Selasa, 6 November 2012

Pergi di Hari Lahir...

Malam tadi aku menerima panggilan telefon yang mengejutkan tentang kematian seorang yang amat aku kenali tanpa disangka2 akibat kemalangan jalanraya. Berita itu sungguh mengejutkan. Yang pergi adalah seorang bapa yg meninggalkan seorang isteri (surirumah) dan tiga anak lelaki. Ketika panggilan telefon itu aku terima, aku menyangkakan anak beliau (berumur dlm lingkungan 9 thn) yg meninggal dunia kerana anak tersebut mempunyai masalah kesihatan yg kritikal dan baru saja keluar dari ICU sebelum hari raya haji yang lalu.. Bila diberitahu ayahnya yg meninggal dunia.. aku terkedu seketika.. macam tak percaya.. Bila aku gtau hubby, dia pun sama2 terkejut yg amat... Kami decide nak pergi melawat pagi tadi sebab dah agak lewat mlm...

Sebelum tidur kami menonton The Walking Dead.. tapi hati tak berapa concentrate on watching.. Ada pulak scene dlm tu yg agak sedih, so melelehlah air mata aku.. pada firasat hati aku mungkin aku juga menangis kerana terkejut... Masa nak tidur.. memang rasa tak boleh tidur.. hati sgt sayu.. kejab2 ambil iphone utk atasi rasa sedih.. bila buka fb tengok di wall arwah.. ya allah.. dia pergi di Hari Lahir dia.. 5 Nov.. Yang paling sedih masih ada yg mengucapkan selamat hari lahir di wall fb dia walaupun telah ada yg mengumumkan pemergian dia.. Sadis sungguh.. org tu mungkin hanya tulis di wall nya tanpa melihat post org lain.. which is soo sad...

Malam tadi aku peluk en hubby kuat2.. aku sebenarnya rasa takut.. ya rasa takut.. ya allah.. kalau terjadi pada diriku macam tu.. macam mana aku nak survive.. Dalam hatiku berdoa.. Ya Allah, semoga perkara begitu tidak terjadi kepada insan2 yg aku sayang.. :'(

Awal pagi tadi kami ke Sg Limau Kulim utk menziarahi keluarga arwah. Rupa2nya arwah telah dikebumikan terus malam tadi pada pukul 1.30pg. Kemalangan berlaku dlm pukul 7 malam. Sangka kami sempatlah kiranya hubby ku solat jenazah... tapi kami hanya dapat ziarah keluarga saja. Isterinya, Kak Ja.. sekejab menangis, sekejab kulihat membacakan ayat2 suci utk suaminya dan menenangkan diri sendiri... Aku peluk kak ja dan dia menangis teresak2 dipangkuanku... sedih sgt.. tapi sempat kak ja ceritakan padaku.. katanya arwah suaminya menaiki motosikal utk pulang ke rumah.. di lorong motor hiway ada motor pamcit.. jadi arwah suami dia mengelak lalu terbabas dan ada motor di belakang juga terbabas (mungkin berlanggar sama2) dan kedua2 tercampak ke bawah hiway.. dan kedua2 meninggal di situ jua.. Arwah suaminya patah rahang muka dan tercucuk ke otak... Astarafirullahalazim...  Sempat kak ja beritahu aku... semalam hari jadi arwah suami dia.. Aku hanya mampu mengangguk sebab aku dah tau perkara itu dari fb...


Frankly speaking, sampai sekarang aku masih macam tak percaya... Keluarga ini banyak jasa pada diriku.. banyak membantu ketika aku struggle to survive sebuah kehidupan..Dan hari ini.. aku sedang memikirkan.. bagaimana pula Kak ja nak survive..Tapi bak kata hubby on the way pulang dari ziarah tadi.. jangan risau, rezeki itu datang dari Allah.. mungkin kita lihat suaminya sebagai provider.. tapi yg sebenarnya Allah itu Pemberi yg utama.. insyaallah.. they will survive..


Ini adalah Afiq Shamin... anak arwah yang bongsu.. Anak ini mempunyai kecacatan sejak lahir.. dan banyak usaha telah dilakukan untuk anak ini.. Beliau hanya mampu berjalan beberapa tahun lepas.. tapi sejak akhir2 ini sering keluar masuk ICU kerana masalah pernafasan dan kahak yg serius.. Kata Kak Ja.. lepas raya haji ni barulah Shamin agak ok dan arwah suaminya berasa agak lega dgn kesihatan anaknya... kalau tidak mungkin dia tidak boleh pergi dengan tenang...


Akhirkata.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Arwah...semoga tenang di sana.. Waktu dia telah sampai... entah bila waktu kita.. bekalan masih jauh dari mencukupi.. Semoga Allah mempermudahkan kehidupan kami di dunia dan di akhirat... Hanya padaMU kami berserah... Amin Ya Rabbal Alamin....



~mel


5 ulasan:

  1. Inna_Lillahi_wa_inna_ilaihi_raji'un... sedih saya baca entry awak hari nie...

    Saya hanya dapat doakan semoga allahyarham dikurniakan kebaikkan di akhirat dan semoga keluarga yang ditinggalkan dipermudahkan rezeki...

    anyway, allahyarham meninggal sewaktu pulang dari kerja kan... Kalau di berkerja swasta, isteri boleh mendapatkan bantuan dari PERKESO...

    BalasPadam
  2. iyer.. arwah meninggal waktu balik kerja.. insyaallah harap2 begitulah.. TQ

    BalasPadam
  3. Innalillahiwainnailaihiraji'un ...

    ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik..InsyaALLAH.

    Semoga dipermudahkan segala urusan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mata yang memandang tidak seberat bahu yg memikul.. seharian isterinya tidak mahu menjamah apa2 semalam.. dengan anaknya yg masih sakit, terbaring.. ujian Allah ini amat berat untuk dipikul oleh beliau...

      Kalau berlaku pada diri sendiri.. entahlah.. rasanya mungkin juga tidak tertanggung..

      Padam
    2. Ya ... Cakap senang ... Yg menanggung x tau ler cam ner ... Kata-kata yg hanya sekadar utk memberi semangat, itu shj yg mampu dilakukan ... Semoga dipermudahkan segala urusan ...

      Padam