Pagi tadi terima berita dari one of my sister yang rumah kakak sulungku di Kemaman musnah akibat kebakaran.. Kakak ku yg sulung ni adalah kakak aku sama ayah berlainan mak.. Masya Allah..bila tengok gambar2 kebakaran tu rasa insaf sangat.. dari fb anak sedara aku, aku copy kan apa yg terjadi masa kebakaran tu..
"cite die time tu parent ak balik rumah dlm pukol 12 lebih camtuh,pastuh mase ayah ak nk bukak pintu rumah, asap da kuar dari bawah pintu rumah, so ayah ak g la kat blakang umah tgk2 bilik kimi da berapi da, time tu ak ngan adik bradik ak kat kedai tgh jage kedai, ayah ak call adik ak cakap rumah terbakar, ak trus lari balik rumah la, n bile ak da balik bilik kimi api da marak gile, so gune la paip umah ak ngan umah hj, ak da cube da padam kan api tapi da xsempat da, bumbung kimi api da marak gile, aircond lak letup2 da, kaca bilik kimi da letup gak, so time tu da xleh wat pe da, tunggu bomba je la.."
Perkara ini memang tak disangka tetapi ada hikmahnya.. Yang penting kita sebagai Hamba Allah harus ingat bahawa segala apa yang ada di dunia ini bukannya milik mutlak kita... ibu, bapa, suami, isteri, anak2, adik beradik, keluarga & harta benda adalah pinjaman sementara buat kita.. bila-bila masa Allah boleh ambil semula sebab ianya bukan hak kita.. kalau
Allah nak ambil sekelip mata saja dia boleh ambil.. Yang penting kita perlu
redha dan selalulah berdoa
padaNYA semoga kehidupan kita dipermudahkan dan dalam rahmatNYA... Insyaallah...
Kepada kakakku dan keluarga.. semoga diberi ketabahan dan kesabaran dalam menempuhi dugaan Allah ini... daripadaNYA kita datang.. kepadaNYA jua kita akan kembali...
sampai 'lembut' kipas dek kepanasan...
gambar dicilok dari fb Hazwang anak sedaraku..
Salam Takziah ... Semoga dipermudahkan segala urusan ...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam