Post ini bersambung dari entry di bawah:
- From KL-Amsterdam-Madrid
- Madrid 1st Day
- Madrid - 1st day (contd)
- Madrid to Granada (day 2)
- Cortijo del Alcazar
- La Alhambra Part 1 (Day 3)
Kisah perjalanan kami adik beradik bersama suamiku dan isteri adikku diteruskan.. Setelah kami menjelajah AlHambra dengan kenangan manis di Cortijo de Alcazar.. kami bercadang ke Seville (atau Sevilla) untuk meneruskan penjelajahan jejak islam di Sepanyol. Sebelum ke Seville kami sempat mencari kedai makan halal di bandar Granada.. alhamdulillah ada kedai makan.. kami yg kelaparan makan kebab tak hengat dunia... Paling penting harga makanan di Granada tak mahal.. so sgt berbaloi dengan portion yg kami dapat.. kalau tak silap Euro5 untuk sepinggan kebab.. Dari Granada kami terus ke Seville di mana aku dah book apartment di sana.. huhu.. mujur betul apartment di tgh bandar Seville... :P Apartment tu ok la.. tp xdela direkemen sebab kemudahan dia tak berapa best.. so tak maulah mention kat sini.. :D
Mengisi minyak buat pertama kali setelah rent kereta... Utk rent kereta di sini mudah dan waktu kita ambil kereta biasa minyak mmg dah full jadi nanti bila nak pulangkan kena full jugak. Masa nak isi tu bila aku cakap nak isi full... org kat stesen minyak tu cakap..."janone??" sambil tangan tunjuk tanda penuh... then aku cakap.. "si!" hihi.. pandai dah aku cakap Spain... :P
Arah kiblat dalam bilik apartment kami. Kali ni kami duduk di apartment asing2.. dua org satu apartment.. Oleh sebab kami sampai pun dah malam.. encik hubby kepenatan drive dari Granada ke Seville terus tido... Bekalan makanan ada tapi air masak pulak takde , so aku ajak kakak2 aku pi kedai beli air kat bawah... Makan malam tu kami makan roti arab dan cili tuna.. roti arab tu aku beli kat kedai halal di Granada tempat kami makan before that..
Oleh sebab tak de apa2 aktiviti dan dah malam pun, kami terus zzz malam tu. Esoknya pagi2 kami dah checkout utk melawat bandar Seville. Sebelum nak checkout tetiba Digi roaming aku buat hal... tetiba dapat message aku guna lebih dari kredit limit.. line kena barr.. terkejut aku.. bulan lepas aku bayar bil lebih semata-mata sebab nak roaming ni.. takkan boleh kena bar.. dah la kami bergantung sepenuhnya pada telefon aku utk google maps.. dan sepatutnya Digi roaming hanya 56/day.. aku bayar beratus lebih bulan lepas.. kredit limit 600.. takkan kena barr.. tapi tak boleh nak buat apa.. pening sekejab.. mujur kami duk tgh bandar so tak de la clueless... Disebabkan hotel ada wifi, aku suh adik aku kat Msia topupkan telefon Celcom aku (prepaid) yg aku bawak sebagai spare.. kredit dlm fon aku tu ada 56++... dan dpt sms dari celcom kalau roaming guna Vodafone akan dapat 36/day.. aku suh adik aku topupkan lagi 100.. aku nak topup sendiri telefon digi dan xde line kena barr... So kredit celcom jadi 156++... So boleh ler guna celcom... Beberapa lama berjalan, tetiba celcom pun slow macam xjalan... check kredt semua 156++ ditelankan... yg ni mmg hampes..last2 dpt sms cakap aku xdpt roaming 36/day sebab aku tak guna vidafone... mmg hampess giler sebab aku tiga empat kali check dan make sure yg aku guna vodafone.. Kan penipu namanya Celcom tu... (Sampai sekarang aku tak halalkan duit aku kat celcom tu.. nak report malas.. huhu). Walaupun pagi2 aku dah stress dgn Digi dan celcom tapi last2 kami berjaya merentasi bandar seville... cuma aku xdapatlah nak check in 4sq ke, tweet ke.. sbbb xde internet... waaa... tapi masa tu mmg tension giler dgn telco malaysia.. esp celcom la.. Digi masa tu mmg pelik tp memikirkan hari tu hari ahad, so aku fikir may be ada penggunaan yg tak diconvert... tapi tula.. pengajaran jugak, jgn harap sgt kat telco msia ni.. tak berapa boleh diharap.. tapi ini forst time la since aku dok berjalan merata dunia, benda ni berlaku... Ok.. back to Seville..
Bandar Seville ni dibahagi dua oleh sebuah sungai besar yang bernama Guadalquivir River.. apartment kami di seberang bandar Seville. Oleh sebab kami sampai pun pagi, so tak de masalah nak park kereta. Kami park betul2 dengan tempat yang sesuai untuk melawat.
Tempat jalan-jalan yang pertama. Ada kota lama di situ...Then kami berjalan kaki ke tengah bandar Seville. Kedai-kedai pun belum buka lagi.. so kami jalan2 amik gambar... then tgh dok merayau2 tu terjumpa dengan seorang mamat Senegal yg promote kami utk naik tour bas.. Before that mmg ada minah spain sorang dah promote, kami tak mau... bila mamat ni promote, harga pun ok.. so kami pun beli lah tiket dari dia utk naik tour bus...hihihi..
Bergambar kenang-kenangan dengan mamat Senegal tu. Macam adik beradik pulak tiga orang lelaki tu kan... hehe... Sebelum nak naik tour bus... perut perlu diisi dulu, so kami tercari2 kedai utk makan. Mamat Senegal tu cakap kedai halal belum bukak tapi tunjuk beberapa kedai yg boleh makan, slah satunya Dunkin Donut. Disebabkan keperluan perut... dunkin donut pun boleh laa...
Rupa Encik hubby wakti makan Dunkin Donuts di Seville... yg geramnya si hubby ni suka betul loyar buruk.. bila tanya nak makan donut mana satu dia pilih yg budak2 kononnya nak tunjuka gambar kat eryna... bila dah beli mulalah dia komplen... dia main2 je tadi.. ish... geram betul.. Dahlah muka semacam nak mengabiskan donut tu.. :P
Bergambar di depan tour bas yang kami nak naik. Ada dua tour bas di sini.. satu warna merah dan satu warna hijau... bezanya mungkin pada route yang dilalui.. dan harga.. mungkin yg hijau ni bas lama sikit... tu sebab murah sikit kot.. :P .
Encik hubby bergaya depan bas... dia tak perasan kot ada umat2 kat atas tu bergambar bersama..:P
Beria nak bergambar atas bas la tu.. huhu... maklumlah first time naik bas dua tingkat sebagai pelancong... mesti ada gaya..
Entah apalah yang nak dicapainya tu... :D
Pengantin baru honeymoon atas bas.. :P
Amik gambar kami ke?
Punyalah panas naik bas ni.. walaupun waktu masih pagi.. so terpaksalah bukak payung yg sentiasa ada dlm henbeg aku... aku amik pengajaran dari pergi Romania dan Sydney.. hujan.. masa tu aku tak de payung.. di Romania terpaksa tumpang org sebab xjumpa kedai jual payung.. di Sydney aku singgah beli payung.. tula ha payung kat atas tu beli kat Sydney.. :P
Fatah & Nana
Cikgi Aziah & Cikgi Aezah
Melalui tour bus tu kami berjalan seluruh (lebih kurang laa) bandar Seville.. cuma yg tak bestnya kedai2 kat sini waktu summer ada time tertentu diorg bukak.. begitu juga shopping mall... so time kami pi ni hampir2 tengahari kedai semua kebanyakannya tutup kecuali kedai souvenir... Shopping mall besar pun tutup.. so kedai yg kami pi di Seville hanyalah sebuah kedai coklat dan kedai souvenir... Aku beli lah jugak coklat kat Seville ni.. tapi tak banyakla..
Basically di Seville kami melawat sekitar bandarayanya naik bas.. terlewat sikit sebab cari kedai dan cari toilet tp xjumpa... so lepas tu perjalanan ke Cordoba terlewat sikit atas sebab ahli rombongan terlama membeli cekelat.. dah ler drebar muka buat muka xhamsem.. huhu...
Dari Seville kami terus ke Cordoba tanpa lunch.. nak cepat. Tapi sebab tak de google maps.. memang kira redah betul jalan ke Cordoba tu...
To be Continued...
~mel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan