Selasa, 12 Januari 2016

Boss baru..

Kami ada bacaan yassin tadi di samping tazkirah dari Dekan baru kami. Sangat janggal bila mana Dekan aka Boss memberi tazkirah tentang nikmat bekerja, nikmat kesihatan dan nikmat Islam, dan sangat janggal bila seorang bos membacakan ayat2 Al-Quran semasa tazkirah. Dekan baru kami bukanlah seorang Ustaz. Katanya, kita kenalah selalu menerapkan nilai2 islam dalm keluarga kita, bercakap yang baik dan berbuat baik terutamanya dalam keluarga. 

Di akhir tazkirah beliau, beliau mengucapkan terima kasih kerana memilih beliau dalam pilihanraya lepas... yg mengharukan kami.. beliau berkata, saya baru je nak adapt dengan gelaran 'Professor' yg didapati hujung tahun lepas.. kemudian tiba2 dipanggil Dekan pula.. dan katanya kalau tidak pagi2 terpaksa berebut parking sesama staf, sekarang dia masih terlupa beliau ada parking sendiri... sambil itu beliau menitiskan airmata.. Katanya beliau bersyukur dgn nikmat yg Allah beri, walaupun bersama nikmat itu munculnya tanggungjawab yang berat... 

Dalam hati saya berkata.. Kalaulah semua pemimpin macam ni kan bagus.. Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk beliau dalam segala urusan pengurusan Pusat Pengajian kami.. 

~mel
Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk diriku juga... Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan