Isnin, 18 Julai 2011

Dari NYA kita datang..

Ok.. time aku tulis post ni.. ada rasa sebak didada..

Hari ni sepanjang hari aku dok abiskan dengan menyelesaikan assessment PPG. Ada rakan pensyarah yg belum siap menanda.. ada yg baru bagi markah hari ni.. ada yg dah bagi markah last week.. tp aku sendiri tak sempat nak key in coz kerja banyak & marking pun bnyk!! Sambil sambil buat kerja aku pun 'selak2' juga google reader utk melepaskan lelah & sakit pinggang seharian ni.. Dalam google reader aku bnyk page yg aku subscribe berkisar kepada pemergian Dr. Lo'Lo' Ghazali, ahli parlimen Titiwangsa. Semakin banyak berita ttg arwah yg ku baca.. semakin sebak rasa dadaku..

Generally aku hanya kenal arwah dari media2 massa.. beliau rajin bertwitter.. dan mmg dikenali ramai. Personally.. aku mula2 kenal arwah Dr. Lo'Lo dari arwah mak.. arwah mak sgt menyanjung Dr. Lo'Lo'.. dari pertama kali arwah mak mengenali beliau.. tak lekang dari mulut arwah mak tentang arwah. Arwah mak was a good friend of hers. Dari arwah mak juga aku kenali perjuangan beliau.. dari arwah mak juga sedikit sebanyak aku kenali perwatakan beliau.. arwah mak suka bercerita tentang beliau.. so.. walaupun secara personal aku tidak pernah berjumpa dgn arwah Dr. Lo'Lo' .. sebenarnya beliau sgt dekat dihatiku.. Ternyiang2 ditelingaku cerita mak ttg Dr. Lo'Lo'.. even asal nama Lo'Lo' tu pun pernah arwah mak ceritakan padaku..

Bila hari ni aku baca pemergian Dr. Lo'Lo'.. aku rasa sebak.. teringat akan arwah mak.. teringat betapa pentingnya Dr. Lo'Lo' pada arwahmak.. kedua2nya telah pergi.. arwah mak pergi dua tahun lalu... tapi sentiasa dekat dihati kami.. anak2nya.. Sedikit sebanyak, bila terngiang2 cerita mak.. menyebabkan aku rasa rindu pada saat2 itu...

Okok..stop emo.. sambung balik key-in markah... Anyway.. Al-Fatihah utk Allahyarhamah Dr. Lo'Lo' yg pergi malam tadi.. Semoga Tenang di sisNYA di sana.. Juga.. Al-Fatihah untuk arwah bondaku.. pergimu tiada pengganti.. rindu.. tak mungkin bersemi...

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

Love u & Miss u, mak..

~mel

2 ulasan:

  1. Dr, saya pun berasa sedih dengan pemergian Dr Lolo... dia seorang pejuang yang tabah.. moga rohnya di cucuri rahmat.

    BalasPadam