Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Ahad, 13 Mei 2012

Family Day Out...

Pagi2 tadi kami dah keluar.. ada beberapa agenda yang ingin disempurnakan.. mula2 cam pening nak pergi mana..then hubby cadangkan ke Kompleks Bukit Jambul sebab semua yg kami nak cari ada di sana.. so, mula2 bersarapan di Kedai Roti canai dan nasi lemak dekat2 dengan rumah..then kami menyeberang jambatan ke pulau.. sampai2 dalam pukul 10..so kami expect kedai2 dlm KBJ tu belum buka.. so hubby terus drive ke area Batu Maung utk melihat pembinaan jambatan kedua.. menarik juga! Bukan senang nak tgk view sebuah jambatan yg besar & pjg dlm pembinaan...

View yang sangat cantik... 

Itu dia jambatan sedang dlm pembinaan... ada nmpk cam kapal & bot yg digunakan dalam pembinaan..
@aliffzachary syok bergambar tepi pantai..

Cantik gak view ni..


Me, Hubby & Yina...

Lepas lepak2 kejab kat tepi pantai ni barulah kami ke KBJ. Di KBJ kami ke kedai utk beli barang aku kejab. Then tetiba hubby cakap jom naik atas.. kat atas ada panggung wayang LTS (kalau tak silap namanya).. so kami tetiba decide nak tgk The Avengers pukul 12.15 tghari..huhu.. tak sia2 tgk.. ceritanya agak best jugak.. teringatkan cerita2 best2 masa kecik2 dulu.. ada Hulk la.. ada Iron Man laa.. ada Captain America la.. huhu.. mmg best.. Eryna pun baik pulak tu.. first time bawak eryna tgk movie.. dan dia tgk sama.. bila dah boring eryna tido.. so xdela kacau atau menangis dalam movie.. huhu... After tgk movie.. kami terus ke Mydin.. sebenarnya mmg hajat nak ke Mydin beli barang rumah... So merayau la pulak di Mydin..  Dah membeli belah di Mydin.. perut pun dah lapar.. kami pun singgah food court.. makan ayam penyet.. harganya RM8.90 satu set.. ayam dia sgt besar + ada tembikai 2 potong juga utk cuci mulut..

Makan sepinggan dengan cik eryna mmg berterabur merata2..

Me and budak comot yg menumpahkan nasi dimerata tempat!! 

After dah abis makan, hubby tetiba cakap dia nak gi masuk Mydin semula.. so dia pergila sorang2.. rupa2nya dia nak beli coklat utk mommy... hihi.. coklat Hari Ibu rupanya.. :)

Ni dia coklatnya.. 

TQ my dearest hubby.. walaupun ada org cakap.. hari2 merupakan hari ibu tp kadang2 ingatan di hari ibu ni sgt membuat seorang ibu itu gembira.. tak perlu mende2 mahal.. yg penting ingatan dan perasaan kasih sayang yg ditunjukkan.... 

Alhamdulillah kami dah sampai rumah... penat berjalan2.. first time parking di KBJ mencecah 5 jam.. huhu..lamanya..  

Selamat Hari Ibu buat mak mak di luar sana..  salamzzz..

~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan