Ahad, 31 Januari 2016

Peti ais baru...

Encik hubby tak berapa lama dulu suggest utk beli peti as baru disebabkan peti ais rupanya dah agak buruk dan sebab dah agak lama ditakuti menyebabkan elektrik tinggi. Tapi disebabkan masih berfungsi lagi so kami tangguhkan. Tapi tula kan brg2 ni bila mula kita berhajat, dia startlah buat hal. Hari Jumaat aritu tiba2 keluar bunyi macam enjin kereta kat peti ais tu.. then freezer langsung tak berfungsi. Langsung tak sejuk brg2 dalam freezer.. aduhai... Bila aku godek2 malam tu, hilang bunyi mcm enjin kereta tu. Bila en hubby balik aku katakan terus.. esok kita kena cari peti ais baru ni.. mcm dah tak berapa nak ok peti ais sedia ada. So keesokan harinya (Sabtu) kami pun ke kedai elektrik utk dari peti ais. Jadi kami telah memilih peti ais di bawah.. jenama Samsung RT53H6330UT TMF with Digital Inverter, 620 L yang jauh lebih besar dari peti ais sedia ada dgn harga RM2239 (sale raya cina katanya - harga asal RM2639). Alhamdulillah order semalam, hari ni dah sampai peti ais tu. Teruja hati dapat peti ais besar gedabak.. warna dark purple.



Perkara yang aku nak bincangkan di sini adalah tentang kaedah pembelian peti ais ini sebenarnya. Aku seboleh2nya tak suka nak berhutang. Aku memang ada 3 jenis kredit kad dan boleh je nak guna kredit kad dlm membeli brg2 berharga ribu-riban ni. Kredit kad biasanya aku guna utk isi minyak sebab aku suka bubuh minyak full tank setiap minggu tp kalau bayar guna cash sukar nak anggar berapa utk full tank. Lagi satu kalau ke oversea, kredit kad perlu utk perkara2 di luar jangkaan atau tak cukup cash. Aku seboleh2nya tak guna kredit kad utk perkara2 tak perlu. 
 
Anyway, untuk beli peti ais batu kami ambil keputusan utk beli cash. Mana dapat cash banyak2 ni.. simpanan bank? Oh tidak! Ini yang aku namakan duit kutu suami isteri :P. Since kami mula2 kawen dulu aku ajak suamiku main kutu. Walaupun masa tu gaji tak seberapa, kami tetapkan kami perlu contribute certain amount utk 'duit kutu' kami. Tujuannya utk perkara-perkara terdesak yang tidak dirancang atau kot2 ada hajat nak beli perabut baru, tv baru dllg. Since hubby dah duduk jauh aku kesian juga sebab gaji dia banyak habis dijalanan. Walaubagaimanapun ada certain amount yang dia masukkan setiap bulan dalam akaun aku. Jadi bagi aku, sebagai isteri kita kena pandai uruskan kewangan rumah tangga.(Walaupun aku mengaku, aku agak boros dengan gaji aku sendiri :P). Tapi tidak dengan amount yg diperuntukkan oleh suami. Amount itu aku bahagikan kepada beberapa cabang termasuklah utk collection family day keluarga suami, sekolah eryna dan duit kutu kami suami isteri. Sebenarnya aku suka menyimpan tanpa sedar. So bila kejadian peti ais perlu beli dengan segera, aku ada certain amount 'duit kutu' suami isteri yang aku simpan bagi membolehkan peti ais dibeli tanpa berhutang atau menggunakan wang simpanan di bank.

Bagi aku sebenarnya seorang isteri ni perlu pandai mengurus. Kadang2 amount yang suami beri mungkin tidak banyak tapi sangat penting ianya digunakan/diurus dengan sebaik mungkin. Satu perkara yang diajar secara tidak langsung oleh encik suami ialah jgn beli perkara yg tak perlu terutama permainan untuk Eryna yang bukan-bukan, contohnya permainan harga RM2 atau seangkatan dengannya. Jadi sebenarnya kami tidak membiasakan Eryna dengan permaian sebegini. Walaupun ianya murah tapi sebenarnya wang tersebut jika digandakan bilangan pembeliannya akan menjadi amount yang yang lebih besar dari yang dijangka. Kami juga jarang membeli 'jajan'. Biasanya kalau membeli barang rumah aku suka membeli makanan yang lebih mengenyangkan. Perkara kecil2 ini sebenarnya banyak dapat membantu untuk penyimpanan wang yang lebih berkesan. Yang penting kadang2 kita sebagai isteri tak perlu pun bising2 pada suami yg kita ni menyimpan duit pemberiannya.. kita simpan je lah... bila diperlukan, mesti terbeliak bijik mata dia melihatkan betapa efektifnya si isteri menjaga hasil titik peluh dia.. :P
 
Ok itu saja nak cerita tentang peti ais yang baru dibeli.  Duit kutu suami isteri dah susut jadi perlu strategik planning utk mengumpul semula duit kutu suami isteri tu agar simpanan tetap tidak diusik jika berlaku kejadian tergempar begini. 

InsyaAllah.. moga dipermudahkan... 

~Mel


1 ulasan:

  1. Hello Blogger!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam