Khamis, 23 Mei 2024

Mardhiyah Hotel and Suites, Shah Alam

Semasa diminitkan untuk menghadiri bengkel di Mardhiyah Hotel and Suites, Shah Alam, agak reluctant sebab malas nak drive ke Shah Alam. Bukanlah malas apa, sebab keesokan harinya ada mesyuara Lemabaga Pengarah UPSI Holdings di Zenith Putrajaya, maka akan beberapa hari tidak pulang ke rumah memandangkan weekend balik ke Penang. Namun begitu demi tugas aku teruskan. 

Bila tengok nama hotel ni macam sangat asing, macam tak pernah pergi walau selalu je ke Shah Alam dan tinggal di hotel-hotel di sana. Perjalanan dari Putrajaya ke Shah Alam tidaklah sukar, dan tiada jalan yang belit-belit. Just ikut sahaja waze, insyaallah boleh sampai kurang dari 50 minit. Aku memang mengharapkan waze untuk ke mana-mana dalam KL sebab memang jalan agak bersimpang siur. Kalau dulu di Penang aku hanya drive dari rumah ke tempat kerja memandangkan suami ada.. sekarang apabila hidup bersendirian memang aku kena survive dan memberanikan diri untuk explore ke mana-mana yang diperlukan. 

Berbalik kepada Mardhiyah Hotel and Suites, Shah Alam.. rupa-rupanya sebelum ini ia adalah Grand Blue Wave Hotel. Seiring dengan namanya yang baru, hotel ini adalah hotel patuh syariah.. which made me feel at ease bila tinggal di sana. Sampai-sampai je ke tempat parking, dan keluar dari pintu kereta.. terus kedengaran zikir berkumandangan di ruangan parking. Alhamdulillah. Jarang sekali jumpa hotel yang sebegini.. hotel lain yang biasa aku jumpa seperti ini adalah Hotel Tamu, Kampung Baru.


Aku memang selalu teruja kalau dapat tinggal di hotel sebegini. Makan pun tiba-tiba jadi selera, bukan apa makan kat sini memang agak sedap juga. Bengkel juga berjalan lancar. Bengkel yang di urusetiakan oleh jabatan alam sekitar, NRE, menjemput kami dari Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan sebagai kolaborator. Alhamdulillah berjalan lancar semuanya.  

Salah seorang staf Jabatan Pendidikan Tinggi adalah Azreen dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Seorang staf baharu yang dihantar oleh Ketua Pengarah.. bila berborak dengan beliau, rumahnya kami tinggal di apartment yang sama, dia di tingkat 32 dan aku ditingkat 16. So aku dah ada kawan satu apartment. Dia juga merupakan bekas pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, dalam jurusan yang pernah aku ajar. So, adalah persamaan di situ.

Dia ada cakap, aku tak macam pengarah lain.. pengarah lain garang-garang.. aku ni lepak je dengan staf. Ramai yang teringin nak apply masuk bahagian aku. Sebenarnya aku memang bagitau aku.. aku memang lepak jer, aku takde level.. boleh berkawan dengan semua orang.. dengan syarat kerja perlu buat dengan betul dan minimisekan kesilapan. Bila kerja aku hendak mereka kerja betul-betul.. hormat aku sebagai boss tanpa melampaui batas... setelah semua berlaku, aku boleh berkawan dengan mereka dan treat mereka as friend. Jangan over sudah...

Aku dan Azreen. Muda lagi budak ni..


Seteleah selesai bengkel di Mardhiyah Hotel (tinggal semalaman di sana), aku terus ke Zenith Putrajaya untuk meneruskan tugas sebagai ahli Lembaga Pengarah, UPSI Holdings. 

Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepadaku untuk menggalas amanah yang diberikan kepadaku.. InsyaAllah... Amin..

~MEL

23/5/2024

 

Selasa, 14 Mei 2024

Sesak dengan Dugaan..

Hari ini aku rasa sesak sekali.. rasa macam bertimpa-timpa dugaan. Goyah hati tapi aku kuatkan juga.. sesekali menitis airmata juga.. tapi aku telan saja. Aku rasa macam sampai tahap this is too much.. tapi aku ishtighfar banyak-banyak..

Aku nak cerita tentang kena scam... nantilah. Kepala berat. Hari ni aku sepatutnya MC.. memanglah MC, tapi aku ada flight balik ke KL. So lepas bfast di Restoran Idaman, encik suami hantar aku balik. TQ. Aku memang sebenarnya rasa tak sihat sangat.. lain effect injection kali ni. Sakit kepala, sakit dalam mata.. entahlah.. aku rasa bersalah bila aku tak dapat memasak bila balik.. tapi aku tak mampu buat apa-apa. Sampai airport aku masuk dalam Golden Lounge hanya untuk berehat. Memang tersandar! Mujur flight on-time.

Sampai KLIA, naik erl ke Putrajaya Sentral dan ambil grab ke apartment aku. Bila sampai aku teringat aku perlu ke Management Office untuk selesaikan satu problem. Kalau ada peluang aku akan cerita tentang ni nanti. Disebabkan perkara ini aku patutnya berhajat nak ke Balai Polis buat report. Bila aku dah simpan beg di rumah, aku pun ke level 6 utk ambil kereta. Nak on kereta tak boleh. Aku dah panik. Since aku pakai beberapa biji kereta tak pernah lagi jadi begini. Kereta baru 7 bulan, mialeage baru 5700.. takkan bateri kong. Tanya husband pun hanya boleh buka kunci tapi kereta tak boleh on. Last-last aku call Honda Assist..  dalam sejam datanglah seorang mekanik. Berpeluh-peluh dan sakit kepala aku tunggu beliau di lobi. Tanpa rehat aku since balik dari Penang, bawa dia ke parking untuk jump start kereta. Dia cakap bateri drain habis.. tak tau kenapa, dan tidak logik. Setelah kereta start katanya kena bawa kereta pusing-pusing at least 20 minit dan jangan tutup sebab nanti mati lagi..Aku dahla penat, nak pergi mana? 
 
Dia suggest aku terus ke Hinda Servis Centre. Servis Centre yang paling dekat adalah di Bangi. Aku pernah pergi sekali  untuk servis kali pertama. danri rumah aku 30 minit perjalanannya. By the way, petang aku perlu pergi ke Melaka sebab esok aku kena beri taklimat di UTeM. Fikir-fikir aku kena pergi juga, tak yakin untuk aku drive ke Melaka sorang-sorang dengan kereta tak tau punca bateri drain. Aku terus ke Bangi, Global Amity Honda Service Centre. Mula-mula orang yang bertugas tu cakap..kena tinggal kereta kak sebab kami nak tengok bateri tu sebenarnya apa masalahnya.

Serious aku terus bingung. Aku dahla sendirian kat sini. Kalau kereta nak kena tinggal aku nak bergerak macam mana. Aku really rasa nak menangis. Aku cakap kat mamat tu.. boleh ke check dulu kot-kot tak perlu tinggal. Aku mmg dah tak tau nak buat apa.. 😭😭. Dia cakap ok dia check dulu dan minta aku tunggu. Sambil menunggu aku call PA aku.. aku cakap kat dia aku ada masalah.. aku macam tak dapat drive ke Melaka. Aku minta dia tanyakan driver, kalau tak dapat petang ini, minta driver hantar aku ke UTeM awal-awal pagi esok. Dia cakap ok, dia akan tanyakan. Tak lama lepas tu dia call aku semula cakap dia dapat driver jabatan untuk aku pagi-pagi esok, bermakna lepas Subuh kena gerak ke Melaka. Aku cakap ok. Then dia tanya, Dr nak balik naik apa ni kalau kereta kena tinggal? Aku cakap entahla.. aku naik grablah kot. By the way, servis centre ni kat kawasan kilang... seingat aku memang aku redah cari servis centre ni dulu... so aku macam.. ada ke grab kat sini agaknya. Then PA aku cakap.. tak pe Dr. saya pergi ambil Dr lah kat situ... Dr tunggu jer.. nak berderai airmata.. sebenarnya ada orang yg boleh tolong aku.. walaupun dalam hati aku.. tuhan saja yang tau.. aku rasa clueless sgt.  Aku cakap kat PA aku, ok apa-apa nanti aku update kepada dia. Bila mamat tu datang dia bawa sekeping kertas.. dia cakap.. kak... saya tak taula.. bateri akak ok sangat lagi. Tak tau sebab apa dia drain. tapi saya dah check dan off kereta dan boleh on semula, no problem. Mungkin katanya sebab lama tak guna. Aku rasa macam tak logik tapi sebab aku memang dah letih aku iyakan saja. Aku cakap kat mamat tu, mekanik yang awal datang tu cakap mungkin sebab dash-cam yang drainkan bateri.. bila mamat tu check, dia cakap dash-cam aku memang Honda verified so memang bukan punca drain. So dia cakap memang ok dah kereta aku. Aku beberapa kali tanya kat dia, betul ke.. dia cakap betul.. InsyaAllh.

So sebenarnya aku tak tahu kenapa. Settle semua dalam 3.30 petang. Aku belum zohor, belum makan. Aku doa agar aku sempat balik rumah untuk zohor dan makan. Punya aku pening sampai aku tak sedar yang aku lapar. Aku drive balik ke Cyberjaya. Hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya... Allahu.. dengan mata yang masih kelabu... hujan lebat dengan petir dan guruh.. goyah sungguh aku. Kalau mata ok, tidaklah aku goyah sebegitu... Alhamdulillah sampai juga dalam menggigil ketakutan sendiri...

Sampai rumah aku cepat-cepat masak nasi.. ambil air sembahyang dan solat. Tarik nafas panjang-panjang sambil tunggu asar yang pada masa itu lagi 8 minit. Tak sempat rehat lepas asar goreng telur mata lembu, goreng ikan bilis dengan bawang dan cili.. tabur kicap dan makan. Alhamdulillah.. Namun aku perlu cepat.. aku perlu sampai Melaka sebelum gelap. Aku memang tak boleh memandu di waktu gelap especially tempat aku yang tak biasa.. tapi hujan masih lebat. Aku kemas brg untuk esok, apa yang ada je la,, bila hujan nampak reda sikit aku start gerak.. itupun dekat 5.30 dah.. aku tawakkal.. ya sesungguhnya tawakkal... dalam perjalanan hujan tiba-tiba lebat semula... Hanya kepada Allah aku bergantung harap...


Akhirnya aku sampai ke MITC Hotel Melaka. Mujur hotel tak jauh dari tol. Sampai-sampai dapat bilik tingkat 7... nak buka pintu bilik tak boleh... Sabar--sabar... aku turun... pekerja di kaunter tukar kad. Ok.. ingat dah settle.. naik sekali lagi ke atas.. tak boleh juga... memang rasa nak meraung kat situ... Ya Allah.. aku penat.. Allahuakbar.. dugaan apa hari ini... Aku pergi ke bilik sebelah.. lantaklah aku perlu test kad tu.. eh di bilik sebelah ia berbunyi.. di bilik aku tiada apa-apa bunyi atau lampu yg keluar... aku test kat bilik lain pun berbunyi... aku turun lagi.. cakap kat kaunter tu.. pintu yg rosak.. bukan kad.. masa tu aku mmg dah nak naik darah... aku cakap aku penat.. dah la drive dari jauh.. bilik turun naik tak boleh buka.. then dia minta aku tunggu di bawah. Aku just duduk lepak kat lobi sampai settle...

Akhirnya dapat masuk bilik.. Ingatkan dah settle... bilik tiada iron.. kena pergi iron baju untuk esok di korridor.. Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur dengan segala dugaanMU... Siapalah aku untuk mengeluh akan segala dugaan ini... terlalu banyak nikmat yang telah Kau berikan...


~Mel - Bingung...

Isnin, 13 Mei 2024

Coretan..

 I haven’t been good sejak akhir² ini.. especially berkaitan kesihatan mata yang makin meruncing. Since last year I can say that aku dah berbelanja hampir RM20k just untuk mengubat mataku yang dah beberapa 2 kali pecah blood vessel.. kiri dan kanan.. walaupun nampak aku kuat sebenarnya aku tak sekuat mana pun. Aku amat bersyukur.. Allah berikan rezeki kepadaku supaya aku mampu tanggung semua ini.. 

Kadang² hati ada rasa tersinggung.. sedih.. tapi much better untuk aku pendam sahaja.. Aku cuba kuatkan diri.. melupakan apa yang aku tanggung.. melupakan apa yang aku rasa.. sibukkan diri dgn pelbagai perkara..

Latest blood vessel mata kanan pecah waktu bermesyuarat dibulan puasa. Terpaksa aku menyerah diri ke Oasis Eye Specialist. Memang mahal.. tapi aku tiada pilihan. Bila check, doktor menyatakan mmg betul sangkaan aku, blood vessel mata kanan pecah. Akibatnya mata kanan aku kabur. Aku langsung tak boleh drive malam sebab aku tak dapat nak bezakan jalan yg ada di hadapanku. Teringat aku hampir terbabas ketika aku dlm perjalanan balik dari UPSI ke Putrajaya Sentral sebelum Subuh kerana aku ada flight balik Penang. Menggigil aku sekejab.. lepas itu aku tak berani langsung nak drive waktu gelap. 

Then, setelah jumpa doktor, doktor cakap kena inject ubat ke dua belah mata sebab mata kiri juga ada risk utk burst blood vessel. So double injection. Kos pertama ini RM3660 untuk dua belah mata. Aku redho jer.. tak bermakna ada duit kalau mata tak nampak… Cuma aku rasa masa proses untuk injection aku sebenarnya ketakutan.. Ya Allah aku takut, cuma aku kuatkan hati. Cuba bayangkan biji mata dicucuk dengan jarum untuk masukkan ubat… walaupun semasa proses tu tidak sakit.. tapi horrornya aku simpan dlm hati. Selepas injection, kedua mata jadi kabur… tak tahan melihat cahaya.. nak berjalan pun aku rasa goyah.. aku tak boleh bezakan sama ada ada tangga aku tidak di hadapanku.. semua nampak rata sahaja..  Tapi aku perlu kuat untuk diriku sendiri.. 

Sampai rumah.. kepala ku jadi sakit.. kejab² rasa sakit mata.. utk melegakan perasaan aku tidur sahaja. Doktor tak benarkan memasak. Aku tak tau kenapa.. tapi aku ikut jela.. 

Selepas raya, 30/4 aku hadir lagi utk sesi laser.. sesi yg sangat aku takut. Sakitnya Allah saja yang tahu. Setakat satu mata aku dah menangis… apa lagi dua biji mata..sengsara dia Allah saja yg tahu. Dalam hati aku berdoa kepada Allah.. kalau kesakitan ini dapat menghapuskan segala dosa² ku.. aku redho ya Allah…Impak laser mmg teruk. Doktor telah tahu aku mmg takut dengan laser. Lantas utk laser beliau tidak charge consultansy.. hanya RM650 dikenakan padaku untuk dua mata.. berbanding RM1400 untuk laser sebiji mata tahun lepas. Namun begitu.. teringat sakit laser ini rasa macam nak pecah otak.. sekali teringat sekali aku mengalirkan airmata.. Menangis sendirian dah macam jadi agenda hidup aku.. sebab aku tak mahu org tahu betapa sakitnya diriku ini. I try to be strong 😭😭.. tapi Allah saja yang tahu apa dalam hatiku. Walau sakit aku cuba buat biasa.. 

Sesi ketiga..  11 Mei.. injection lagi untuk kedua belah mata. Doktor beri MC beberapa hari.. tapi aku terpaksa bekerja juga sebab aku ada komitmen USM. Mujur ada pembantu. Aku jarang tunjuk aku sakit kalau aku tidak benar² sakit. Hari ni aku rasa kepala aku sakit.. mata kiri aku kejab² rasa sakit.. sakit dia macam dari sakit gigi, mata, kepala.. 

Dalam keadaan macam ni sentiasa teringatkan arwah mak.. aku ni anak mak yg banyak mewarisi sakit arwah mak..  aku dpt bayangkan sengsara mak satu ketika dahulu.. cuma aku bersyukur aku dikurniakan rezeki untuk berkenalan dengan bijak pandai yang memandu aku ke arah kaedah perubatan yg betul.. InsyaAllah.. Duit? Biarlah.. Moga Allah sentiasa memurahkan rezeki untukku bagi mengubati diri sendiri.. dan semoga aku dimurahkan rezeki untuk membantu insan lain..  

Semoga Allah ampunkan dosa² ku dengan dugaan dan ujian ini..


-Mel