Logistik Aktiviti
Tajuk Aktiviti : Transit Planet Zuhrah 2012
Tarikh : 6 Jun 2012
Masa : 7.30 pagi – 1 petang
Tempat : Universiti Sains Malaysia
Deskripsi Aktiviti(BM) :
Planet Zuhrah akan muncul merentasi matahari pada 6 Jun 2012. Pastikan anda tidak terlepas pengalaman ini untuk menyaksikan Peristiwa Transit Planet Zuhrah kerana ia hanya dapat dilihar dua kali seumur hidup.Peristiwa seumpama ini pernah berlaku pada 8 Jun 2004 dan pada 6 Jun 2012 merupakan detik
sejarah yang terakhir untuk abad ini. Peristiwa astronomi ini sangat
penting dan ia jarang berlaku. Ia dapat dilihat di sebahagian besar negara di dunia termasuklah Malaysia iaitu pada pagi Rabu, selepas matahari terbit pada jam 7.12 pagi di Pulau Pinang. Satu
titik hitam bulat iaitu planet Zuhrah akan dilihat merentasi cakera
matahari secara perlahan-lahan selama 6 jam. Peristiwa seumpama ini akan berlaku kembali pada abad yang akan datang sepertimana yang dijangkakan pada Disember 2117 !!!
JOM TENGOK!! JANGAN LUPA!
~mel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan