Aku dan hubby terbang lagi... InsyaAllah.. Kali ni ke Madrid.. Kali ni kami bukan gi kerja tapi berjalan2 saja.. Dan pergi dgn adik beradik aku.. Kakak aku 2 orang, adik bongsu aku dan isteri dia.. Hajat dihati nak menjelajahi peninggalan taklukan Islam di Sepanyol... Dari Madrid kami akan ke Granada utk melawat Al-Hamra, kemudian kami akan ke Seville, Cordoba dan akhirnya kembali ke Madrid.
Kami turun dari Cameron Highland dalam pukul 12.30 tgahri hari Rabu 11 Jun 2014.. Flight kami ke Madrid pada pukul 11.05 malam naik KLM (Royal Dutch Airlines).. Kebetulan dari Isnin-Rabu hubby ada Bengkel di Cameron.. So aku dan Eryna ikut lepak kat sana.. Perjalanan dari Cameron ke. Gombak utk hantar Eryna berjalan lancar.. Singgah Tapah makan tengahari yg best.. Ikan patin masak tempoyak dan sayur keladi masak asam feveret aku.. Lepas makan teruskan perjalanan.. Dekat2 nak sampai simpang Behrang tetiba aku teringat.. Ehh.. Hubby ni bawak ke idak kasut Adidas merah yang selalu dipakai berjalan.. Wila tanya dia.. Dia cakap.. rasanya lupa... So aku cakp jom singgah Instun sempat lagi ni.. So kami exit Behrang singgah kuarters hubby amik kasut then baru ke Gombak.. Rugi masa kat situ tp takkan hubby nak pakai kasut kerja kot gi Madrid.. :P Lupa pulak.. Otw turun dari Cameron singgah gerai org asli beli kuda rotan utk eryna.. Hihi.. Sbenarnya nak pujuk si kecik yg nak kena tinggal tu..
Sampai Gombak dalam pukul 4.30.. Gitu gini siap2 pkl 6 baru gerak ke Putrajaya.. Adik aku akan hantar ke KLIA. So kereta tinggal di Putrajaya.. Perjalanan dari Gombak-Putrajaya penuh rintangan.. Hari berkerja jadi kami pun konfius nak ikut jalan mana.. Last2 decide nak ikut MEX.. Rupa2 nya jalan ke MEX jem teruk.. Tak bergerak.. Aduhh.. Mmg tension giler.. 2 1/2 jam nak sampai ke. Putrajaya.. Sampai2 dah 8.30.. Ingat xmo naik dah rumah adik aku tp kakak aku cakap nasi dah idang.. So makan je la walaupun nasi tak cukup.. Huhu.. Then baru dua buah kereta hantar kami ramai2 ke KLIA.. Mujurlah aku dah web-checkinkan semua org malam sebelumnya.. Jadi just dropbag.. Lambat sikit pun xpe... Alhamdulillah.. Kat KLIA xde masalah apa2.. Kami yg tak sempat Maghrib kat Putrajaya sempat jamak di KLIA before naik aerotrain ke international departure..
Perjalanan dari KL ke Amsterdam berjalan lancar tapi bila sampai Amsterdam agak tergesa2 sebab transit time ke Madrid hanya sejam.. Ingatkan tak de permeriksaan imigresen di Amsterdam lagi rupanya ada imigresen dan security check.. Mujur org tak ramai.. Lalu kat imigresen security point tu tak berbunyi tapi kena check jugak.. First time kena check bahagian tudung.. Org imigresen tu ckp.. "May i check under your scarf??" which tak pernah berlaku before this... Lepas tu aku and hubby terkejar2 ke gate D74 untuk connecting flight ke Madrid.. Kakak2 aku dan adik aku punya flight lambat sikit.. So diorg tak tergesa2.. Kami kena tunggu diorg kat Madrid aiport after we all sampai..
Naik KLM ni oklah jugak.. Dari KL makanan semua halal tp utk balik aku dah request muslim meal.. Tak tau lah dapat ke idak..
To be continued...
~mel
live blogging atas flight KL 1699 to Madrid..
alhamdulillah
BalasPadamsyukur kan Mel bila dapat rezeki berjalan ke negeri orang
doakan ayu pun ade smpai hajat nak terbang sebelum pejam mata nnti
insyaa Allah
Insyaallah Ayu..
Padam