Isnin, 4 Januari 2016

Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 5 - Istanbul - Jeddah - Mekah)

Post ini bersambung dari post ini: Umrah Turki 15-28 Disember 2015 (Part 4 - Istanbul) 

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Aku sebenarnya dah lama berhajat untuk menunaikan umrah. Oleh sebab hampir setiap tahun aku ada keluar negara, hatiku aku merasa tidak puas bila aku belum dapat menunaikan satu kewajiban yang aku rasa aku berkemampuan melakukannya. Sejak dari tahun 2014 aku menyatakan hasrat kepada encik suami. Mula2 kami bercadang nak pergi bersama-sama dengan kakak aku sekeluarga, tapi asyik tunda jer.. so last2 kami decide untuk pergi sendiri. Bila kami dah decide nak pergi, kami bertanya kepada mak dan abah mentua kot2 mereka ada hajat nak pergi sekali, tak disangka2 mereka pun nak join. So jadilah kami berempat. Mula2 kami berhajat juga nak bawa ustaz kecil kami Aliff Zachary, tetapi encik suami terfikir keadaan abah yang tak berapa sihat, maka kami mengambil keputusan untuk bawa mak abah sahaja (tapi diorg sponsor sendiri la :P) sebab takut kami tak mampu nak menjaga budak dan org tua sekali gus sambil kami sendiri ingin beribadah.

Setelah kami breakfast dan checkout Hotel Hilton Garden Inn, Istanbul, kami berkumpul untuk ke airport Istanbul. Kami akan terus terbang ke Jeddah, maka semua diminta untuk berpakaian ihram terus. Kaum wanita senang sikit berbanding pakaian ihram orang lelaki. Org lelaki diminta tukar pakaian  di airport Istanbul.

Aku dan mak mentua di Hotel sebelum gerak ke airport.
Kumpulan wanita2 yang menyertai Umrah Turki melalui Intifada Travel di bawah guidance Ustaz Anzaruddin

Artatuk Airport, Istanbul
Apabila sampai di airport macam-macam hal pulak, jadi lambat. Urusan beg melambatkan kami terutama encik suami dan abah yang belum tukar pakaian ihram. Sedang kami nak masuk security untuk ke gate, tetiba Ustaz panggil encik suami keluar semula. Aku pun pening,takkan beg kami problem kot, rasanya tak mungkin ada yang bermasalah. So aku  guidelah mak dan abah ke gate dan nak tinggalkan encik suami. Mak mentua aku pulak risaukan anaknya.. nak tunggu juga anaknya takut anaknya tak jumpa gate.. :P . Terpaksalah aku menenangkan beliau dgn menyatakan kami dah banyak tempat/airport dah jelajah, insyaallah suamiku tu tahu mana nak cari gate. Aku terpaksa juga cakap abah mentuaku tak berapa biasa berjalan cepat, so kami memang kena start jalan dulu, takut tak sempat ke gate.. Akhirnya mak mentuaku menurut. Sesampai kat gate, nak masuk toilet lelaki utk abah mentua tukar pakaian ihram tak boleh sebab toilet cuci pulak. Saat itu encik suami muncul, dan dia cakap tukar pakaian dalam flight jer lah sebab takut lambat walaupun sure susah punya nak tukar pakaian dalam toilet flight yang sempit tu. Anyway... semua ini ujian2 awal semasa kami ingin memulakan perjalanan umrah. Encik suami cerita sebenarnya beg kami tak de masalah cuma ustaz nak minta masukkan barang ahli rombongan dalam beg kami tp xdapat juga sebab semua beg dah kunci dan kunci dipegang oleh dua org mem besar.. aku dan mak mentua :P

Tengah tunggu checkin barang di airport Istanbul
Selfie dengan mak mentua

Kesukaran juga rupanya kena naik tangga utk ke flight... memula kena naik bas.. kemudian naik tangga.. haihhh... kalau kat rumah memang abah mentua tak naik tingkat atas rumah, bermulalah dugaan beliau utk naik-naik tangga... 

Naik dalam flight pun kecoh bila mana jemaah2 Turki atau tempat lain kot yang tak biasa naik flight naik macam naik bas tak ikut seat no. Memang pening. Seat aku dah ada orang duduk. Terpaksalah aku bertegas bahawa aku nak duduk ditempat aku jugak. Buat2 tak reti bahasa. Last2 bangun juga orang tu duduk ditempat yang ditetapkan. Itu belum lagi ada penumpang yang dilihat tak nak duduk di atas kerusi tetapi nak duduk bersila di atas lantai flight.. aduss... really... 

Sebagaimana yang dibrief sebelum terbang, kami perlu niat umrah ketika di Miqat, Juhfah iaitu lebih kurang setengah jam sebelum sampai ke Jeddah. Hati berdebar-debar  sangat. Nak tidur takut terlepas walaupun duduk bersama-sama dengan ahli kumpulan yang sama2 akan berumrah. 

Skrin dalam flight yang menunjukkan dah nak sampai ke Juhfah
Waktu dalam flight aku menulis dalam notes iPhone aku:
Berdebar2 hati ini bila hendak sampai ke miqat (juhfah).. sesungguhnya terasa dekat aku denganNya.. terasa rindu menusuk hati, terasa hati meronta2.. ya allah.. aku dtg kepadaMu.. Rahmatilah aku.. berkatilah hidupku.. hati makin lama jadi makin sayu... Subhanallah...

Lebih kurang 10 minit lagi ke Juhfah..

Labaikkallahummalabaik... labbaikalasyarikalabbaik...
 Di Juhfah kami berniat ihram... Labbaikallahumma umratan... maka kami berada dalam ihram, banyak yang perlu dijaga...

Jeddah Airport

Akhirnya kami sampai ke Jeddah airport...

Kami menaiki bas untuk ke terminal. Yang kelakarnya entah mengapa pemandu bas yang membawa kami dari kapalterbang ke terminal tiba-tiba memberhentikan bas di tepi jalan dan duduk saja2 main telefon. Sehingga ada penumpang Arab yang marah2 baru dia jalan balik.. tapi slow2 dan bawa kami pusing2 merata. Gabra kami dibuatnya. Ingatkan nak kena kdnap... huhu..
 


Kat atas ni driver bas yang telah menakutkan kami sekejab.. tak tahulah apasal dia slow2 bawak bas tu.. :P . Walaubagaimanapun akhirnya kami sampai ke terminal Jeddah Airport. Orang nampak tak lah ramai sangat. Setelah beberapa ketika, kami start beratuq di kaunter immigresen. Di sinilah ujian besar. Walaupun tak ramai tapi kaunter immegresen di Airport Jeddah ni sangat slow. Dah kami beratuq elok2 tetiba mamat Arab kaunter tu cakap.. 5 minutes... lepas tu dia hilang berminit2.. adess.. dahlah nak mengabiskan sorang makan 1/2 jam sorang.

Alkisah setelah menunggu lama baru 3-4 orang yang lepas, barulah nak tiba turn kami berempat. Tiba2 muncul makcik2 dari negara India pulak kat belakang kami... dengan tak segan silu potong queue terus pi ke kaunter... ehhh... makcik2 ni biar benar. Tapi dihalau oleh mamat Arab kaunter suh beratuq. Aku pun dah naik temper.. aku depakan tangan tak bagi makcik2 tu potong. Aku cakap mak dan abah mentua aku pun tua dah tunggu lama... ko jgn pandai2 nak potong queue. Diorg tak faham bahasa inggeris. Tapi aku belasah jer..Bila time abah nak gi kaunter aku depa tangan tak bagi diorg lalu.. then depa tangan lagi bila turn mak mentua... tinggallah aku dengan encik suami... then aku tanya encik suami.. siapa nak dulu, aku ke dia... dia cakap dia nak dulu.. dia cakap dia takkan dapat kontrol makcik2 india tu kalau dia tinggal sorang... hahaha... so lepas mak selesai hubby gi dulu ke kaunter... so tinggallah aku dengan makcik2 angkat aku dari India tu.. :P

Haa... sempat aku selfie dengan makcik2 tu.. cer tengok betapa kecohnya diorang kat belakang aku.. memang tak reti nak beratuq.. gelak ahli kumpulan aku yang berbaris di kaunter sebelah tengok gelagat aku berselfie dgn makcik2 tu.. encik suami pulak mentang2 dia dah lepas, seronok ambik gambar aku dengan makcik2 tu... :P Anyway... akhirnya kami terlepas dari dugaan di kaunter immegresen airport Jeddah...


Tapi dugaan tidak berakhir begitu sahaja... rupa-rupanya ada ahli group yang terkandas lebih 2jam di kaunter immigresen akibat mamat Arab tinggalkan kaunter.. so ahli group terkandas.. kami pun terkandas jugalah selama beberapa jam di airport Jeddah... Bila bas sampai barulah kami dibawa dari jeddah terus ke Mekah yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Jangan lupa, kami telah dalam ihram jadi perlu menunaikan umrah pada malam itu juga... sampai ke hotel (Baity 5) dan pukul 11 malam lebih.. Kami diberi 2 pack nasi arab dan dua ketul ayam.. makan jelah tanpa rasa apa2.. badan dah letih, aku pun makan ala kadar jerlah.. nasi 2 pack tak habis kami 4 orang makan... Tak sempat nak rehat, terus sahaja kami turun ke bawah untuk berjumpa dengan ahli kumpulan bagi menunaikan umrah buat pertama kalinya....

Umrah
Pertama kali aku melihat Masjidil Haram, aku rasa macam dalam mimpi.. waktu pun memang dah larut malam/awal pagi. Untuk hubby, mak dan abah mungkin tak macam aku sangat kot sebab kesemua mereka pernah menunaikan haji dan umrah sebelum ini (Hubby dah haji masa umur 1 tahun :P). Cuma mungkin keadaan Masjidil Haram telah jauh berubah since mereka last time datang diawal abad ke 21 yang lalu. Kami terus ke tempat tawaf untuk memulakan tawaf umrah. Alhamdulillah kami tawaf di bahagian bawah iaitu mengelilingi Kaabah memandangkan hari telah pun larut. Walaubagaimanapun kelihatan manusia masih ramai. Aku berpegangan tangan dgn ibu mentua manakala encik suami berpegangan tangan dgn abah mentua. Sesungguhnya aku terpegun melihat Kaabah... Subhanallah.. tak dapat digambarkan perasaan waktu mengelilingi kaabah.. mata rasa tidak mahu lepas dari memandang kaabah.. namun terpaksa berjaga-jaga supaya mahu kiri sentiasa mengadap kaabah. Setiap kali memandang ke arah Multazam, hati bertekad aku perlu berdiri di hadapan multazam untuk berdoa... aku perlu.. aku perlu...
Setelah selesai tawaf, kami terus sai'e umrah. Keadaan tempat sa'ie memang sangat selesa.. bukan seperti waktu Siti Hajar berlari-lari anak mencari air untuk anaknya Ismail. Sesungguhnya aku memang rasa macam dalam mimpi. Hati berdoa dan bersyukur.. Ya Allah.. Terima Kasih atas nikmat yang diberikan padaku.. Keletihan langsung tak terasa walaupun semasa sa'ie telah menjangkau jam 3 pagi.
Tempat sa'ie dari Saffa dan Marwah. Hanya sedikit sahaja bukit Saffa dan marwah yang boleh dilihat sekarang ni.. Selesai bersa'ie, kami pun bertahulul. Encik suami kata, kita tunggu di sini sahajala sehingga subuh di sini... jadi kami berehat di satu sehingga subuh.





Setelah selesai subuh, baru kami keluar dari Masjidil Haram. Alhamdulillah selesai umrah kami. Aku merasa sedikit lega sebab akhirnya hasrat aku untuk menunaikan umrah tercapai. Namun baru satu perkara selesai.. ada lagi hasratku yang terpendam.. tak mengapa banyak hari lagi di Mekah dan Madinah...



Aku, encik suami, mak dan abah setelah selesai umrah. Alhamdulillah kagum juga dengan abah yang mampu melaksanakan umrah di awal pagi setelah perjalanan kami tanpa rehat dari Istanbul. Sesungguhnya tanah haram ini banyak keajaiabannya. Aku sendiri yang bukanlah sihat sangat, mendapat semangat dan kekuatan di tanah haram ini. Dan keajaiaban demi keajaiban yang kami lalui di sepanjang berada di sana...

Alhamdulillah selesai umrah kami yang pertama... <3>



bersambung....

~mel



Tiada ulasan:

Catat Ulasan