Since discharged dari hospital. aku rasa aku punya movement (dari pelbagai segi) agak slow sikit. Kerja pun agak slow.. buat mende2 apa pun agak slow.. otak pun cam slow sikit.. Tak taulah apasal.. badan pun rasa agak tak best..
Anyway.. lepas je discharged from wad last Thursday.. hari Jumaat aku & hubby join my students gi Langkawi. Kalau ikutkan rasa nak berehat2 je kat rumah tapi program tu dah lama plan.. so student aku mmg dah gabra kot2 aku tak dpt mengiringi depa.. But mujurlah dapat gak pergi.. Actually Langkawi ni jadi holiday yg kedua bulan Februari ni coz 2 minggu b4 that we all gathering family di A Famosa Resort Melaka.
Kat Langkawi mmg ikut program student which aku tak kisah sangat. Sebenarnya kadang2 best gak ikut program student ni coz semua diorg organise, dari penginapan, pengangkutan dan program.. so ikut je laa.. tak payah fikir apa2 kecuali fikirkan keselamatan & jaga bebudak tu.. dan biasanya aku takkan kacau program diorg kecuali kalau perlukan pandangan aku ataupun perlukan keputusan aku dalam sesuatu hal.
One of the program adalah ikut Mangrove Tour.. Aku rasa best sgt.. sbb after one week kat hospital, bila ikut naik bot merentasi pulau2, kuala dllg.. aku rasa sgt tenang.. Aku cakap kat hubby, kalau just kami jer yg pergi mmg tak de la nak di Mangrove Tour tu coz kena sewa satu boat utk tour.. so pergi dgn student okla kan.. Mangrove tour ni laluan dia menyusuri tepi2 pulau, tengok spesis2 monyet, lalu gua buaya, pergi gua 'batman' (hehe..kelawar), tgk ternakan ikan laut, lepak pantai & last sekali pergi ke laut dan lihat Laut Andaman.. Masa tu rasa kecik jer.. sebab naik bot kecik di lautan besar.. Terfikir gak.. ish..kalaulah karam ke.. jenuh.. anyway.. mmg pengalaman yg mengasyikkan... Masa naik bot tu mmg rasa cam naik bot kat Australia kat kawasan Steve Erwin.. huhu... terbayang buaya muncul celah2 akar laut.. (imaginasi terover.. :P).
After Mangrove Tour tu we all pergi naik Cable Car.. Kalau ikutkan aku mmg bnyk pengalaman naik cable car ni.. Last sekali masa aku gi Spain last year.. Tak de la rasa takut ke hape.. tapinyer kebetulan aku & hubby naik cable car tu dgn tiga org jejaka2 yg telah berjaya membuatkan aku jadi cuak disebabkan 'kecuakan' mereka. Dari aku yg tak takut jadi takut plak bila dengar derang ayat2 'cuak' derang.. huhu... Tapi still best.. best.. Dan after turun kat peak station cable car tu kitorg berjalan turun ke tmpt scenery yg amat cantik sekali.. tapi utk naik semula ke atas mmg mengah giler aku.. mujur xpengsan, kalau pengsan jenuh lak hubby nak dukung naik atas.. :P.
Aku rasa best gi kedua2 tempat tu.. Dan lepak2 pantai Cenang.. Aku xde shopping sgt pun kat sana.. just beli minyak gamat skit bekalan utk masa hadapan.. huhu.. kain batik pun beli sehelai je.. coklat adalah jugak utk bawak balik kampung (tapi xtaulah bila nak balik..huhu)..
Anyway.. Aku rasa kalau sape2 gi berkumpulan.. really recommend Mangrove Tour.. best sgt... Actually sbb gi berkumpulan mmg limited jugak utk explore apa2 but worth it laaa....
~mel
Februari 2010 -Cuti2 Malaysia..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan