Dah lama berhajat nak beli telekung baru. Bukan apa telekung lama2 dah lekang getahnya terutama di bahagian muka... so macam dah tak berapa selesa bila muka telekung membesar. Selalu dok browse online tapi asyik tak jadi beli sebab takut bahagian muka besar.. maklumlah muka aku ni kurus macam jerangkung.. dok fikir aku memang kena cari telekung di kedai je la. Tapi entah bila nak pi beli...
Tetiba ternampak status kaklong Siti Roha bahawasanya dia di Bandung.. entah macam mana hati terfikir.. kirim kat kaklong je la. Aku ni memang jarang kirim apa2 kat orang sebab takut menyusahkan.. bukan setakat telekung, nak kirim fridge magnet pun selalunya memang tak kirimlah sebab takut menyusahkan.. kang org tu tak cukup duit ke... dllg. Tapi tulah kan.. tetiba je tangan ni memang gatal nak komen kat status kak long dengan komen di bawah:
Dan tetiba muncul direct message dari kaklong @ada2aje ni. Katanya dia dah nak balik. Beg dah kunci tapi dia ada satu telekung spare... nanti dia hantar gambar. Kalau aku suka nanti dia pos.. Aku pun cakap ok.. as long as tak menyusahkan beliau. Malam tu kaklong Whatsapp gambar telekung.. bila tengok terus aku suka sebabnya telekung tu memang jenis yg akan aku pilih. Bak kata encik hubby 'minimalis' .. maksudnya tak sarat sgt dan warna pun plain putih/kuning2 air gitu. So aku cakap ok aku suka kat kaklong. Dua tiga hari lepas tu muncullah telekung tu di alamat pejabat ku. Yelah kat rumah kang xde umah manusia nak collect pulak kalau poslaju sampai. Suka nya hatiku. Aku kirim nak bayar.. tapi kaklong cakap pemberian ikhlas darinya..
Telekung pemberian Kaklong Siti Roha.. |
Yang paling best tentang telekung ni.. saiz muka cantik2 dengan muka ku. Tak perlu pakai anak tudung. Sedap2 je.. Bila bercerita dgn kaklong, kata beliau masa dia beli tu dia saja2 beli dan tidak ada niat beli untuk sesiapa. Jadi bila tetiba aku komen status fb dia tu, dia pun berkata dalam hatinya, telekung itu untuk aku. Inilah yang dikatakan hati terdetik kerana Allah mendetikkan hati kita untuk melakukan sesuatu. Sebabnya bila difikir semula.. Ya Allah.. telekung ni memang betul2 jenis yg aku suka, yang aku akan beli kalau aku membelinya sendiri dan paling penting mukanya ngam2 dengan muka aku, yg aku rasa susah nak dapat. Alhamdulillah.. Allah Maha Kaya..
Anyway.. terima kasih ku ucapkan pada kaklong atas pemberian ini. Moga sentiasa dimurahkan rezeki dan beroleh keberkatan dan kebahagian dalam setiap apa yang dilakukan. Moga dalam lindungan Allah selalu. Sayangg Kaklong!!
~mel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan