Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Isnin, 4 Ogos 2014

Mimpi...

Aku, Eryna & papa.. di sebuah rumah/tempat yg aku tak pasti di mana.. mcm sebuah rumah besar.. ada ramai org yg tinggal bermlm di situ.. kami di sebuah bilik.. bila hampir nk tidur seingat aku ada seseorg mengetuk bilik.. dtg mmberitahu ada something wrong.. mcm ada something yg menakutkan di situ.. cepat2 aku kunci pintu.. teringat mcm kami ada cuba buat sesuatu masa tu tp xtau buat apa.. then kami tidur.. kaedah tidur mcm biasa di rumah... hubby kt sebelah.. eryna yg lasak dimerata2 katil.. Sedang baru kami hendak tidur aku merasakan diriku dicekik dari atas dan di sebelah kiri.. ada dua lembaga yg mencekik.. aku xdpt bergerak.. xdpt berbuat apa2.. nafasku rasa sesak, tak boleh bernafad...tetiba aku tingat.. perlu baca Al-Fatihah.. aku baca sedaya mungkin.. tp spt tak mampu keluar dari mulut.. habis Al-Fatihah ku baca Ayat Kursi...Sedang baca ayat kursi terdengar suara hubby ku  mengejutkan aku.... Mi.. Mi.. kenapa.. aku tersedar.. aku ketakutan.. Hubby tanya mimpi ke..Aku cepat2 merapatkan diri kpdnya.. badan rasa seram sejuk.. semuanya rasa sgt real.. sesak nafas dicekik tu rasa sgt menyeramkan.. dah lama xmengalaminya.. zaman dulu2 pernah mngalaminya di asrama waktu sekolah..

Spjg mlm tak boleh tidur.. nk mencapai telefon utk check waktu pun aku tak berani, hanya mampu merengkuk di tepi hubby dgn badan berpeluh2 dan seram sejuk.. hubby pun mcm xleh tido.. dia terus mngadap henfon.. xtaula pkl berapa dia tido semula..

Kami bgn semula bila jam berbunyi pkl 3.30 pagi.. hubby perlu blk ke Tg Malim.. arghhh.. dlm hati meronta2 mngharapkan dia jgn balik.. serius aku ketakutan.. perasaan bercampur baur. Sebelum mandi hubby bertanya.. mommy mimpi apa tadi?? Aku cerita sikit2 pdnya.. Aku tanya padanya, papa dgr mommy baca ayat apa.. Hubby ckp.. Al-Fatihah (tak berapa clear) dan kemudian Ayat Qursi.. Waktu aku baca kedua2 ayat tu aku sedang berperang.. dgn xboleh bernafas, aku rasa suaraku tak keluar.. puas aku cuba dan mencuba...

Waktu kami sahur sesama sebelum hubby berangkat pulang, hatiku kasih belum reda.. Dah dekat 3 thn kami tinggal di rumah ni.. that was the first timevaku alami pngalman ini.. kebetulan ketika hubby dgr aku baca surah2 tu, dia ckp dia dgr pintu diketuk bertalu2.. tp mungkin bkn pintu rumahku.. 

Berat hatiku bila hubby balik ke Tg Malim tadi.. siapa nk kejutkan aku klu jadi lagi.. takutnya aku.. serius aku takut.. nak nangis pun ada bila tgk hubby pergi tadi..  

Dlm ketakutan aku ambil air sembahyang.. bertahajud seketika.. semoga beroleh pertolongan Allah dan diberi kecekalan dlm mengharungi kehidupan.. Amin..


~mel
masih seram..

2 ulasan:

  1. Alamak seram lah pulak ... Banyakkan berdoa ... Bergantung haraplah pada Yang Maha Berkuasa ... Maybe boleh pasang ayat2 ruqyah, tapi lebih afdal baca sendiri kot ... Semoga tak de ape2 yang buruk berlaku kepada keluarga kita ...

    BalasPadam