Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Ahad, 6 Julai 2014

Cordoba... (Day 4)


  1. From KL-Amsterdam-Madrid
  2. Madrid 1st Day
  3. Madrid - 1st day (contd)
  4. Madrid to Granada (day 2) 
  5. Cortijo del Alcazar  
  6. La Alhambra Part 1 (Day 3)  
  7. Seville... (Day 4)
 
 Perjalanan dari Seville ke Cordoba adalah agak mencabar tanpa Google Maps! Hiway di Spain ni ada banyak exit yang mempunyai arah yang sama... meaning, banyak betul yg menghala ke Cordoba la.. Malaga la.. tp xtau ikut jalan yg paling dekat atau jauh. So kami jalan ikut instinct je la.. Bila sampai ke arah dekat2 Cordoba masing-masing dah serba salah tapi sampai satu exit takde tulis Cordoba tapi aku nampak kat belah kiri ada mcm bandar berkubah2 bagai.. so aku cakap hubby.. masuk jela situ sebab aku mcm konfiden itu adalah bandaraya Cordoba di mana letaknya Mosque-Cathedral yang kami nak pi...

 

Bila kami masuk exit tu, kami cuba menghala ke arah kubah2 yang aku maksudkan.. tapi tak berjya.. entah macam mana aku terbuka telefon aku... saja je la kan.. tetiba bila buka maps tengok... ehhh.. kereta kami sedang berjalan dalam bandaraya cordoba... macam tak percaya je maps masih berfungsi tanpa servis telco.. sedangkan biasanya tak berfungsi... so dengan pertolongan Allah tersebut... aku cari kat mana tempat yang kami nak pergi.. akhirnya kami berjaya sampai... dan betullah exit yg kami masuk ikut instict sendiri tu.. huhu.. alhamdulillah...

 Bila sampai kat area Mosque-Cathedral tu aku dah rasa sgt lapar.. Kebetulan dlm keadaan pms.. aduh.. sakit pingang bagai.. so mmg rasa nak makan sgt2.. Tetiba nmpk restoran halal betul2 kat tempat kami parking... aku meluru  nak makan dulu.. tp hubby cakap nak pi melawat dulu, lepas tu baru makan.. Mood aku mula swing... aku mmgla kalau pms mmg tolongla jgn nak buat hal dgn aku.. mmg sensitif habis.. sebab apa? aku pun xtau.. tuhan dah jadikan pompuan gitu kot.. tp mmg aku lapar giler.. Bila jadi camtu, tak jadi la nak pi makan dulu, walaupun tokey kedai halal tu dok panggil suh makan.. kitorg ckp later..later...

Dari situ kami terus pi cari Mosque Cathedral.. nak jalan pun xde mood.. dahlah memerlukan toilet dari seville lagi.. tak selesa sungguh! Tapi bila sampai ke tempat yg dituju.. nampaklah tempat tu sangat worth pergi.. tempat yg sangat amazing...





Pemandangan di luar dan persekitaran Mosque-Cathedral ni macam di negara Arab/padang pasir. Kalau tak kerana pelancong2 yang berpakaian tak cukup kain, memang terasa macam di negara Arab. Bukan itu sahaja, cuaca di sini jauh lebih panas dari madrid... memang tak sia-sialah kami tak prepare dgn baju sejuk bagai.. kalau tak memang menyusahkan bawak baju sejuk tapi tak pakai... macam adik dan adik ipar aku.. :P






Pergh.. kat kawasan luar ni memang sangat cantik..speechless utk berkata2.. yang penting ia melambangkan kekuatan Islam di sini pada suatu ketika dahulu. Tapi sayang ianya sekarang telah dikuasai oleh puak-puak Kristian.. :(

Mosque_Cathedra ni adalah bekas masjid agung bagi taklukan AlAndalus. Dikenali sebagai Grand Mosque of I-Andalus, ianya menjadi lambang kemegahan Islam suatu ketika dahulu. Mosque ini telah diconvert menjadi Cathedral dan menjadi monument bagi Moorish Architecture. Walaupun dah lewat, kami masuk juga ke dalam Mosque Cathedral dengan bayaran Euro8 seorang.. Bila masuk ke dalam kawasan Istana tu... aduhh... speechless lagi... Ruang kat dalam tu macam Masjid Nabawi.. sangat amazing.. Sape2 yg pernah ke Masjid Nabawi mungkin akan rasa keajaiban itu..







Ramai juga orang di dalam masjid (mosque) ni.. Cuma suasana di dalam sangat gelap.. cuma dapat lihat melalui lampu-lampu malap yang dinyalakan dalam mosque. Struktur dan rekabentuk dalam mosque sangat amazing... Layan je la gambar di bawah...






Selain dari Alhambra di Granada, bagi aku this is a MUST place to visit sekiranya ingin melihat sejarah Islam di Sepanyol. Bila berada di sini memang rasa tak terkata sayunya dihati.. bilalah Islam akan bertapak lagi di sini... :(


 
 Diruang dalam Mosque Cathedral..

 
Bergambar di salah sebuah pintu di dalam Mosque Cathedaral.

 
Muka aku yang masam mencuka waktu di sana... huhuhu..
 Disekitar bandar Cordoba... agak sunyi mungkin sebab hari Ahad pelancung pun nampaknya tak ramai... mungkin orang melawat weekdays kot..

 Boleh naik kereta kuda kalau nak... harga tak tau berapa...


 
Tempat menyimpan basikal yang cool... tak perlu risau mana nak letak basikal kat mana.. kemudahan disediakan..Tempat parking basikal ni terletak di kawasan luar area mosque cathedral ni.
 
After berjalan di sekitar Mosque- Cthedaral di Cordoba... kami kononnya nak singgah semula di kedai halal utk makan... sampai2 kat sana kedai dah tutup... laaa... bertambahlah lapar perut.. adehhh.. then kami teruskan perjalanan pulang ke Madrid.. Janji dengan apartment nak dtg pukul 8... last2 sampai di sana pukul 10.. apa2 pun mujur owner apartment baik orgnya.. tapi kena denda Euro20 sebab lewat.. nak telefon dia gtau kami lambat..telefon aku still kena bar... 
 
Perjalanan dari Cordoba Madrid mengambil masa dalam 4 jam.. kesian encik hubby.. jauh betul dia drive.. adik aku pulak mmg hampess betul.. sebenarnya mula2 janji nak bawak gilir dgn hubbyku.. bila sampai madrid nak sewa kereta baru dia gtau lesen dia tak renew since bulan mei... adehh... xleh nak daftar nama dia as second driver... tp kakak2 aku pun cakap.. memang tak harap nak suh dia bawak.. hhuhu,,, mujur hubbyku berkaki lebar dalam driving sebelah kiri... alhamdulillah...
 
To be Continued...
 
 
~mel
sori ler berterabur lah sikit entry2 aku ni... :P





4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Iyer ayu... banyak yg dpt dielajari dari pengalaman sebegini

      Padam
  2. Balasan
    1. Sampai apartment di Madrid masak nasi and makan....

      Padam