Sabtu, 12 Januari 2008

Teringat...

Hari ni hari sabtu, tak apa yg menarik mel nak buat.. just kemas2 rumah, packing2 brg rumah sikit sbb ingat nak sewakan rumah ni sementara mel pulang ke msia nnt. Sambil kemas2 terasa bnyknyer lah pulak brg... Anyway, sambil dok mengemas barang.. tiba2 teringat lah pulak... teringat kisah first time nak dating... hahaha.. Bukan nya apa.. janji nak jumpa kat tempat lain.. last2 jumpa kat tempat lain..

Hari tu hari sabtu jugak... dah berapa lama plan nak jumpa kat KL... tapi oleh kerana mel taklah berapa arif sgt drive kat kl, mel cakap biarlah tempat jumpa tu tempat yg senang mel nak cari, senang parking, dll laa... Maklumlah dah lama mel tak drive kat kl.. So akhirnya, sama2 setuju nak jumpa kat lrt Taman Melati... huhu.. special betul tempat tu.. rasanya bnyk kali si dia bagi direction kat mel camne nak ke lrt Taman Melati tu... mel pun rasa cam konfiden jer nak ke sana..

Pagi2 dlm kol 9 lebih mel bergerak dari klang.. janji nak jumpa dalam pukul 10.30pg.. bila mel smpi lrt taman melati tu mel akan call. Dari klang.. mmg konfiden jer mel drive.. kebetulan hari tu ada lak roadblock kat highway.. so jln jem la sikit.. dr. klang-kl.. oklah tu.. dengan terhegeh2nyer kancil pinjam yg mel bawak tu.. sampai lah mel ke area sentul.. berubah sgt dah sentul tu.. entah tahun bila last mel drive kat situ pun mel tak ingat.. sampai yg sepatutnya dulu hujung jln rupa2 dah ada sambungan.. haha.. mel dah terjln terus.. apa lagi.. cam biasa.. u turn laa.. pas u turn tu masuklah ke jln area kg. chubadak.. masa tu mel dah konpius.. ermm.. nak ke kiri ikut karak highway ke.. nak terus.. jln terus tu mel tak sure ke mana... ermm.. tah cam ne mel decide nak terus...

Bila dah terus tu... dah jauh jln.. jln dia cam pelik.. mmg mel tak pernah lalu.. hehe.. sah mel sesat.. tak tau area tu area apa.. mmg lain sgt dari direction yg mel dpt.. masa tu dah dekat 10.30.. fikir punya fikir sampai kat satu junction mel decide nak ke kiri.. dlm hati cakap.. belasah je lah dulu.. kalau dah rasa jauh sgt sesat kang mel call lah.. dlm hati gabra jugak sbb dlm sim card yg mel pinjam (b4 that mel guna sim card nz mel roaming), cuma ada singgit lebih je... Jalan punya jalan rasa cam jauh jer.. dlm hati mmg fikir nak stop kat mana2 utk buat call..

Entah macam mana, tgh dok drive tu.. tetiba mata mel terpandang satu sign board besar kat belah kiri jalan.. sign board tu tulis... Jalan Intan, Jalan Madrasah dan entah apa lagi satu nama jalan. Otak mel tetiba recall something.. eh..bukan ke rumah dia kat Jalan Madrasah? Mel terus bg signal kiri masuk kat jln kecik kat sebelah kiri... kebetulan ada masjid kat belah kiri tu. Bila dah stop... mel pun fikir... hmm..nak teruskan perjalanan ke.. atau nak call.. fikir2 balik..baik ler mel call... So, mel pun call lah...

perbualan kat fon tu lebih kurang cam nie..

"mel sesat ni, rasa cam tak jumpa jer la lrt taman melati" - mel
"mel kat mana nie?" - dia
"mel kat depan masjid somewhere. tapi kat depan masjid ni ada signboard, jln intan, jln madrasah... err... dekat ke dgn rumah?" - mel
"kat masjid? ada balai polis ke kat situ?" - dia

mel pun tgh belah kanan... "a'ah... ada balai polis."
dia gelak pas tu cakap... "kalau gitu, dtg ke rumah teruslah"
mel jawab.. "jgn nak memandai2"
pas tu dia jawab.. "tunggu situ, jab gi sampai"
mel sempat balas.. "mel naik kancil putih tau!"

Berdebar2 mel tunggu depan masjid tu.. Tak sampai 5 minit.. nampak bayangan dia dtg.. alamak.. gabra giler... hehe.. rupanyer dekat sgt dgn rumah dia...

Maka terciptalah satu sejarah... pada hari sabtu tu..

Pertemuan di hadapan masjid, di seberang jalan ada balai polis...
(romantiknyer tempat jumpa ekk.... depan masjid??? ish..ish...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan