Isnin, 28 Mei 2012

Temuduga ISMP...


Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu lepas aku bertugas sebagai penemuduga bagi kemasukan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) IPTA Malaysia. Setiap tahun memang ini adalah tugas rutin bagi kami, cuma last year aku tak terlibat sebab aku ke New Zealand pada waktu temuduga tu dijalankan. Sebenarnya tugas sebagai penemuduga ni sangat menarik. Macam-macam ragam pelajar lepasan Matrikulasi/STPM yang aku jumpa. pada kali ini ramai yang datang dari luar bandar.. tak ramai anak orang berada.. tak kiralah Melayu ke.. China ke.. India ke.. Tugas kami adalah utk menemuduga dan pastikan calon-calon mempunyai kriteria yang ditetapkan untuk diterima masuk ke IPTA tempatan. Maksudnya aku menemuduga bukan utk calon USM semata-mata. Mana-mana IPTA yang ada menawarkan bidang perguruan akan ditemuduga di USM sekiranya mereka memilih USM sbg tempat temuduga.

Biasanya kalau hari first temuduga, ok lagi sebab aku tak berapa penat sgt lagi.. bila masuk hari ke dua dan ke tiga memang pinggang dah start sakit duduk sehari suntuk  di meja penemuduga. Yang menjadi kemusykilan aku waktu temuduga ni, ramai calon yang tak buat persiapan.. kalau nak pergi temuduga guru, at least mestilah tau siapa Menteri Pendidikan, Falsafah Pendidikan Malaysia.. dan apa2 yang berkaitan dengan perguruan.. Geram juga bila ada yang tak study.

Yang paling aku bengang, dari kesemua calon berbangsa China yang aku temuduga.. hanya seorang sahaja yang tahu menyanyikan Negaraku!! Dan kesemua TIDAK TAHU RUKUN NEGARA. Geram betul aku. Aku bukan rasis tapi bila dah macam ni aku rasa nak hantar mereka semua balik negara laa.. Aku rasa kalau suruh mamat bangla yang kerja kat kedai Nasi Kandar tu nyanyi negaraku mesti derang boleh nyanyi. Kat sekolah dulu derang tak nyanyi negaraku ke hari Isnin time perhimpunan? Aku rasa cikgu2 kena ambil perhatian ni.. sebab calon2 ni bukan semua dari SMJKC.. ada juga dari SMK tp tak tau nyanyi negaraku. Macam derang ni bukan warganegara pulak!

Tentang calon-calon melayu pulak, obses dengan hiburan!! Bila ditanya isu semasa di akhbar atau tv tak tau. Dan bila tanya apa yg awak tengok di TV atau baca suratkhabar... HIBURAN. Ada sorang minah ni.. dia cakap baca tang hiburan jer..so aku tanya apa yg terkini dlm hiburan.. dia cakap pasal Aaron Aziz xleh masuk ABPH sebab bukan warganegara ke hape... ya Allah.. aku mmg tak tau pasal tu.. pastu tanya lagi berita semasa awak tak tau ke.. errr.. katanya pasal Perhimpunan BERSIH! Aku tanya apa yang awak tahu tentang perhimpuan bersih? Dia cakap pembangkang ingin merampas kuasa kerajaan!! Mengeleng kepala aku.. memang out betul! Nampak sgt tak tau perkembangan semasa.. tak tau mengolah.. Sedih aku bila anak-anak melayu jadi macam ni... Inilah jadinya bila hiburan menjadi tonggak kehidupan..

Ada banyak juga yang baik aku jumpa.. alhamdulillah.. semoga mereka-mereka yang terpilih akan menjadi guru yang mampu mendidik anak bangsa ke arah jasmani, emosi, rohani dan intelek yang cemerlang untuk dunia dan akhirat... Insyaallah..

~mel


Tiada ulasan:

Catat Ulasan