Ahad, 6 Disember 2015

Kursus Manasik Umrah 5 Disember 2015

Kami telah menghadiri Kursus Manasik Umrah yang diadakan berhampiran Masjid Ghufran, TTDI pada siang tadi. InsyaAllah jika tiada aral melintang, panjang umur, dimurahkan rezeki kami akan menyertai umrah di bawah Ustaz Anzaruddin (Intifada Travel) melalui package KL - Turki - Mekah - Madinah dari 15/12/2015 hingga 28/12/2015. So kursus ini merupakan kursus khas utk ahli2 traveler Package Umrah Turki ini...

Tentatifnya begini:

  1. Dari KL kami akan ke Istanbul & Bursa
  2. Turki - Bursa - Kerajaan pertama Othmaniyah - bermlm di Bursa - Kaum lelaki dinasihatkan beli stokin khuf (kulit) di turki, boleh pakai 3 hari 3 mlm. Bursa agak sejuk. Cruise 40 minit di Istanbul merentasi Selat Bostetoud (tak tau betul tak ejaan). Lain2 tempat di Turki - Topkapi Palace - yg dibina oleh Sultan Muhammad AlFateh 
  3. Hippodrome Square,Grand Bazar Bursa (lg menarik dr Grand Bazar Istanbul katanya)
  4. Ihram di Airport Istanbul - niat ihram dlm flight
  5. lelaki pakai ihram terus sebelum naik flight
  6. Niat ihram di Juhfah - 1 jam @ 45 minit sebelum smpi di Jeddah. 183km dr Jeddah. 
  7. Hotel Penginapan - Burj Al-Sultan (3 Star) - 120km dr pintu King Abdul Aziz
Syarat2 Wajib Haji & Umrah
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Merdeka
  4. Berakal
  5. Berkuasa

Rukun umrah ada 5 perkara:


  1. Niat Umrah - Miqat - utk trip ini di Juhfah
  2. Tawaf
  3. Sa'ie
  4. Bergunting/bercukur
  5. Tertib

  • Wajib umrah - Kena dam kalau lupa
  • Niat umrah di miqat
  • Meninggalkan perkara2 haram semasa Ihram
Amalan Sunat
  • Menggunting @ mencukur rambut
  • Mengandam misai dan janggut
  • Membuang bulu ketiak dan bulu ari2
  • Memotong kuku
  • Mandi dan berwuduk
  • Memakai pakaian ihram


  • Akan dilakukan atas flight - Berihram di miqat & Berniat dengan lafaz:





  • Mula bertalbiah dari tempat miqat dgn lafaz:

  • Mengulanginya sebanyak 3 kali, berhenti sebentar dan mengulanginya
  • Bertalbiah setiap kali naik bukit dan turun bukit
  • Utk lelaki hanya buka bahu kanan semasa tawaf sahaja.. Masa sa'ie pun tak perlu buka bahu kanan (makruh)
  • Multazam - tempat paling mustajab doa.. tapi susah nk pi.. so cari tmpt yg selari dgn multazam
  • Babus Salam - Sunat masuk masjidil haram melalui pintu ini
  • Lelaki kena tunjuk semua jari kaki- pakai selipar jepun

Sedikit slide yang aku ambil gambarnya:




~mel
dah tak sabar.. :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan