Isnin, 13 Mei 2024

Coretan..

 I haven’t been good sejak akhir² ini.. especially berkaitan kesihatan mata yang makin meruncing. Since last year I can say that aku dah berbelanja hampir RM20k just untuk mengubat mataku yang dah beberapa 2 kali pecah blood vessel.. kiri dan kanan.. walaupun nampak aku kuat sebenarnya aku tak sekuat mana pun. Aku amat bersyukur.. Allah berikan rezeki kepadaku supaya aku mampu tanggung semua ini.. 

Kadang² hati ada rasa tersinggung.. sedih.. tapi much better untuk aku pendam sahaja.. Aku cuba kuatkan diri.. melupakan apa yang aku tanggung.. melupakan apa yang aku rasa.. sibukkan diri dgn pelbagai perkara..

Latest blood vessel mata kanan pecah waktu bermesyuarat dibulan puasa. Terpaksa aku menyerah diri ke Oasis Eye Specialist. Memang mahal.. tapi aku tiada pilihan. Bila check, doktor menyatakan mmg betul sangkaan aku, blood vessel mata kanan pecah. Akibatnya mata kanan aku kabur. Aku langsung tak boleh drive malam sebab aku tak dapat nak bezakan jalan yg ada di hadapanku. Teringat aku hampir terbabas ketika aku dlm perjalanan balik dari UPSI ke Putrajaya Sentral sebelum Subuh kerana aku ada flight balik Penang. Menggigil aku sekejab.. lepas itu aku tak berani langsung nak drive waktu gelap. 

Then, setelah jumpa doktor, doktor cakap kena inject ubat ke dua belah mata sebab mata kiri juga ada risk utk burst blood vessel. So double injection. Kos pertama ini RM3660 untuk dua belah mata. Aku redho jer.. tak bermakna ada duit kalau mata tak nampak… Cuma aku rasa masa proses untuk injection aku sebenarnya ketakutan.. Ya Allah aku takut, cuma aku kuatkan hati. Cuba bayangkan biji mata dicucuk dengan jarum untuk masukkan ubat… walaupun semasa proses tu tidak sakit.. tapi horrornya aku simpan dlm hati. Selepas injection, kedua mata jadi kabur… tak tahan melihat cahaya.. nak berjalan pun aku rasa goyah.. aku tak boleh bezakan sama ada ada tangga aku tidak di hadapanku.. semua nampak rata sahaja..  Tapi aku perlu kuat untuk diriku sendiri.. 

Sampai rumah.. kepala ku jadi sakit.. kejab² rasa sakit mata.. utk melegakan perasaan aku tidur sahaja. Doktor tak benarkan memasak. Aku tak tau kenapa.. tapi aku ikut jela.. 

Selepas raya, 30/4 aku hadir lagi utk sesi laser.. sesi yg sangat aku takut. Sakitnya Allah saja yang tahu. Setakat satu mata aku dah menangis… apa lagi dua biji mata..sengsara dia Allah saja yg tahu. Dalam hati aku berdoa kepada Allah.. kalau kesakitan ini dapat menghapuskan segala dosa² ku.. aku redho ya Allah…Impak laser mmg teruk. Doktor telah tahu aku mmg takut dengan laser. Lantas utk laser beliau tidak charge consultansy.. hanya RM650 dikenakan padaku untuk dua mata.. berbanding RM1400 untuk laser sebiji mata tahun lepas. Namun begitu.. teringat sakit laser ini rasa macam nak pecah otak.. sekali teringat sekali aku mengalirkan airmata.. Menangis sendirian dah macam jadi agenda hidup aku.. sebab aku tak mahu org tahu betapa sakitnya diriku ini. I try to be strong 😭😭.. tapi Allah saja yang tahu apa dalam hatiku. Walau sakit aku cuba buat biasa.. 

Sesi ketiga..  11 Mei.. injection lagi untuk kedua belah mata. Doktor beri MC beberapa hari.. tapi aku terpaksa bekerja juga sebab aku ada komitmen USM. Mujur ada pembantu. Aku jarang tunjuk aku sakit kalau aku tidak benar² sakit. Hari ni aku rasa kepala aku sakit.. mata kiri aku kejab² rasa sakit.. sakit dia macam dari sakit gigi, mata, kepala.. 

Dalam keadaan macam ni sentiasa teringatkan arwah mak.. aku ni anak mak yg banyak mewarisi sakit arwah mak..  aku dpt bayangkan sengsara mak satu ketika dahulu.. cuma aku bersyukur aku dikurniakan rezeki untuk berkenalan dengan bijak pandai yang memandu aku ke arah kaedah perubatan yg betul.. InsyaAllah.. Duit? Biarlah.. Moga Allah sentiasa memurahkan rezeki untukku bagi mengubati diri sendiri.. dan semoga aku dimurahkan rezeki untuk membantu insan lain..  

Semoga Allah ampunkan dosa² ku dengan dugaan dan ujian ini..


-Mel





Tiada ulasan:

Catat Ulasan