Isnin, 28 Mei 2012

Transit Planet Zuhrah 2012

Logistik Aktiviti

  Tajuk Aktiviti    : Transit Planet Zuhrah 2012
  Tarikh               : 6 Jun 2012
  Masa                : 7.30 pagi – 1 petang
  Tempat             : Universiti Sains Malaysia


Deskripsi Aktiviti(BM) :

Planet Zuhrah akan muncul merentasi matahari pada 6 Jun 2012. Pastikan anda tidak terlepas pengalaman ini untuk menyaksikan Peristiwa Transit Planet Zuhrah kerana ia hanya dapat dilihar dua kali seumur hidup.Peristiwa seumpama ini pernah berlaku pada 8 Jun 2004 dan pada 6 Jun 2012 merupakan detik sejarah yang terakhir untuk abad ini. Peristiwa astronomi ini sangat penting dan ia jarang berlaku. Ia dapat dilihat di sebahagian besar negara di dunia termasuklah Malaysia iaitu pada pagi Rabu, selepas matahari terbit pada jam 7.12 pagi di Pulau Pinang. Satu titik hitam bulat iaitu planet Zuhrah akan dilihat  merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama 6 jam. Peristiwa seumpama ini akan berlaku kembali pada abad yang akan datang sepertimana yang dijangkakan pada Disember 2117 !!!


JOM TENGOK!! JANGAN LUPA!

~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan