Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru.. Cikgu...

Aku selalu ceritakan cerita ini pada pelajar-pelajarku.. pelajar-pelajarku semuanya guru... kisah seorang guru yang sangat aku ingati, setiap hari suatu ketika dahulu beliau telah menjadi pemanduku membawa aku berulangalik ke sekolah, beliau juga guru Perdagangan aku di sekolah tersebut. Telah lama aku mencari beliau dan alhamdulillah saya berjaya berjumpa beliau pada Julai 2011. Paling mengharukan aku, beliau baru saja tamat belajar di USM pada waktu itu dan konvo pada Ogos 2011. Aku rasa sgt bangga kerana aku menjadi  tetamu yg mengiringi beliau dan isteri semasa konvokesyen beliau, aku berada dalam Dewan yg sama, memakai jubah konvo yg sama sbg akademician USM yg melihat guru kesayangan saya menerima segulung ijazah dalam usia 55 tahun. Detik itu sangat2 berharga. Untuk cikgu Mohd Zulkifli Mohamed.. Jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayat. SELAMAT HARI GURU, cikgu.. 

Me & cikgu zul selepas upacara konvokesyen

cikgu zul, isteri & me

Selamat Hari Guru buat semua guru-guruku... tanpa anda siapalah aku..

~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan