Jumaat, 18 Mac 2016

Bulan Berbisik

Buku ni aku capai ketika otw nk masuk pintu Mydin.. ada pameran buku. Seperti biasa sbg peminat buku, pantang aku nmpk buku.. selalunya beli untuk Aliff Zachary yg ada library buku sendiri dan sgt suka membaca. Entah kenapa bila baca sinopsis kat belakang terasa nk beli.. harga offer RM8. Sebelum nk ke Kota Kinabalu pagi tadi, aku capai buku ni letak dlm henbeg...Naik je flight aku start membaca walaupun niat asal naik je flight nak tidur..

Dari mula baca aku dah tertarik. Bukunya bukan buku cintan cintun anak muda tapi berkisar kpd masalah seorang perempuan, masalah seorang isteri yang tidak punya apa2 kecuali keluarga. Beliau tidak berkerja dan kehidupan sehariannya sgt 'dull'. Yg menarik hati adalah cerita ttg dirinya yg mndpt tahu suaminya mencintai studentnya sendiri (suami lecturer hehe).. dan bagaimana dia mengawal rasa marah, cemburu dan ingin mengamuk dari hari ke sehari semata2 kerana ketaatannya pada suaminya. Berlinang2 airmataku membacanya sebab membayangkan jika ianya terjadi pdku, aku tak mungkin jafi seperti itu.. Cuma yg paling terkesan dihatiku adalah apabila kita dlm kesusahan buku ini memberikan panduan kembalilah padaNya. 

Aku memandang diriku sendiri.. aku tak mampu sekuat itu. Tapi sedikit sbnyk buku itu cuba memperlihatkan padaku utk lebih bersabar dlm kehidupan... hmm.. entahlah kan.. utk aku menarik buku ini, bnyk pngajaran...

Selama 2.5 jam dlm flight & 1.5 jam kat bilik hotel.. selesai aku baca buku ini.. lepas baca if course.. mata bengkak sbb menangis... :P


~mel
Moga Allah berikan ku kesabaran dan ketabahan dlm mengharungi kehidupan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan