Jenuh pula nak menghabiskan cerita pengembaraan Umrah Turki kami ini. Tapi biasalah, setiap kali aku bercuti, memang bersambung-sambunglah penulisan blog ni. Bukan apa, aku just nak simpan cerita ini sebagai memori aku dah tua-tua nanti. Orang tak baca tak pe, tapi mana tau dah tulis nanti dah lupa segala macam perkara, bila baca blog ini dapatlah mengingatkan semua detik-detik indah sewaktu masih remaja... cewahh! Ok kita sambung...
Talal ni nama orang. Dia ni rakan kepada student PhD ku, Mansour. Mansour berasal dari Mekah dan bila diberitahu aku akan ke mekah utk umrah dia sgt teruja. Dia sekarang ni sedang dlm proses collect data di kampungnya (Arab Saudi). Kebetulan waktu kami dtg ke Mekah, si Mansour ada di Bahrain, jadi dia telah meminta Talal entertain kami dan bawa jalan2 disekitar Mekah dan Mina.Talal ni seorang anggota Polis, kami teka dia anggota polis sebab first time jumpa dia, dia dtg naik kereta polis tapi ada driver... huhu..
Hari nak berjalan dengan Talal tu aku saja berniqab. Sebenarnya ada hajat aku since dari Malaysia nak cuba berniqab di Mekah. Time di Malaysia ingat nak beli niqab di Mydin tapi banyak kali pergi tapi tak jadi beli. Entah macam mana masa roundabout bandar dgn hubby hari sebelumnya, terjumpalah nqab dgn harga 10 riyal. So aku beli je lah utk menunaikan hajat aku. Hubby pun suka :). Gambar kat atas tu hubby dan Mr Talal. Mr Talal ni English dia sikit2 je dia tau.. so bila tanya susah dia nak jawab. Mujur hubby tau sikit2 perkataan arab, so adalah jugak diorg berborak :P. Kekadang hubby jadi translator aku, kadang2 kalau susah2 sgt aku guna google translate jer.. huhu
Tempat pertama yang dibawa oleh Mr Talal adalah Masjid Hudaibiyah. Masjid Hudaibiyah terletak lebih kurang 20++km dari Kota Mekah. Terdapat sejarah perjanjian hudaibiyah yang ada kaitannya dengan masjid ini. Ketika sampai di area masjid ini kami mengambil gambar di peninggalan masjid Hudaibiyah lama dan kemudiannya solat tahiyatul masjid di Masjid Hudaibiyah yang baru.
Kami di kesan peninggalan masjid hudaibiyah lama. Di sekitar masjid ini terdapat gerai-gerai kecil yang menjual kurma dan kekacang, mahupun cincin atau batu-batu cincin. Kami tidaklah membeli apa-apa pun.. intai2 saja.
Dari Masjid Hudaibiyah, Talal membawa kami ke Muzium Mekah dan Madinah. Di muzium ini letaknya barangan berharga yang berasal dari Mekah dan Madinah, contohnya pintu kaabah yang asal, perigi air zam zam yang asal, barangan dari Masjid Nabawi dan lain2 lagi. Ketika
kami sampai di Muzium Mekah dan Madinah, guard di depan gate muzium
tidak membenarkan pelawat-pelawat untuk masuk. Si Talal ni dengan
selamba je pergi ke guard dan cakap apa ntah dan dengan mudah kami pun
dibenarkan masuk ke muzium tersebut. Rupa2nya waktu tu ada general Arab
Saudi telah membuat lawatan ke muzium tersebut, jadi pelawat kena tunggu
general habis baru boleh pelawat lain masuk.
Kereta Hyundai Sonata kepunyaan Mr Talal. Aku suh hubby tanya kat dia, kenapa kereta kat mekah ni kebanyakannya warna putih, sampai konfius aku nak differentiate kereta dia dgn teksi :P. Dia cakap orang Arab memang suka warna purih.. bersih katanya. Beliau sedang berjalan ke arah muzium dengan konfiden sekali.
Ada banyak gambar kat dalam muzium ni sebenarnya. Si Talal dok pegang iPhone aku dan kerjanya menjadi jurugambar kami. Kadang2 dia mengoffer diri kat pelawat2 dalam tu untuk tolong ambil gambar mereka juga. Baik betul.
Kami di Muzium Mekah & Madinah. Sebenarnya group umrah Dr. Anzarudin ada juga buat trip tetapi disebabkan oleh Mr Talal nak bawa kami, so kami pergi jer dgn Mr Talal. By the way abah tak ikut trip ni. katanya tak perlu. Beliau hanya berhajat untuk ke Masjidil Haram untuk beribadah, so kami bertiga je yang join trip dgn Mr Talal ni. Waktu kami trip ni, abah tinggal sorang di hotel. Waktu lunch beliau ke hotel Baity 5 sebab ada makanan. Siap ke sana sini pula abah. Kuat betul semangat beliau di sana... subhanallah...
Kami di hadapan Muzium Mekah dan Madinah. Di pintu keluar kami diberikan sebuah quran percuma kepada setiap sorang. Alhamdulillah.. berharga sangat rasanya quran tu untuk dibawa balik Malaysia... |
Dari muzium kami terus ke Mina dan Arafah. Di situ Mr Talal tunjukkan tempat melontar, tempat trajedi Mina yang berlaku musim haji yang lalu. Kata Mr. Talal semua disebabkan oleh jemaah haji Iran (Syiah). Dan beliau sendiri menunaikan haji pada tahun 2015.
Mina- tempat melontar jamrah |
Di Arafah kami hanya meninjau persekitaran kawasan padang arafah dan masjid di Arafah. Buat masa ini (bukan musim haji) kawasan tersebut ditutup. Even masjid pun ditutup dan dikunci, so niat kami nak solat fimasjid tersebut tidak tercapai.
Jabal Thur (Nur)
Di Jabal Thur (Nur) lah titik awal Muhammad diangkat menjadi nabi
terakhir. Jabal Nur berada di kawasan Hejaz atau atau sekitar 7 km dari
Masjidil Haram. Di sinilah terletaknya Gua Hira' iaitu salah satu gua di Jabal Nur dan 'Nur' cahaya yang dimaksudkan adalah sebagai tempat pertama kali Nabi Muhammad menerima wahyu dari
Allah.
Di Jabar Thur... Mr Talal, en suami & miss niqabis 😜
Jabal Rahmah
Di Jabal Rahmah kami ambil2 gambar sahaja. Tak naik ke atas sebab mak pun tak larat. nak tinggalkan mak di bawah takut pulak dia. Time kami berdua dating naik unta pun mak dah gabra.. huhu.. Mr Talal dok tunggu dalam kereta, kalau dia ada bolehlah juga temankan mak.. :P Kat sini ada satu inciden time nak naik unta tu. Kononnya harga naik unta tu 10 Riyal.. kami berdua naiklah. Tgh kami naik si mamat kuda tu beriya ambil gambar kami polaroid kami bebanyak dan nak charge 200 riyal. Gilo!. Bergaduh encik hubby dengan dia. Last2 kami cakap nak panggil Talal aka polis. Akhirnya dia mengalah charge 100 riyal bagi semua gambar. Itupun bagi kami dah mahal gilo huhu...
Seorang haji arab celup dan miss niqbis sedang naik unta... ya habibi ya ali baba... :P
Dah penat2 berjalan Mr Talal ajak kami makan di sebuah Indian Restoran. Restoran di Makkah ni rupa2nya ada partition di setiap meja bagi mengasingkan setiap family lebih tepat lagi perempuan yang nak makan. Biasanya perempuan di Arab Saudi memakai niqab, jadi bila ada partition ni bolehlah mereka buka niqab. Kira ni first time aku try makan dengan berniqab... ok susah juga. Kena bersopan santun.. nak makan pakai sudu agak susahla.. so kalau nak makan mihun sup memang aku akan struggle laa... Apa2 pun ianya good experience..
Subhanallah... lunch kami yg ditaja oleh Mr Talal.. memang sedap tapi memang tak larat untuk diperabiskan.
En suami dan Mr Talal ketika makan. Ketika nak sampai ke hotel dah dekat pukul 3, maka jalan nak masuk ke hotel dah ditutup utk bagi laluan solat asar. Aku sebenarnya dah cuak.. alamak kena jalan kaki ke hotel ke.. bukan jauh sangat tp mengada2 kan.. letih berjalan.. Tetiba Mr Talal keluar dari kereta dan pergi nego dgn polis yg mnjalankan sekatan (gambar atas) yang menutup jalan masuk area masjidil haram.. Dengan mudah mamat polis tu buka je sekatan dan bagi kami masuk... huhu.. Pelik kami mcm dia kenal semua org dah boleh masuk ke mana2.. Agaknya dia ni ketua polis mekah ke.. hahaha..
Ok sehari berakhir dengan trip ke merata tempat... tapi aku ada satu hajat yang ingin aku laksanakan... memang nak sangat.. dan sangat berhajat... Kuharap dapat melaksanakannya keesokan harinya....
bersambung...
~mel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan