. Satu perkara yang diajar secara tidak langsung oleh encik suami ialah jgn beli perkara yg tak perlu terutama permainan untuk Eryna yang bukan-bukan, contohnya permainan harga RM2 atau seangkatan dengannya. Jadi sebenarnya kami tidak membiasakan Eryna dengan permaian sebegini. Walaupun ianya murah tapi sebenarnya wang tersebut jika digandakan bilangan pembeliannya akan menjadi amount yang yang lebih besar dari yang dijangka. Kami juga jarang membeli 'jajan'. Biasanya kalau membeli barang rumah aku suka membeli makanan yang lebih mengenyangkan. Perkara kecil2 ini sebenarnya banyak dapat membantu untuk penyimpanan wang yang lebih berkesan. Yang penting kadang2 kita sebagai isteri tak perlu pun bising2 pada suami yg kita ni menyimpan duit pemberiannya.. kita simpan je lah... bila diperlukan, mesti terbeliak bijik mata dia melihatkan betapa efektifnya si isteri menjaga hasil titik peluh dia.. :P
Ok itu saja nak cerita tentang peti ais yang baru dibeli. Duit kutu suami isteri dah susut jadi perlu strategik planning utk mengumpul semula duit kutu suami isteri tu agar simpanan tetap tidak diusik jika berlaku kejadian tergempar begini.
Kami ke Kalumpang Resort ni beberapa minggu lepas.. waktu cuti thaipussam 25 jan 2016 kalau tak silap.. (Nampak sgt post terperam dlm draf blog tak diselesaikan). Kalumpang resort ni tak jauh dari tg malim.. Dlm 20 minit je ke sana.. Kami sebenarnya dah lama tak gi mandi manda so ambil kesempatan ini untuk berendam laa...
Bayaran masuk utk ke kalumpang resort ni dewasa rm10 dan kanak-kanak rm5, for me berbaloi juga sebab ada dua bahagian yg boleh mandi iaitu mandi sungai dan mandi kolam. Kami sampai dlm pkl 10 pagi, orang pun beli, ramai lagi.
Macam2 aktiviti boleh dilakukan di sini tp kami memang fokis nak mandi je laa..
Hubby sedang pasang tag utk masuk dlm kalumpang resort ni
Hubby dgn eryna yg dah tak sabar2 nak mandi...
Menarik juga suasana dlm resort ni.. Kalau nak tidur ada package pnginapan sekali..
Haa dah sampai kat sungai.. Yeayyy!!
Cantik juga view sungai ni.. Orgnya pun cantik.. Kan!
Dah ready nak mandi...
Alkisah eryna tak tahan sejuk.. Takut nak mandi sungai.. Problem betul.. Mengigil2 dia bilq masuk dlm sungai..
Mommy cool jer...
Lain pula dgn si aliff.. Berjam2 dia berendam xmo keluar.. Kami bawa bekal makanan sikit.. Tuna sandwich dan keropok je pun 😜
Papa pun sama...
Terjerit2 takut masuk dlm sungai..
Mamat syok layan berendam air sungai.. Tak takut langsung!
Setelah penat mandi sungai kami beralih arah ke kolam mandi kanak2.. Haa.. Kat sini startlah si eryna tak boleh nk di kontrol.. Berlari. Melompat. Naik gelongsor. Takut kami dibuatnya dgn keberanian anak dara ni..
Syoknya berendam dan main dlm kolam...
Selesai memuaskan hati budak berdua ni kami pun tukar baju.. Oklah tempat tukar bajunya.. Org tak ramai mungkin sbab org ramai mnginap di situ kot.. Jadi dptlah tukar baju dgn aman...Seronok budak duorg ni.. Asyik ajak lagi mandi ke sana..huhu
Pagi2 tadi mendapat perkhabaran pemergian kak Aidah Maheran Md Aznan petang semalam.. Kak Aidah atau aku lebih gemar memanggilnya dengan Kak Nur merupakan sahabat lama alam maya.. since 2006.. Blognya dari Kamar Sepiku selalu juga aku baca dulu-dulu.. banyak post yang memberikan peringatan untuk kita sebagai manusia dalam blog beliau... Namun dah agak lama beliau dah tak update blog.. lebih banyak beliau update di FB sahaja.. Kami selalu bermessage di FB, kadang2 melalui SMS bila aku dapat perkhabaran dia masuk hospital... Sejak akhir-akhir ini Kak Nur selalu juga keluar masuk hospital... Last beliau menghantar message di FB untukku adalah pada 20 Disember yang lalu, ketika aku di Mekah memintaku mendoakan kesihatannya. Sebelum tu beliau menghantar petua bagaimana untuk menghalau tikus untuk aku yg phobia tikus ni...:(
Bila mendapat perkhabaran tadi hariku tiba2 menjadi mendung.. terasa sayu dihati. Banyak kali aku berhasrat ingin menziarahi beliau, tp tak kesampaian. Mungkin tiada jodoh untuk aku bersua dengan beliau. Still sampai di ofis pagi ini aku masih melayan sedih.. dan sayu. Dalam hati mendoakan moga Kak Nur ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang Soleh. Al-Fatihah.
Salah satu post di akhir2 kehidupan blogging Kak Nur adalah apakah persediaan diriku??? Yang mengingatkan kita bahawa mati itu akan datang bila-bila masa tanpa mengenal usia. Hidup ni umpama dua siang... Hari ini hidup, esok mati...
Last night balik2 dari Fraser's Hill agak penat macam malas nak keluar. Lepas maghrib dah tertido, then hubby ajak keluar juga lepas Isyak. Bila dok rumah hubby di Instun ni mmg kena makan luar ya sebab tak de apa yang nak dimasak. Mula2 nak makan kat Sekiah Makmur jer tapi semua kedai tutup.. so hubby drive ke Tg Malim. Actually hari sebelumnya ada lalu kat area dekat2 Masjid Tg Malim dan nampak sebuah kedai.. mcm lain sikit tapi waktu tu pagi2 tak buka...so hubby cakap.. nanti kita datang makan malam kat sini.. So malam tadi kami pergilah ke kedai Lampuneon Cafe ni.. Kedai macam baru lagi.. dari luar nampak ok.. So kami pun duduk..
Waiter
datang dengan cepat.. masa tu memang tak de orang pun, satu meja je
yang ada orang.. Bila tengok menu ada makanan melayu biasa spt nasi
goreng dllg, dan ada juga makanan western. Tengok harga memang
berpatutan.. So kami order western.. hubby order chicken chop, Aliff
order fish & chips, aku order Beef Steak & untuk eryna sausage. Sambil menengok menu, Hubby pulak dok menunjukkan nama Burger (Dimmu Burger) hahaha.. kami gelak.. zaman2 dulu kumpulan faveret hubby tu Dimmu Borgir ke hape nama group tu yang aku terjemahkankan jadi... Dirimu Bog.. :P (Isi tempat kosong). Lain kali boleh la order Dimmu Burger ya...
Sambil2 menunggu order kami tengok sekeliling.. si Aliff dah sebuk sebab nampak mainan lego. Pada keseluruhan interior kedai memaparkan poster kumpulan2 rock heavy metal.. Ada koleksi Iron Maiden dllg.. aku tak tau sangat.. tapi hubby taulah. Last2 aku gtau hubby, cer tanya diorg nak beli tak tshirt ACDC hubby yang dibelinya kat Melbourne 4-5tahun lepas. Sejak hubby dah insaf sikit ni dia dah tak pakai baju tu.. simpan buat kenangan je la.. :P
Masa menunggu hidangan ok, sekejab je dah sampai chicken chop, sausage & fish and chip. Cuma macam biasalah kan sesiapa yang order Beef Steak kena faham bahawasanya kalau order beef steak memang lambat dari makanan lain..
Utk chicken cho & beef steak diletakkan dengan black pepper sauce. Bagi aku rasanya agak sedap.. beef steak memang sesuai dengan taste aku. Cuma aku rasa portionnya agak kurang banyak which I told hubby sesuailah dengan harganya RM13. Biasanya kalau order Beef Steak di De Pauh Garden dekat rumah aku di Seberang Perai, beef steak aje dah berharga dalam RM23. Tapi portionnya pun RM23 jugalah.. so aku rasa kalau orang yang betul2 lapar kena order 2 pinggan baru rasa sendat perut.. kalau sepinggan ni macam hidup segan mati tak mau je rasanya perut ku ini... huhu.. dengan rasa yang sedap terasa pulak terkujat2 sebentar bila cepat sgt habis.. So disarankan owner lampu neon besarkan portion dan bolehlah naikkan harga sikit. Atau lebih bagus boleh buat pilihan portion.. sape nak 2 ketul beef steak or chicken chop tambah beberapa RM. haa barulah ngam! Anyway boleh tengok pinggan encik hubby yang licin.. :P
Ok itu saja.. nanti bila aku balik Tg Malim bolehlah pi lagi.. tp nak order 2 ketul beef steak, boleh? Overall kami recommend Restoran Lampuneon ni.. servis pantas dan rasa pun sedap. Cuma hubby kata kalau kerusi tukar warna hitam barulah lagi rock!!
Hari ni dah balik Penang... dah start rindu hubby yang jauh dimata.. :(
Selesai sudah blog post Umrah Turki 2015 saya. Saya menulis pengalaman-pengalaman ini untuk diri sendiri sebenarnya. Untuk saya ingat apabila sudah tiada upaya untuk mengaharungi kembali segala pengalaman lalu.. untuk anak-anak saya membaca sejarah diri saya.. mungkin suatu hari nanti bila saya telah tiada.. catatan ini akan terus hidup bersama darah daging saya yang saya tinggalkan.. Semoga pengalaman pahit manis yang saya lalui menjadi iktibar dan pengajaran buat diri saya dan keluarga.
Catatan Umrah Turki kami 15-28 Disember mengikut turutan boleh dibaca di sini..
Perjalanan ini merupakan perjalanan yang penuh keajaiban dan ingin ku ulangi tak kira berapa ratus kali dalam kehidupanku yang entah bila berakhir... Ya Allah.. Jemputlah kami ke sini lagi.. :'(
Dah sampai kita ke final part... Alhamdulillah.. hajat dan niatku dan suami untuk menunaikan umrah pada tahun 2015 telah tercapai. Pengalaman tersebut merupakan pengalaman yang sangat manis dan sangat bermakna. Tak mungkin ditukar ganti, Sesungguhnya aku bersyukur kerana Allah telah memberikan kesihatan yang baik buat kami semua, aku, suami, mak, abah serta ahli-ahli group kami. Aku amat bersyukur kerana diberi peluang menjejakkan kaki ke bumi bertuah itu, dan rasanya tidak sabar untuk ke sana semula dalam jangka waktu yang terdekat. Final part ini aku ceritakan sedikit sebanyak tentang perjalanan pulang kami. Dugaan bagi kami sebenarnya belum berakhir. Kalau di post sebelum ini aku ceritakan yang kami terpaksa memanjat tangga hingga ke tingkat 7, bas yang datang lambat membuatkan kami resah gelisah.
Aku di Madinah sebelum pulang
Sesampai di airport, Ustaz Anzaruddin bergegas turun dari bas untuk ke kaunter bagi check-in kami semua. Manakala ada seorang student dari Universiti di Madinah, Ustaz Aiman, membantu untuk membeli air zam zam untuk dibawa pulang oleh kumpulan kami. Dalam trip ini kami mendapat air zam zam sebanyak 5 liter seorang. Ketika pintu bas dibuka kami ingin segera keluar sebab dah lambat. Tiba2 datang satu kereta polis tidak membenarkan kami turun. Pintu tengah bas ditutup semula. Masing-masing dah pening, kami dahlah lambat, tak dibenarkan keluar bas pulak tu. Ustaz Anzaruddin dan Ustaz Aiman dan masuk ke dalam airport tak nampak muka dah. Polis tersebut meminta pasport kami, tapi tiada seorang pun yang ada pasport kerana dibawa oleh Ustaz untuk checkin dan beli air zam. Kami sangat gelisah. Sedang menunggu tiba-tiba terdengar perkataan muasassah disebut2. Encik suami pun berkata, kalau diorg nak nama muasasah mmg perlukan pasport sebab ada kat dalam pasport. Tetiba aku teringat.... ehh.. aku ada photostat pasport dalam beg aku sebab masa nak check in Swissotel hari tu aku diberi photostat pasport tu sebab passport kami dipegang oleh agen. Cepat2 aku keluarkan photostat passport aku dan bergegas ke depan bas dan memandai2 tunjuk photostat paspot tu kepada polis tu. Aku tunjukkan nama muasasah (kebetulan dah diberitahu yang mana nama muasasah in case ada masalah ketika checkin Swissotel).. Polis tu pun ambil.. tulis nama muasasah tu dan pintu bas pun dibuka... kami dibenarkan ambil beg dan masuk ke airport.... Phewwww!!! Terasa macam jadi heroin kejab :P
Urusan seterusnya alhamdulillah dipermudahkan sangat. Airport di Madinah merupakan airport yang tak berapa besar. Urusan checkin sangat mudah dan alhamdulillah beg kami semuanya ok tak overweight, malahan kesemua hand luggage mak abah kami pos masuk dalam untuk memudahkan kami waktu transit di Istanbul. Siap ada lebih lagi luggage dan kami pelawa kawan2 join kot2 ada yang takut terlebih berat :P. Apabila kapal terbang berlepas (waktu maghrib) kami solat jamak siap2 dalam flight. Waktu mula2 berlepas tu tiba2 aku terlihat keluar dan tunjuk kat encik suami... tuuu.. nunnn tengok kat bawah tu.. Masjid Nabawi dari atas... cantik sungguh.. sempat aku buka henfon dan snap gambar seperti di bawah.. tp dah hujung2 dah.. tak pelah asal ada kenangan..
yang bercahaya besar tu adalah masjid nabawi.. memang cantik dari pandangan atas flight..
Macam biasa bila naik flight suka kami tengok gelagat abah yang memang berselera nak makan. dapat aje menu dalam flight segera abah tengok.. .hihi.. Agaknya abah ni kena dok oversea lah.. :P. Anak dia tekak agak kemelayuan jadi ada makanan yang pelik2 dia tak makan sanga t<--suamiku suamiku--="">--suamiku>
Flight transit di Istanbul dalam 3-4 jam... so kami just lepak2 kat sana.. sempat aku sambar minyak wangi dan lego untuk eryna kat duty free. Kebetulan duit Euro ada beberapa ratus lebihan masa pi Spain tahun lepas yang tidak ditukar kembali, saja simpan/ Hati sebenarnya dah tergoda dengan henbeg LongChamps tapi encik suami cakap.. kang mak tengok dia nak pulak (ada ke patut itu alasannya :P)
Sambil2 buang masa menunggu flight di Istanbul Airport. Nak tidur pun tak boleh.
Akhirnya kami naik flight Istanbul ke KL. Naik-naik terus tertidur suami isteri. Sedar2 terjaga bila Ustaz kejutkan untuk bangun subuh... kata ustaz.. cuba tengok kat langit di luar tu, dah subuh... so aku pun tengok di luar. dan nampak.... oh yer... seperti gambar di atas...
At last.. sampai juga kami di KLIA...
Hubby & ibunya setelah selepas immigresen di KLIA.
Selesai perjalanan kami Turki-Mekah-Madinah... Subhanallah.. sesungguhnya setiap hari dan ketika aku bersyukur diberi peluang ini. Hati sentiasa meronta2 ingin kembali ke sana.. siap tanya hubby kat Madinah ada universiti kan.. boleh tak nak apply mengajar di Universiti Madinah? Sesungguhnya sepanjang di sana hati sentiasa tenang dan bahagia. Setiap pagi bangun pkl 4pagi pun tiada masalah dan boleh bertahan segar dan bahagia sepanjang hari. Dah balik ke Malaysia.. nak bangun tahajud pun liat... berhari2 kunci jam tapi tak bangun juga.. Sungguh ajaibnya semangat di sana, dan paling penting Allah berikan kesihatan yang baik pada kami di sepanjang masa. Abah.. mampu ke masjid sendirian tanpa teman, mampu bertahan di masjid menunggu waktu solat...
Semoga Allah menjemput kami lagi ke sana, semoga kami dijemput lagi dengan kesihatan yang baik.. Ya Allah.. semoga doa2 kami dimakbulkan dan yang paling penting, umrah kami adalah umrah yang mabrur... Amin Ya Rabbiyal Alamin...
Kalau rindu.. pasanglah ni selalu... TQ Pak Syed Idrus yang mengwhatsapp kan link Mekah HD ini...
Madinah adalah satu tempat yang lebih 'calm' berbanding Mekah. Bagi diriku aku suka dengan schedule yang dirancang. Dari Mekah baru ke Madinah. Ini kerana di Mekah kita banyak dalam keadaan bersesak2 dan berebut2.. Jadi bila ke Madinah kita akan rasa relaks sedikit dan merasa dapat beribadah dengan lebih tenang dan damai. Hotel yang kami tinggal di Madinah adalah Hotel Jawharat Al-Asima Hotel, tidak jauh dari Masjid Nabawi.
Aku pada hari first day di Masjid Nabawi
Sebagaimana yang aku tulis dalam post sebelum ini, Masjid Nabawi adalah sebuah masjid yang sangat cantik dari dalam dan di luar. Rekabentuk dalaman yang sangat cantik mengingatkan aku kepada rekabentuk dalaman dalam Mosque-Cathedral@ Grand Mosque of AI-Andalus, di Sepanyol. Boleh refer kepada blog post aku semasa di Cordoba, Sepanyol pada Julai 2014. Mengingatkan Grand Mosque itu aku rasa sedih sangat sebab sekarang ni Grand Mosque itu dikuasai oleh puak Kristian, dan kesan peninggalan Islam itu hanya kenangan semata-mata.
Salah satu gambar kenangan yang diambil ketika di Mosque Cathedral, Cordoba, Sepanyol - lihat persamaan antara Mosque Cathedral ni dgn Masjid Nabawi.. sedih rasa mengingatkannya
Gambar-gambar di luar Masjid Nabawi. Di bahagian luar Masjid Nabawi terdapat payung-payung otomatik yang akan dibuka dan ditutup mengikut kesesuaian masa. Memang menakjubkan.
Situasi solat dalam masjid Nabawi juga akan tenang berbanding dengan di Mekah. Walaubagaimanapun still kena pastikan datang awal untuk bersolat dalam keadaan yang selesa dan kalau di luar boleh sembahyang atas karpet. Disebabkan cuaca yang sangat sejuk, kalau tak dapat solat di karpet terutamanya di luar memang akan menggigil kesejukan. Bagi diri aku sendiri, sejadah yang aku selalu letak dalam henbeg aku adalah sejadah nipis, jadi kalau duduk atas sejadah tu still terasa kesejukan yang amat sangat. So, memang perlu duduk di atas karpet untuk tunggu waktu solat. Sambil2 menunggu waktu solat sempat juga berkenalan dengan pelbagai bangsa lain. Mak mentua ku lagi peramah, jadi banyaklah dia berkenalan. Aku kenal2 gitu2 jer, tapi sempatlah berselfie juga.. :P
Kami dan Azril aka Ayil
Sewaktu di Madinah terlihat pula di Swarm Apps bahawasanya rakan twitter kami si Azril aka Ayil yang kami kenali lebih 8 tahun lepas di alam maya ada juga di Madinah. Ayil ni walaupun duduk di Penang, rajin berinteraksi di Twitter tapi kami tak pernah pun jumpa. So bila tgk dia di madinah kami pun cakap, jom kita jumpa Ayil! di Gate 15, Masjid Nabawi. Ayil tinggal di hotel Movenpick dan melalui TH Travel. so dalam masa 10 minit janji nak jumpa, akhirnya kami bertemu di Gate 15 Madinah. Sungguh ajaib. Kawan ketiga yang kami jumpa di bumi Arab ini. Kata Ayil.. kak Mel tak sangka ya abg Faizal ni soft-spoken... huhu... :P
Setiap kali keluar dari Gate-gate menghala ke hotel seperti gate 15 ke gate 18, memang akan melalui puluhan penjual jalanan yang sangat berleluasa hingga susah nak keluar pintu masjid. mereka menjual jubah yang murah, cincin, shwal, pashmina, jam dan macam2 lagi. Siap masa menjual tu shawl terbang dari hujung ke hujung.
Inilah suasana di luar masjid nabawi di mana banyak penjual menjual perbagai barangan. Namun begitu, SILA HATI-HATI. Terdapat penyeluk saku yang sangat licik di sini. Jadi jaga barangan anda baik2. Pastikan yang perempuan sentiasa silang beg anda di bahagian depan sentiasa pegang beg anda. Semasa di Mekah, walaupun org ramai tetapi tiada dengar cerita tentang pick-pocket. Tetapi di Madinah ni pelbagai cerita tentang pick pocket yang didengari.. siap ada yang menyeramkan. So, don't take things for granted, walaupun di masjid nabi.. ada pencuri berkeliaran dan memakai pakaian serba hitam...
Keadaan waktu menunggu solat di Masjid Nabawi.
Aku dan hubby selepas beliau menunaikan nazarnya untuk mencukur rambut. Masa di mekah tak sempat katanya nak bercukur, so selesaikan di madinah.. hansem tak? :P
Aku dan hubby ada berjalan2 beyond our normal route di madinah. Saja nak explore. Ada suatu hari tu en hubby berpuasa sunat, jadi sempatlah juga kami mencari tempat untuk membeli makanan beliau berbuka, tapi harganya pejam mata jelah... huhu.. Tapi memang sedap.
Gambar-gambar di atas merupakan pintu utama Masjid Nabawi. Ianya berada di tengah2 bandar dan di hadapannya ada kawasan lapang dengan burung gagak. Ada macam monumen kat situ.
Masjid Quba
Trip yang sepatutnya kami pergi pada suatu pagi ditunda ke belah petang memandangkan ketiadaan bas. Mula2 agak boring jugak bila dibatalkan, tapi alhamdulillah disebabkan ditunda, dapatlah aku ke Rawdah kali kedua, seperti yang aku ceritakan dalam post yang lepas. Tempat yang pertama kami pergi dalam trip ini adalah Masjid Quba. Kami diminta untuk mengambil wudhu' awal2 di hotel dan menjaga wudhu' sehingga ke Masjid Quba. Mengikut Hadith Nabi SAW diriwayatkan oleh Sunan Ibnu Majah menyatakan bahawa barang siapa yang berwudhu' dari tempat tinggal dan singgah di masjid Quba dan bersolat dua rakaat, akan mendapat pahala umrah. Jadi kami berwudhu' disepanjang perjalanan dan sesampainya di Masjid Quba, kami terus bersolat tahiyatul masjid.
Quba sebenarnya adalah tempat pertama Nabi SAW bersama2 dengan Saidina Abu bakar setelah berhijrah dari Mekah ke Madinah. Masjid ini adalah masjid pertama dibina setelah penghijarahan tersebut.
Ladang Kurma
Kami dibawa ke ladang kurma sebaik sahaja kami selsai menziarah Masjid Quba. Menurut Ustaz Anzaruddin, apabila kita ke Mekah, membawa pulang air zam zam adalah barokah yang kita bawa bersama2 kita, manakala di Madinah pula, bawalah pulang buah Kurma kerana ianya adalah barokah dari Madinah.
Kumpulan kami dihadapan Kilang Kurma
Memang menarik ladang kurma ni... macam2 kurma rasanya nak beli tapi memandangkan di rumah aku memang tak pernah putus bekalan kurma, jadi aku beli ala kadar aje. Aku ada ramai student dari Arab Saudi atau negara-negara Arab yang lain seperti Qatar, Oman dllg, so setiap kali mereka datang mereka akan bawa kurma, kadang berkilo2. Yang penting kali ni memang aku berhajatkan kurma segar. Hubby pula beli kurma nabi utk nak bagi kawan2 ofis katanya tapi tak delah dia beli banyak pun, maklumlah beg dia pun dah aku penuhkan dengan barangan shopping aku.. :P
Pokok kurma ni macam pokok sawit, satu specieslah agaknya tu.. dan buah kurma segar yang aku beli tu memang sedap.. huhu...
Bukit Uhud
Dari ladang kurma kami ke Bukit Uhud. Ustaz Anzaruddin menerangkan secara terperinci tentang perang Uhud.. yang paling penting apa berlaku di Jabal Rumad.. Pada mulanya pihak Muslimin memang tetapi disebabkan tamak melihat harta kekayaan, mereka meninggalkan Jabal Rumad.. dan itulah punca kekalahan pihak Muslimin... Gambar-gambar di bawah adalah suasana di Bukit Uhud.
Boleh refer kat video di atas untuk sedikit penerangan Ustaz Anzaruddin yang sempat aku rakam
Suasana di Bukit Uhud
Papan tanda di Bukit Uhud
Ustaz Anzaruddin sedang menceritakan tentang sejarah Bukit Uhud.
Ada juga kurma yang dijual ditepi2 jalan di sini
Dari Bukit Uhud kami pun pulang ke hotel....
Ziarah Wida' dan Pulang
Pada
hari terakhir di Madinah, kami dijadualkan check-out hotel pada pukul
2. Jadi kami bercadang utk buat ziarah wida' selepas zohor. Kami
diberitahu bahawasanya makanan tengahari telah sedia pada pukul 12
tengahari. Tetapi memandangkan zohor dalam pukul 12.23pm kami bercadang untuk
solat zohor di Masjid, Ziarah Wida' dan baru kembali ke hotel. Mengikut
jangkaan kami cukuplah waktu untuk check-out bagai sebab barang2 memang
kami dah kemas awal2. Selepas solat zohor kami (aku dan mak) berjanji
dengan hubby dan abah untuk berjumpa di laur gate berhampiran dengan
Makam Rasulullah & Rawdah. Mak mentua agak tidak puas hati sebab
tidak dapat tengok makam Rasululllah sebab zaman dulu2 beliau dapat tgk
makam rasulullah sedangkan sekarang memang kaum wanita tidak dibenarkan
masuk ke makam rasul. So, utk itu kami tunjukkan makan rasul dari
luar.. Perjalanan keliling masjid nabawi memakan masa juga sebab
kawasannya sangat besar.
Sebelum menunaikan solat zohor yang terakhir di masjid nabawi
Selfie lagi...
Menunggu zohor dalam Masjid Nabawi. Ada pintu2 yang agak jauh dari kawasan hotel yang sebenarnya kurang sesak dan boleh solat dengan agak selesa.
Zohor terakhir di Masjid Nabawi... :(
Selesai
ziarah wida' kami segera pulang ke hotel. Masa tu belum pkl 2. Sampai2
di hotel kami minta mak abah terus pi makan tengahari dan kami settlekan
bawa turun beg ke bawah. Sebenarnya Ustaz ada pesan tinggalkan beg di
luar bilik hotel utk porter ambil tapi disebabkan kami keluar ke masjid
cepat, macam tak percaya pulak nak tinggal beg di luar bilik.
Rupa-rupanya bila kami sampai nak naik ke tingkat 7 ke bilik kami.. tak boleh!!
Lift semua penuh. Kami tak boleh naik pun. Yang membuatkan kami gelabah
bila tengok kebanyakan ahli kumpulan kami begnya dan semuanya dah ada di
bawah. Setelah puas menunggu, aku mencadangkan pada hubby jom kita naik
tingkat 1 moga2 lebih mudah dapat lift. Kami panjat tangga hingga
tingkat 1. Rupa2nya kejadiannya sama. Jenuh menunggu aku ckp kat hubby
jom panjat tangga!!. Dan kami pun panjat tangga ke tingkat 7.. hahaha
mujur tingkat 7 bukan tingkat 37 :P . Dan aku membuktikan yang aku masih
fit.. haha.. boleh naik tangga 7 tingkat lagi dengan jubah serba hitam
:P
Bila
dah sampai bilik, nak settlekan beg.. ada juga brg2 mak abah yang tak
berapa nak settle lagi. So aku pun memandai2 lah settlekan sumbat2 aje.
Bila dah angkut beg ke lift... tunggu lift bermasalah lagi..adehhh...
lift penuh lagi. Sambil menunggu tetiba muncullah beberapa orang ahli
group yg sama2 membawa beg... ohhh.. bukan kami je yang lambat.. rupanya
ada org lain.. hihi.. oklah lega sikit. Tiba2 mak abah pulak muncul
dari lift... terkejut diorg beg kami dah settlekan.. hahaha... pastu
diambilnya balik beg, ada lagilah tu urusan belum selesai. Akhirnya kami
berjaya turunkan barang2 tapi macam org gilalah sebab terpaksa angkut
barang2 satu2.. barang banyak pulak tu :P
Then
dah turun bawah tetiba baru rasa lapar.. aku dan hubby belum makan
rupanya.. tanya ustaz bas dah nak datang ke? Ustaz macam tak puas hati
jer
bila kami cakap nak gi mkan.. dia tanya awat tak makan awal2.. aku cakap
kami ke masjid tadi.. dia cakap patutnya tak yah gi masjid dah, boleh
jamak dalam bilik terus je tadi... Laaa... awatlah ustaz tak cakap
awal2.. huhu.. then kami naik ke tingkat 1 nak makan, org katering dah
kemas semua.. huhu.. kesian kami.. tak dapat makan. Turun bawah, kami
pun gi kedai runcit kat sebelah hotel, beli roti dan air je lah.. so
kami suami isteri makan roti je tengahari tu :P Sedap juga roti dan
cream cheese tu sebenarnya, kat malaysia memang tak de roti cenggitu.
berjalan pulang ke hotel...
Duduk lepak kat tangga sambil makan roti sambil tunggu bas ke airport datang..
Rupa2nya beria je kami panjat tangga kecoh2 bagai org gila... huhu.. bas rupa2nya sesat dan pukul 3 lebih baru muncul. Aduhai.. kesian lelemak aku dimusnahkan naik tujuh tingkat haha..
Kami sewaktu menunggu bas di depan hotel untuk menunggu ke airport. Sesungguhnya memang banyak dugaan, dah last2 minit pun ada dugaan.. tapi itulah ujian yang perlu dilalui di sana. Tapi ianya tidak membuatkan kita rasa serik malahan hati rasa terlalu ingin untuk kembali ke sana...