Memaparkan catatan dengan label mh370. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mh370. Papar semua catatan

Selasa, 25 Mac 2014

Doa..

Banyak perkara yg nak diluahkan tapi kesibukan dan kekangan masa membuatkan terbengkalai segala draf2 blog yg nak ditulis... Cerita Aussie pun belum habis.. banyak yg menarik, nantilah aku tulis pelan2.. Aku perlu tulis utk aku baca kemudian hari.. Utk aku recall back apa yg telah lalui.. Dan utk aku kongsi dengan suami aku yg menjadi pembaca blog aku yg setia sejak turun temurun.. Dan kawan2 aku yg setia membaca.. 

Balik dari Aussie sampai jumaat pagi aku terus ke penang.. Sabtu ke sabak bernam utk majlis kenduri kawen adik bongsu ku.. Memang kepenatang sebab tak sempat berehat.. Ambil incik suami dan eryna di tanjung malim (time di aussie eryna dok umah uwan gombak) then terus ke sabak bernam.. Tidur homestay di sabak bernam.. Hari Ahad balik gombak... Pagi2 isnin hubby pi kerja ke tg malim.. Plan awal sebenarnya nak lepak di Tg malim slama seminggu.. Tgk2 incik suami lom dpt kuarters.. So terpaksa lepak homestay.. Hari isnin tu dah plan nak ikut my sisters shopping kain baju raya di jakel shah alam.. So dari gombak aku gi Kapar rumah kakak aku.. Then pi jakel.. Then pi GM Klang.. Spjg hari berjalan sebab rumah kakak aku dicatu air 2 hari.. Memula terfikir nak tidur rumah kakak aku je isnin tu tapi dah tak de air... Errr.. Malas aaaa... Incik suami pulak message ckp ada homestay di Tmn Sekiah makmur yg letaknya 2km dr INSTUN tempat kerja dia... So lepas perabih duit shopping aku pun terus ke tg malim... Janji nk jumpa incik suami di behrang2020 utk temankan dia buka puasa.. Sampai sana tepat2 sebelum waktu buka puasa.. Alhamdulillah...

Masuk2 homestay agak kagum gak sebab homestay dia sgt bersih.. Selesa.. Dah banyak homestay aku pergi.. Tp aku rasa ni paling ok... Cuma kawasan tu digi tak ok so internet pun slow banget!! Tapi oklah.. Aku pun tak yah fikir pasal internet... Huhu.. Lari dari kekangan kerja.. Kalau tak asyik dok bukak email ofis jer.. Ni lantak laa...  Tapi hari Selasa tu aku sempat la jugak buat kerja mqa sikit.. Ada kerja due so buatlah juga dgn tenang sebab xyah masak.. Xde gangguan.. Tengahari hubby datangajak gi makan di kawasan berdekatan.. Then dia dia kerja.. Aku? ZzzZzz... Gitulah 3 hari di sana.. Salah satu tempat makan yg kami pi adalah Fatin Corner.. Kedai melayu sempoi kampung yg ada mneyediakan makanan goreng2 utk lunch.. Haaa sambil menunggu kami terperasan ada ruang istimewa di bawah.. Kedai tu siap buat satu ruang ucapan utk mh370.. Fuhh tak sangka.. Dia sediakan pen warna warni.. Kertas siap ber double sided tape.. Dan kita boleh tulis.. So aku ambik kesempatan gak la wat ucapan.. :P


Bagus kan...

Hari ni khamis aku terpaksa pulang ke penang.. Cadang nak stay KL sampai hujung minggu.. Tapi.. Apa kan daya kena balik jugak.. Anyway tak pelah... Sedih tinggalkan incik suami dikejauhan.. 

Yang paling aku miss adalah bercerita ceriti dgn my hubby.. Dialah tmpat aku bercerita.. Dialah tempat aku mengadu.. Bila berjumpa masing2 tak sabar2 nak cerita itu ini.. Kena amik turn utk bcerita.. Terpaksa kumpul cerita seminggu.. Bercerita dgn incik hubby tak sama dgn cerita dgn org lain.. Nak berface time hari2 internet kat behrang tu mmglah lembab... Minggu ni hubby kursus di PD pulak Jumaat Sabtu Ahad.. Dah banyak program kansel termasuklah nak gi kenduri sepupu dia.. 

Seriusly aku doa2 incik suami dapat tukar ke penang.. Aku pindah UPSI? Aku rasa sukar... Standard upsi dan usm tak sama... Semlm jln2 tg malim.. Aduh.. Tak de tesco, tak de jusco, tak de Queensbay.. Huhu.. Aku tak suka KL.. So gi shopping KL tu agak sukar... Smlm gi Tg Malim hubby pun ckp.. Aduhh tak bestnya... Round2 kejab dah mati kutu... So.. Utk aku pindah ke sana.. Macsm sukar.. Lgpun aku tgh cuti sabatikal.. Jadi kontrak aku dgn USM tambah lagi 2 tahun daa...huhu... Mcm mana mau lari.. Walaupun mmg xmo lari.. So.. Harap sgt suamiku dapat pindah ke penang atau mana2 yg lebih dekat...

Apa2 pun semoga Allah makbulkan doa kami.. InsyaAllah.. Amin..

~mel


Rabu, 12 Mac 2014

iDESIGNx

Dua tiga minggu lepas, aku dapat panggilan telefon dari Pen. Pendaftar di Pusat Kecemerlangan Akademik (CDAE) USM. Beliau memberitahu bahawasanya nama aku telah dicalonkan oleh CDAE untuk menghadiri satu persidangan di Sydney, Australia pada 19/3 akan dtg. Aku sgt terkejut la... ehh.. first time aku dapat invitation sebegini. Selalunya kalau nak pi kena mohon bagai. So aku cakap okla.. org dah calon takkan nak tolak.. date tu mcm ok coz aku xde apa2.. walaupun tak minta kebenaran encik suami lagi tapi biasanya encik suami biasanya akan menyokong... which sgt benar bila aku gtau dia lepas tu dia terus jawab... "Best la.. "

Cuma ada satu masalah iaitu aku sedang bercuti sabatikal... ramai orang tak tau apa bendanya cuti sabatikal ni sebenarnya.. Cuti sabatikal diberikan kepada pensyarah2 universiti yang telah berkhidmat 5 tahun untuk menjalankan sama ada penyelidikan, nak menulis artikel atau nak buat apa2 lawatan ke projek ke.. suka hati la propose nak buat apa. Boleh buat di dalam negara atau di luar negara.. Yang bestnya cuti sabatikal ni.. ianya bergaji penuh dan dapat tambahan elaun sabatikal sebanyak RM900 sebulan. Biasanya semua org akan suka bila dpt cuti sabatikal sebab inilah masanya nak berehat sikit sebab tak perlu buat apa2 tugas hakiki.. mengajar pun xpayah.. meeting xperlu attend.. huhu.. heaven..

Ok berbalik kpd pencalonan tu.. disebabkan aku sedang cuti sabatikal, aku perlu dpt kelulusan rasmi dari TNC Akademik utk pergi.. maklumla nak suruh org sedang cuti pergi tugas rasmi.. aku mmg tak apply sabatikal di luar negara dan tak expect pun nak pi oversea during sabatikal ni.. ingat nak rehat2 kat rumah jer.. kemas rumah... menjahit.. huhu (lain pulak yg nak dibuat dr proposal asal). So bila dpt pencalonan mmg terkejut lah kan.. Nak dijadikan cerita TNC Akademik tak de masalah untuk benarkan aku pergi.. dan masa aku terjumpa dengan Pengarah CDAE time nak amik eryna (pejabat CDAE depan Hadhanah iaitu pusat penjagaan kanak2 usm), pengarah cdae tanya aku berkali2 nak pi ke idak.. aku cakap insyaallah Prof, sy pi. Actually aku sebenarnya sgt2 berbesar hati dengan pencalonan ni.. takkan aku xmo pi kan... Time aku begitau kat kawan2 pun masing2 terkejut.. haa... mcm mana boleh dicalonkan? kena present paper ke hape? bila aku ckp aku xperlu present apa2 lagilah org terkejut.. which is kejadian yg sgt sukar berlaku.. hehe..

So.. bila semua settle, jemputan rasmi dari CDAE pun dpt.. aku pun buatlah preparation.. Sabtu ni akan berlepas ke Sydney.. Disebabkan kejadian MH370 ada sedikit kegusaran dihati.. Tapi insyaallah.. harap2 tak de apa2lah kan.. kita tawakkal kepada Allah semata2.. Eryna awal2 minggu dah papanya bawak ke Gombak.. incik suami ada kursus di Bangi sampai Sabtu dan flight aku dari Penang petang Sabtu.. nak tak nak incik suami bawa eryna terus.. kalau tidak aku kena hantar minggu ni...

Apa2 pun aku sebenarnya teruja dan bangga dengan pencalonan ini.. semoga rezeki Allah ini akan berterusan..

Harap dapat live blogging dari Sydney nanti... Insyaallah..

~mel