Selasa, 10 Ogos 2010

9 hari...

Dah sembilan hari aku terkurung di wad bersalin hospital pulau pinang.. setiap hari bila doktor pakar datang, hati sentiasa berdoa agar luka telah sembuh.. tapi setiap kali dia datang itulah setiap kali aku rasa hampa. Walaupun wound semakin beransur sembuh tapi doktor nak pastikan ianya benar2 ok sebelum aku dibenarkan pulang. Sesungguhnya aku rasa sangat rimas tinggal di hospital ni. Naknya sebab terpaksa berkongsi bilik.. dah tiga 'roommate' yg bertukar.. aku je yg tak keluar2.. Bilik seorang nampaknya tak kosong2.. tak keruan aku dibuatnya..

Hari ni aku macam malas.. don't bother nak mandi ketidak.. mandi dalam ertikata basahkan badan.. lap2.. since masuk wad mmg tak pernah lagi mandi dgn sempurna, sebab takut terkena wound di perut. Pagi tadi doktor decide takkan jahit wound tersbut, nak biarkan ianya tertutup sendiri. Sehari dua kali 'dressing' luka dilakukan.. dan sekarang menggunakan 'Povidin' dressing iaitu sejenis iodin, setiap kali dressing setiap kali airmataku menitis.. pedihnya tak terkira.. tapi apa boleh kulakukan setiap kali ianya dilakukan aku berdoa semoga akan segera sembuh. Taktahan aku hidup sebegini. Ubat harus ku telan 4 kali sehari... kadang2 8 bijik, kadang 10 bijik.. kadang 11 bijik... Aku yg sebenarnya tak pernah kisah utk makan ubat pun dah rasa muak dgn ubat2 yg diberi...
Mungkin ini caraNYA untuk menghapuskan dosa2ku yg lalu.. Kerana itu aku redha.. Walaupun jemu, bosan, sedih, sakit, pedih semuanya ada, aku cuba tahan2kan... Terkadang menitis airmata sendiri.. terasa diri menyusahkan org lain.. terasa kerdilnya diri ini... terkadang ingin mngutarakan kata2.. tak mengapa.. tinggalkan aku sendirian di sini..bila aku pulih nanti aku akan kembali kepada kalian.. tapi aku hanya manusia biasa.. tak kuat untuk menghadapi semua ini sendirian.. kerinduan membuat hatiku tak keruan..

Kadang2 terfikir juga.. adakah aku sudah hampir denganNYA.. terutama bila melihat darah menitik tidak berhenti dari perutku. Tapi bila terdengar cerita2dari nurse dan doktor di sekelilingku, aku rasa keadaan aku lebih baik dari orang lain mungkinnya. Kelmarin ada wanita yg terpaksa dibuang rahimnya selepas bersalin.. itu belum lagi yg kehilangan anak.. dllg.. Sedangkan aku masih bernafas.. masih mampu berjalan.. walaupun kdg2 lelehan darah membuatkan aku takut utk bergerak... Teringat aku soalan demi soalan dari doktor2 yg merawatku.. eh... u tak berjalan2 ke bila dah balik rumah dulu? u baring saja ke? u ada urut ke? Aku cakap tak.. aku bergerak di rumah.. sampaikan ada yg marah sebab cakap aku tak berehat.. pergerakan aku rasanya berpada2.. cuma sememangnya since aku balik dari hospital aku memang rasa semacam... tapi tak mengapalah.. things do happen & kalinya ia berlaku pada diriku.. Dugaan Allah ini walaupun sukar tapi terpaksa ku hadapi jua..

Walau setiap hari airmataku menitis.. walau sukarnya utk mengukir senyuman di kala ini.. walau terkadang hati memberontak.. yg aku boleh lakukan hanya menerima, menghadapi dan simpan segala pahit di dalam hati... walaupun aku tahu.. semakin hari.. diriku semakin lemah menghadapai semua ini... kekuatan makin kurang...

Aku ingin pulang...

~mel

1 ulasan:

  1. sabar yer Mel...moga cepat sembuh!...InsyaAllah Ramadhan ini mungkin ada hikmah yang kita tak pernah tahu...

    BalasPadam