Sabtu, 11 Ogos 2012

Bonus Raya.. fikir-fikirkanlah...

Bonus raya telah diterima oleh semua kakitangan kerajaan pada 9 Ogos.. Ada juga yang belum dapat macam suami saya yang insyaallah akan dapat lepas raya sebab proses lambat sikit.. Ramai yang ternanti-nanti akan masuknya bonus raya ni.. Macam aku hari tu.. walaupun dah tau Maybank biasanya lambat masuk (gaji aku guna Maybank.. biasanya kalau sesiapa yang CIMB dapat pagi2, aku dapat petang).. tapi pagi2 dah godek maybank2u sampai namblas kali untuk check bonus dah masuk ke idak... huhu.. Dah petang barulah masuk.. alhamdulillah separuh gaji masuk..

Penantian bonus ni walaupun setengah bulan gaji atau RM500 minimum....  ertinya tak sama antara seorang dengan orang yang lain. Ertinya tak sama di antara suami dengan isteri; antara yang single dengan yang berkahwin; antara ramai tanggungan dengan sedikit tanggungan; antara suami bertanggungjawab dengan suami tak bertanggungjawab; antara isteri yang suaminya bertanggungjawab dengan isteri yang suaminya tak bertanggungjawab; antara isteri yang suaminya kaya dengan isteri yang suaminya banyak hutang; antara mereka yang tinggal di kota dengan yang tinggal di luar bandar; antara bapa beristeri dengan bapa ramai isteri; antara ibu bersuami dengan ibu tunggal; and the list goes on... Oleh itu, apa yang remeh untuk orang lain mungkin sangat bermakna untuk yang lain.. 

Jadi.. don't take things for granted. For me.. hanya mengucapkan syukur kerana raya ni dan tahun ni rezeki sangat bertambah-tambah.. Aku percaya ini semua rezeki anak.. Allah itu Maha Mengetahui.. 



~mel
malam tadi projek tart nenas dah berjaya.. tgh fikir nak buat kuih apa lagi ni.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan