Rabu, 18 Mei 2016

Sakit..

Hari ini sayai ke Kafeteria Bakti Permai.. bercadang nak makan lontong. Tapi bila sampai di gerai Kak Ani. lontong dah habis katanya. Yang ada cuma nasi lemak. Saya jarang bersarapan nasi lemak. Tapi dah terpaksa saya beli lah juga. Sebenar hati kehampaan tak dapat lontong. Hanya itu yg ada dalam fikiran yang mungkin membuatkan saya ada selera makan. Ya.. saya memang tiada selera makan. Dah berhari2 saya makan ala kadar sahaja. Setelah membeli sepinggan nasi lemak berlaukkan sambal paru dan ikan bilis, saya ke kedai air membeli  segelas barli ais. Ketika nak duduk, saya nampak beberapa pensyarah senior PTPM sedang makan di meja berdekatan. Teringin nak pi tegur tapi dengan kaki saya yang sakit, saya tak ada upaya utk nak terus berjalan. Saya terus duduk dimeja sendirian.

Nasi lemak yang terhidang hanya saya pandang buat beberapa minit... Ya Allah.. langsung tiada selera untuk saya memulakan sarapan saya. Saya hanya mampu bermenung.. rasa tak nak makan tapi tidak mahu membazir. Menyesal kerana tidak bungkus saja nasi lemak tadi. Perlahan-lahan saya cuba menyuap nasi lemak ke mulut. Entah macam mana sambal paru yg biasanya menjadi kegemaran sy rasa kurang selesa di mulut. Lantas saya abaikan sambal paru.. saya makan nasi dan sambal bilis sahaja perlahan2. Saya ingin menghabiskan nasi lemak itu tapi hati saya berkata jgn teruskan, nanti kau akan termuntah di sini. Saya stop separuh jalan.. habiskan air barli dan cuba bangun. Setelah duduk yang agak lama.. kepayahan melanda untuk bangun. Saya rasa sangat sedih... :'(

Sampai ofis saya hanya mampu bermenung.. badan masih sakit2 dan lutut masih sakit.. badan rasa lemah disebabkan tiada selera makan... Saya sedih.... kadang2 saya ingin jadi kuat tapi tak mampu.. Saya hantar message Whatsapp kepada seorang kakak.. hari ni ada bengkel penulisan modul jam 10 pagi.. saya katakan kpd kakak tersebut.. kak, saya da di ofis tapi saya tak kuasa untuk turun ke Smart Lab untuk bengkel tersebut sbb saya rasa kurang sihat.. Sebenarnya ada banyak benda perlu diselesaikan hari ini, tapi mood dan badan saya tidak begitu ok... arghhh...



~mel is sad..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan