Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Jumaat, 25 Julai 2014

Pengakhiran ramadhan...

Sedang sibuk packing selepasa sahur ni.. sambil mengemas rumah sebelum balik kampung, teringat pulak aku perlu buat post ni.. lagipun nak simpan pc b4 balik... Penting post ni sebab b4 this aku ada post beberapa post tentang jiran sebelah rumah aku termasuk post ni pada bulan puasa dua tahun yg lalu..

Since beberapa lama makcik sebelah memang kurang baik dengan aku... sekejab ok.. sekejab tak ok.. dan aku dan hubby tak tau apa puncanya... Bila aku tegur jawapannya macam nak tak nak.. kami jadi pelik.. apa lagi dosa kami pada dia..hubby cakap biar ajelah, tak payah layan.. so kami teruskan kehidupan macam biasa tanpa berjiran sgt dgn dia.. dengan jiran sebelah kanan macam ok je sebab kami sama2 bekerja, sekali sekala terserempak sempat juga berborak..

Entah macam mana tetiba awal ramadhan kali ini nampak perubahan pada mcik.. dia tegur aku, borak2 which dah lama tak berlaku rasanya lebih setahun kot.. bila dia bertegur sapa aku mmg tak de masalah.. dia tanya aku jawab.. aku borak aje sebab aku memang tak de nak marah apa pun kat dia.. anak menantu dia pun sama.. makin ramah, makin rajin senyum dan bertanya khabar.. walaupun weird tapi aku tetap layan.. org senyum takkan kita nak masam kan.. tak baik gitu.. Ramadhan ini ada beberapa kali mcik tetiba bagi juadah berbuka.. alhamdulillah..

So semalam, aku cakap hubby rasanya kenalah bagi something kat mcik sebab semalam last berbuka di rumah.. hari ni dah balik Gombak.. so hubby kata masaklah sesuatu. Aku decide nak masak macaroni cheese, siap pi beli alumunium punya bekas supaya dia tak perlu pulangkan bekas.. bila dah masak dalam pukul 6.30 ptg gitu, aku pun jerit panggil mcik.. bila dia keluar aku hulurkan macaroni cheese & sebungkus serunding kepada mcik tu.. then aku pun ckp esok aku dah nak balik gombak untuk beraya.. aku cakap mcik nak salam raya teruslah.. aku hulurkan tangan untuk bersalaman.. bila dia sambut tgn aku, tetiba dia cakap.. Mcik nak minta maaf banyak2 (tetiba airmata dia berlinang), mcik tiba2 terfikir katanya, kita ni berjiran, buat apa nak bermasam2 muka.. Sampai that part aku pun dah sebak (biasala neng yatimah kan.. huhu).. then aku pun cakap.. saya pun sama mcik, minta maaf banyak2 kalau mcik ada tersinggung perasaan dgn saya, saya ni sibuk & rabun mcik.. huhu.. kdg pergi kerja pagi, balik dah maghrib.. mmg tak sempat nak tegur org... So kami pun sama2 lah bermaafan...

Alhamdulillah... lepas tu masuk rumah masing2.. aku pun legalah.. dah berbaik2 dgn mcik sebelah semula.. walaupun aku still xtahu apa yg dia marah sgt kat kami b4 this tp tak pe lah.. moga Allah berikan keberkatan utk mcik & pcik sekeluarga.. insyaallah...

Akhirkata ramadhan berakhir dengan baik kali ini untuk kami yg hidup berjiran... semoga Allah merahmati dan mempermudahkan urusan jiran2 kami semuanya... Amin..


~mel
sambung kemas rumah & packing

1 ulasan: