Anak-anakku,
Pesan orang tua-tua kita,
Bila bersatunya dua anak Adam
Syaitan dan iblis menangis sengsara,
Justeru,
Binalah istana seikhlas mungkin,
Semoga dua hatimu disatukan,
Bagai Adam dan Hawa,
Bagai Muhamms SAW dan Siti Khadijah,
Bagai Yusuf dan Zulaikha,
Dikurnia zuriat, tulus dan taqwa.
Hiduplah kalian dalam sederhana,
KErana itu ada hikmahnya,
Tuhan kasih, manusia suka.
Hindari olehmu riak dan bangga,
Kerana riak itu besar dosanya,
Tuhan murka, manusia mencela.
Ingatlah kalian,
Dunia ini hanya pinjaman,
Bagai sebuah ghali,
Singgah di pelabuhan,
Memunggah hasil buat bekalan,
Belayar menuju ke negeri Tuhan.
Bersama tetamu yang hadir,
Kita panjatkan doa dan kesyukuran,
Semoga istanamu harmoni berkekalan,
Bahagia dan taatmu kepada Tuhan.
Ingatlah pesan orang tua,
Buat azimat kekal bersama,
Sepanjang masa dikurniakan keberkatan.
AbRamn HA
USM
2 Februari 2013
Aku sgt suka akan madah ini... banyak nasihat yang diberikan secara tidak langsung.. utk golongan muda mengemudi alam rumah tangga... Paling penting.. apa-apa yang kita buat, kita impikan biarlah bersederhana.. jgn melampau angan manusia.. jangan mengharap kepada yang di luar kemampuan kita sesama manusia.. Juga sangat-sangat penting diingat.. pengakhiran kita bukannya di dunia ini tapi akhir kita adalah untuk bertemu denganNYA. Hidup kita dan keluarga harus berpandu pada syariatNYA...
~Mel
Ya Allah..
Lindunganlah kami sekeluarga dan semoga rahmatMU dan hidayahMU memayungi kehidupan kami... InsyaAllah...
Kami juga Ya Allah ...
BalasPadamSeluruh keluarga kami ...
Ameenn ...