Sabtu, 18 September 2010

Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. tahun ini aku masih dipanjangkan umur dan berpeluang menyambut Syawal bersama2 keluarga tercinta dan dimeriahkan lagi kehadiran Eryna Zulaikha.. puteri kesyanganku.. Walaupun diriku masih belum pulih 100% tetapi aku bersyukur perkembangan kesihatanku menunjukkan tanda2 positif sejak akhir2 ini..

Pada 16/9 iaitu pada cuti hari Malaysia, alhamdulillah kami telah mengadakan kenduri aqiqah Eryna dan juga sambutan hari raya aidil fitri bersama2 keluarga. Segala2nya telah berjalan lancar dan terima kasih kepada kawan2 yg sudi hadir ke majlis tersebut.

Aku, hubby @fullfilth & baby @erynazu

Sepanjang sessi penggambaran eryna tidur jer.. :)

Comelnya sayang mummy..

Hmm.. mummy cium banyak kali pun tak sedar..

Eryna bersama peminat2 tegar :D (Alamak ada org tegur aku dah double chin skrg... errr.. nak kena start diet pulak lepas ni.. :P)

papa & eryna.. i love u both soo much..

Walaupun luka di perutku masih belum fully recovered tp aku dah rasa agak sihat.. cuma sekali sekala terasa keperitan & menyucuk di bahagian perut di mana darah beku masih ada. Kata doktor proses utk darah beku (hematoma) utk ok adalah up to 6 bulan.. so dlm jangkamasa tersebut terpaksala aku tanggung sikit sebanyak rasa sakit.. Doktor ada bekalkan ubat tahan sakit tp aku tak de makan sgt.. aku tak nak bergantung sgt pada ubat tahan sakit tu..

Anyway.. alhamdulillah aku syukur sgt things nampaknya makin ok.. back to normal.. harap2 everything will be all good tak lama lagi.. insyaallah.. aku plan nak start kerja awal bulan 10.. dah book nursery eryna start 1/10.. aku skg ni masih on MC yg diextend dari cuti bersalin aku yg habis sebelum raya tempohari.. Apa2 pun aku bersyukur.. ada hikmahnya semua ini.. dapat juga aku jaga eryna hingga berumur 3 bulan sebelum dihantar ke nursery.. kalau tidak..dua bulan dah kena hantar.. :)

lastly.. salam lebaran... semoga hari2 yg mendatang lebih bermakna buat kita semua.. AMINN..

~mel




1 ulasan: