Jumaat, 30 Disember 2011

Selamat Tinggal 2011..

Second last day of 2011...uiks.. cepat betul masa berlalu.. sekejab jer dah abis setahun... Eryna pun dah besar.. dah cerdik.. dan dah banyak 'idea-idea' baru yg telah dipraktikkan.. hehe..

Azam tahun 2011?

Aku tak de berazam ape2 tahun 2011 ni.. just ada beberapa hajat yg ingin dilaksanakan.. alhamdulillah.. ada yg tercapai... Yang paling utama kami akhirnya berpindah ke rumah sendiri pada 26/12 yg lalu... Kami nak beli rumah ni since Eryna lahir pada pertengahan 2010.. lepas tu oleh sebab aku sakit.. hujung bulan 11 baru start mencari2 rumah... bila dah dapat rumah..lawyer kami menasihatkan sign SnP early 2011 sebab ada diskaun utk stamp duti.. kalau tak silap 50%.. so SnP kami bertarikh 3/1/2011... meaning that itulah permulaan ke arah kami start nak beli rumah.. After that jalannya tak lah mudah sgt.. apply loan kerajaan yg ambil masa 5-6 bulan utk settlekan.. bayar deposit rumah 10% which cost us RM27,500... akaun bank masing2 terus tinggal sipi2.. haha.. Rumah kami berharga RM275k.. rumah teres 2 tingkat yg kami beli atas org.. bukan perumahan baru la.. locationnya dekat dgn jambatan Pulau Pinang.. which is convenient utk berulang-alik ke USM... Bila rumah dah beli.. kami buat renovation dulu.. fikir2 nak settlekan renovation apa2 yg patut.. baru nak pindah.. So kami pun renovate rumah tu.. habis lebih kurang 40k lagi.. huhu... tak pela invest sikit.. Anyway.. dah beberapa hari kami mendiami rumah baru.. banyak lagi belum abis kemas.. perabut masih di kedai perabut.. maklumla time dok Saujana dulu semua guna perabut kerajaan.. :P

Azam lain xde kot.. hajat nak tukar kereta.. tangguh next year la.. coz nak fully siapkan rumah.. selesaikan apa2 yg belum selesai.. so.. xpela.. xlari kereta dikejar.. haha

Azam yg tak tercapai... adalah.. tp harap2 dapat aku teruskan secara slow2.. huhu..

2011.. tahun yg menyaksikan aku hidup dlm kesibukan.. jarang ada cuti time weekend.. bnyk aktiviti.. selalu tinggalkan family utk outstation..

2011.. juga tahun yg kami banyak pergi bercuti... ke Melbourne.. ke South Island, NZ... cuti2 Malaysia mmg banyak.. Sabah, Sarawak dan Semenanjung (Morib, Kedah, Penang, Perak... ish.. mana lagi.. mmg bnyak).. actually bila aku kena kerja di hotel mana2 mmg biasanya family bawak.. sambil2 tu bercutila jugak.. kalau tak bawak jawabnya mmg sukar ada time utk family... Percutian di Melbourne mmg sgt menarik.. walaupun sebenarnya pergi conference.. 90% of the trip kami berjalan.. haha... ke South Island NZ pun mmg best.. berjalan time musim sejuk.. really enchanting scenery yg kami lalui..

2011.. ada juga yg slack.. aku melibatkan diri dgn mlearning.. dalam research yg aku sgt minat.. aku banyak letakkan usaha dan tenaga aku dlm mlearning ni.. awal2 tahun hingga tengah tahun mmg rasa best.. tp org yg bertanggungjawab dlm mlearning ni langsung tak focus.. kejab nak wat tu kejab nak wat ni.. dan sampai akhir tahun ni dah nampak kegagalan.. research aku jer yg berjalan.. tp tanpa support aku tak leh buat apa2.. aku nak terus develop existing sistem pun xde financial contribution... otak 'boss' tak rasmi ni pun ala2 pelik juga.. sampai skrg kami rasa dia ni mental/psycho... huhu.. tapi tula.. aku sygkan research ini.. so skrg aku tgh cari idea nak teruskan.. please.. moga Allah memberikan kekuatan dan ilmu utk aku memantapkan segala2 yg sedang aku jalankan...insyaallah..

2011...dah nak berakhir.. kehidupan kami pun makin mantap.. ada banyak perkara yg tidak disangka2 berlaku.. dan sedikit sebanyak menyerlahkan apa2 yg berlaku sebelum ini yg sukar difahami oleh insan lain... alhamdulillah.. bersyukur kepada Allah yg memberikan keberkatan kepada hidup kami...

menabung..
Eryna dah pandai menabung.. tiap pagi minta duit dari papa utk masuk dlm tabung Angry Bird dia...keh3...

2012.. Azam? Aku tak pernah berazam sebenarnya.. yg aku tahu cuma ingin berusaha menjadi yg lebih baik... menjadi yg terbaik utk insan2 yg tersyg.. menjadi isteri yg soleh.. menjadi ibu yg dapat menyempurnakan keluargaku... menjadi guru yg baik kepada pelajar2 ku.. menjadi seorang insan yg tetap fikiran dan keimanan... Alhamdulilah aku bersyukur dengan rezeki yg dikurniakan pada kami... semoga tahun-tahun yg akan datang rezeki kami bertambah baik.. Insyaallah...

Apa2pun jutaan Terima Kasih buat suami tersayang kerana sentiasa bersama, menerima dan menyokong setiap apa yg dilakukan... walaupun kadang2 gaduh jugak... haha...


~mel


1 ulasan:

  1. alhamdulillah kak. Moga terus berjaya dan segala yang dihajati tercapai :)

    BalasPadam