5 Jun adalah konvokesyen kohort 1 Program Pensiswazahan Guru (PPG) kerjasama USM dan UPSI di mana aku diberi tanggungjawab sebagai Penyelaras Program sejak tahun 2012. Sebanyak 2 bas USM digunakan untuk membawa seramai 62 orang staf akademik dan staf sokongan ke Tg Malim. Alhamdulillah, dengan bantuan encik suami, dapatlah kami menginap di Instun semalaman. Kalau tiada bantuan suamiku tak taulah mana aku nak tempatkan lecturer yang ramai2 ni... dan mujurlah lecturer ni semua sporting belaka, walaupun masing2 level tinggi tapi tak kisah kena naik bas beramai2.
Kami dalam bas. Seperti biasa Eryna tak ketinggalan, naik bas sekali. Maklumlah nak pi kat rumah papa... :P
Kami bawa jubah dari USM untuk digunakan dalam perarakan akademik. Ini untuk menghighlightkan bahawa pasukan kami dari USM... Gambar di atas adalah sesi distribusi jubah kepada pensyarah yang dibuat di Kafe Instun.
Kami adakan majlis makan malam utk meraikan pensyarah yg banyak membantu dari tahun 2011-sekarang.. aku bagi taklimat sikit untuk keesokan hari as well as ucapkan terima kasih atas kerjasama semua pensyarah.
Dalam bas nak ke UPSI... masing2 bergaya dengan kot bagai tapi naik bas.. keh3.. respek!
Sebaik saja turun dari bas... happy masing2 dah sampai :P
Kami di UPSI sebagai franchaiser di mana program ini kami guna sepenuhnya kurikulum UPSI dgn membayar beberapa percent. Sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja dijalankan oleh USM.
Perarakan utama masuk ke dewan konvokesyen. First time dlm perarakan utama.. remember.. sy pensyarah cabuk sahaja... teruja betul.. takut pun ada.. :P
Nun... di atas pentas..
Mukaku dalam buku konvokesyen UPSI.. yg depan2 tu semua bos2.. aku ni seorang je pensyarah cabuk huhu... jgn terpedaya dgn gambar di atas ya.. aku insan biasa sahaja..
Di atas pentas konvokesyen... gabra giler aku...
Gambarku yang diambil oleh wakil graduan yang duduk dibelakang aku :P
Pelajar2 yang bergraduat
Perarakan keluar setelah selesai konvo..
Me and my lovely friends...
Gambar tak boleh blah... mcm kami pulak yg konvo.. padahal dok kat pentas menengok je pun :P
Bergambar dgn students... masing2 berebut nak tangkap gambar.. rasa cam retis pulak :P
Selfie dgn Jiross...
Dengan graduan dari Pusat Pembelajaran Kota Kinabalu..
Dihantar balik ke INSTUN oleh bas USM... huhu.. tenkiu pak driver yang sudi menghantar dan bersusah payah pusing bas kat dalam INSTUN tu.. :P
Alhamdulillah... kohort 1 seramai 979 graduan telah bergraduat.. Tinggal lagi 4 kohort berjumlah lebih kurang 2 ribu pelajar.. moga Allah permudahkan urusanku menyeleras program ini, InsyaAllah.. Amin..
~mel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan