Memaparkan catatan dengan label Madrid-Barajas Airport. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Madrid-Barajas Airport. Papar semua catatan

Ahad, 22 Jun 2014

Madrid - 1st day (contd)

 Post ni adalah sambungan dari kedua2 post ini:

  1. From KL-Amsterdam-Madrid
  2. Madrid 1st Day

Dari airport kami terus ke Apartment yg aku dah book awal2 iaitu Santa Ana Aparmentos.. this apartment is really recommended.. for the six of us mmg sgt selesa..ada dua bilik.. aku dan hubby kena lah dok luar bilik aka kat ruang tamu sebab antara semua aku yg xyah susah2 jaga aurat.. sebab semua dlm rombongan muhrim aku.. jadi aku & hubby offer utk duduk kat luar..  duk luar pun ada katil disediakan.. single bed yang jadi double bed.. tapi.. kelakarnya bila dah letih tak sempat nak bukak dah double bed tu.. landing semacam jer atas single bed sebb dah penat sgt... :P

Rehat kejab kat apartment sambil adik beradik sbuk update status, wasap dllg... maklumlah apartment ada wifi free... apa lagi.. semua mengadap tefon masing2.. kakak aku bawak periuk harga RM7.. beras.. so apa lagi.. masak nasi.. kakak aku yg dok KB bawak serunding.. so makan nasi dengan serunding... laju jer masing2.. tak de kuah pun xpe..

Bila dah selesai relaks.. kami pun berjalan2 bandar Madrid.. kedudukan apartment kat tgh2 Madrid mmg bagus utk bershopping.. First impression.. madrid tempat jual kasut.. pelbagai jenis kasut ada dijual.. banyak betul kedai kasut.. so we were aiming for shoes... yeaahhh!!


Me and my siblings!

 
Hubby bergaya di tengah bandar Madrid..

Nak beli pistol??

Di tengah bandaraya Madrid..

Puerto del Sol... 

Aku dan telco.. ada kes di tengah2 perjalanan kami di madrid yang membuatkan keadaan huru-hara sekejab.. huhu... moralnya jgn bergantung sgt pada telco.. :P
 

macam tak pernah tengok pokok lavender.. huhu.. tapi minah depan aku tu mmg tak pernah tengok.. huhu (adik ipar aku)..

Aku mengada2 di depan pokok lavender... Hari pertama memang tak de beli apa2 pun kat bandaraya Madrid.. aku pun sebenarnya xde la plan nak shopping pun.. bila dah selalu keluar negara, dah tak terasa nak shopping sgt tapi nak menikmati tempat org.. tapi kakak2 aku memang aim for shopping.. huhu.. 



First day berlalu pantas.. madrid nampak menarik tapi plan kami sebenarnya dalam trip ini adalah untuk melihat sejarah Islam yang bertapak di bumi Sepanyol sejak beratus tahun dahulu... dan the journey was just begun... the days after the first day was really challenging... yiehaaa...

~mel




Sabtu, 21 Jun 2014

Madrid 1st Day

Alhamdulillah kami sampai di Madrid jam 9.20 pagi..  Sampai2 airport cari2 beg tak jumpa... sampai tertutup tempat pusing beg tu pun xde beg purple 'Piere Cardin' kami.. so nak tak nak kena cari kaunter untuk report... orang report tu cakap.. beg xsempat naik flight so akan sampai pkl 12 tengahari.. bila fikir2.. haaa.. beg kami akan sampai dengan flight kakak2 dan adik aku laa.. Then aku bukak email (aku roaming unlimited data digi RM56/day guna Movistar).. tgk2 ada email dari KLM cakap beg aku delay... oh.. bagus KLM ni cepat dia detect.. Sementara tunggu beg & adik beradik aku sampai.. aku dan hubby berlegar2 kat airport Madrid-Barajas... airport dia xde la menarik sgt di bahagian luar.. tapi sempatlah kami minum cappucino dan irish cream coffee yang berharga 80 sen utk membasahkan tekak.. huhu.. 

Information counter di Airport Madrid

 Kami ada book kereta di airport madrid.. so sementara menunggu kami meninjau dulu kat mana tempat nak ambil kereta.. Kami book dari Budget/Avis.. so kaunter rent kereta di madrid Airport semuanya di Terminal 1.. Jauh jugalah berjalan untuk ke tempat rent kereta tu..


Muka encik hubby je la banyak kat tefon aku ni... huhu.. layankan aje..


  Kat luar Airport madrid ni ada patung2 tak senonoh ni haa... huhu.. amik je la gambar kan.. :P

 Membaca sambil menunggu rombongan dan beg kami... cuaca okla.. tak de la panas sgt.. waktu kami gi Madrid ni musim panas so cuaca dia lebih kurang Msia jer.. 

Dalam pukul 12 kami pergi semula ke Terminal 4 di mana kat situ tempat kami keluar sebelum tu... kami bantai je masuk ikut tempat org kluar di arrival tu.. pegawai keselamatan mmg langsung xpandai cakap English tapi kami tunjuk jer resit beg so dia benarkan kami masuk.. Tunggu kejab jer beg dan rombongan adik beradik aku sampai.. Lega nampak beg kami bergerak atas tempat beg tu.. then kami pi ke kaunter cakap beg dah jumpa.. all settle.. Yang bestnya bila dah settle tetiba dapat sms kat bawah ni.. diorg akan hntr beg.. hihi... beg sebenarnya dah ada ditangan :P


 Dah settle semua then kami menapak ke Terminal 1 untuk ambil kereta sewa.. dengan berg2 semua kami heret... aku dah pesan awal2 dekat kaak2 dan adik aku.. sebab sewa mpv so jgn bawak brg bnyk2 kang tak muat bonet kereta.. kami 6 org.. tengok2 adik aku bawak beg sebesar2 gedapak.. sabor je laa.. huhu..


 Rombongan ke Madrid...

 Inilah kereta yang kami sewa... harganya aku tak ingat... but tak mahal sangat.. nnt later aku akan update kos ke Madrid ni spenuhnya... anyway.. sebenarnya kami plan untuk hubby and adik aku utk drive gilir2 spjg perjalanan... time nak amik kereta, nak daftarkan second driver adik aku cakap lesen dia dah mati sebulan lepas... nak masukkan nama aku.. aku tak prepare nak drive pun.. ingat ada dua lelaki, lelaki yg drive ler.. last2 hubby sorang jer la drive... second experience for him to drive oversea.. first dulu kat New Zealand, tapi tu belah kanan sama dgn msia.. ni haa.. belah kiri.. huhu...


to be continued...


~mel