Tadi balik2 kerja aku gitau hubby.. mlm ni aku nak tulis blog.. so aku 'cop' komputer.. hehe.. sbnrnya dari ofis tadi aku nak menulis tapi sebab google selalu problem kat ofis.. so tak jadila aku nak menulis dari ofis.. So ni ha.. lepas makan malam Domino's Pizza yg dah jadi makanan ruji sejak akhir2 ni.. aku pun memangku laptop kat atas katil.. sambil duduk bersandarkan bantal kat belakang.. Hubby kat sebelah tgh dok berinternet menggunakan iPhone dia...
Hari ni pagi2 aku drive ke GH Penang utk fortnighly check-ups. Aku tak boleh ke klinik biasa coz ada problem, so terpaksalah ke GH utk check-ups. Selalunya mmg habis setengah hari aku kat sana. Jumpa doktor kejab jer.. tapi proses menunggu tu memakan masa.. Apa nak buat.. terpaksala.. Biasanya kalau pergi checkups ni mmg aku gi sorang, bukan tak mo ajak hubby tapi buat memenuhkan klinik jer dgn kehadiran kaum adam ni.. Kekadang geram gak bila ada suami2 yg mengikut tu tak reti2 nak bagi kaum ibu yg sedang sarat utk duduk.. derang boleh selamba jer buat tak tau bila kaum ibu terpaksa berdiri tunggu turn.. sakit mata aku menengoknyer..
On the way masa tgh drive ke GH tu, biasala radio terpasang.. hari ni ada slot khas utk ibu.. sempena hari ibu.. Ada macam2 cerita yg aku dengar, kebetulan jalan pulak agak jem pagi ni.. sambil2 dengar tu teringatlah pulak kat arwah ibuku.. Sedih pulak.. Teringat last year adalah kali terakhir aku mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada arwah ibuku... pada 10/5/09. Pada hari tu aku hantar sms pada arwah ibu dan wish Selamat Hari Ibu serta cakap kat arwah ibu.. i love her very much.. Dan dia balas.. Thank you for the wish, i love u so much too.. Masa tu aku tak menyangka that was the last time aku berpeluang ucapkan ucapan tersebut pada ibuku.. Sebab dua bulan selepas tu ibu pergi buat selama-lamanya..
Hari ini.. bila dengar ucapan2 hari ibu kat radio.. aku sudah mampu tersenyum.. bukan senyum apa.. just at least.. aku sempat menyatakan pada arwah ibuku yang aku menyayangi dia sebelum pemergiannya buat selama2nya. Dan dia juga sempat menyatakan sayangnya pada aku sebelum dia pergi.. sms dari arwah masih aku simpan hingga kini.. dan amat aku hargainya.. mujurlah time tu aku dah guna iPhone.. so xdela kena delete apa2 sms kan..
Walaupun hari ini aku still ada rasa sedih tapi bila hari ini teringatkan hari ibu tahun lepas.. aku tetiba rasa lega.. alhamdulillah.. aku sempat meluahkan rasa sayangku pada arwah ibuku.. dan dari jawapannya aku tahu dia gembira dgn ucapan itu.. Hari ini aku rasa syukur sangat...
So.. buat teman2 yg masih ada ibu dan bapa.. jgn lupa ucapkan pada parents anda.. betapa pentingnya mereka dalam hidup anda.. dan betapa sayangnya anda pada mereka.. jgn kedekut dgn perkataan sayang.. sebab hati yg gundah gulana akan terubat dgn sepatah perkataan itu..
Lastly.. Selamat Hari Ibu utk semua ibu2 di luar sana.. Pengorbanan kalian tak tenilai oleh kata2.. hanya Allah yg mampu membalasnya..
~mel
ada org jeling2 dari sebelah time aku menulis blog ni.. huhu.. curious je dia sbb aku cakap nak tulis sedih2.. :P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan