Isnin, 4 Ogos 2014

Bawal...

Sudah beberapa tahun aku tak memakai tudung bawal... rasanya since 2009.. bila dah lama tak pakai memang malas nak pakai sebab terasa sukar untuk membentuk muncung bawal tersebut.. aku paling selesa pakai syria atau tudung instant tanpa awning... walaupun pakailah jugak tudung awning tapi kemalasan menjaga awning biasanya membataskan kemahuan aku membeli tudung awning.. 

Walaubagaimanapun semalam aku mendapat hadiah sehelai tudung bawal.. tak sangka dapat tudung tu dari dua org jejaka hansem yang tak pernah membeli tudung seumur hidup mereka.. terkejut dan terharu.. kebetulan sebelum hari raya hari tu, aku ada membeli sehelai jubah di Pasar Tani Gombak Setia berharga RM60 sewaktu menemani ibu mentuaku bershopping di situ... tengok2 padan pulak kaler tudung bawal & jubah tu.. Masa aku pergi pasar tani tu actually aku beli 2 helai baju ala2 jubah.. yg lagi satu rm20 just utk kegunaan pakai dalam rumah... sebabnya di musim perayaan la aku rasa tak cukup baju yg sesuai sebab aku perlu pakai sempurna sepanjang hari di rumah.. meaning aku perlu berbaju lengan panjang.. seluar/kain labuh... di rumah mentuaku dan di rumah adik aku.. Seboleh2nya aku cuba jaga aurat dengan abang/adik ipar aku.. dan bukan2 muhrim dalam keluarga.. Alhamdulillah masa di rumah adik aku kali ni, walaupun tidur diruang tamu tapi aku berjaga tidur dengan sopan.. haha.. pakai tudung.. alhamdulillah.. Allah bagi kesenangan utk melakukannya..Sebenarnya bila kita dah biasa melakukannya, bila kita nak melanggarnya akan ada perasaan tidak senang hati.. contoh.. dulu aku tak pakai stokin.. bila sekarang aku dah membiasakan diri pakai stokin, rasa bila keluar rumah tanpa stokin aku akan rasa bersalah.. rasa tak selesa... kdg2 walaupun pakai kasut full bertutup tp tak pakai stokin aku akan rasa macam2.. rasa berdosa.. takut mati tengah jalan... terserlah kaki aku tak berstokin... rasa takut kepadaNYA...

So kat bawah ni rupa aku hari ini.. bertudung bawal hijau dan berjubah hijau... dok ofis tunggu eryna balik sekolah... ok gak aku pakai bawal ni, cuma berbeza dgn waktu dulu2, sekarang aku akan pakai inner neck kat dalam bila pakai bawal.. sebabnya tudung bawal ni jarang.. kalau tak berinner.. memang saja nak tayang leher... free free jer nanti dapat dosa...


~mel

1 ulasan: