Jumaat, 7 Mei 2010
Today..
Hari ni pagi2 aku drive ke GH Penang utk fortnighly check-ups. Aku tak boleh ke klinik biasa coz ada problem, so terpaksalah ke GH utk check-ups. Selalunya mmg habis setengah hari aku kat sana. Jumpa doktor kejab jer.. tapi proses menunggu tu memakan masa.. Apa nak buat.. terpaksala.. Biasanya kalau pergi checkups ni mmg aku gi sorang, bukan tak mo ajak hubby tapi buat memenuhkan klinik jer dgn kehadiran kaum adam ni.. Kekadang geram gak bila ada suami2 yg mengikut tu tak reti2 nak bagi kaum ibu yg sedang sarat utk duduk.. derang boleh selamba jer buat tak tau bila kaum ibu terpaksa berdiri tunggu turn.. sakit mata aku menengoknyer..
On the way masa tgh drive ke GH tu, biasala radio terpasang.. hari ni ada slot khas utk ibu.. sempena hari ibu.. Ada macam2 cerita yg aku dengar, kebetulan jalan pulak agak jem pagi ni.. sambil2 dengar tu teringatlah pulak kat arwah ibuku.. Sedih pulak.. Teringat last year adalah kali terakhir aku mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada arwah ibuku... pada 10/5/09. Pada hari tu aku hantar sms pada arwah ibu dan wish Selamat Hari Ibu serta cakap kat arwah ibu.. i love her very much.. Dan dia balas.. Thank you for the wish, i love u so much too.. Masa tu aku tak menyangka that was the last time aku berpeluang ucapkan ucapan tersebut pada ibuku.. Sebab dua bulan selepas tu ibu pergi buat selama-lamanya..
Hari ini.. bila dengar ucapan2 hari ibu kat radio.. aku sudah mampu tersenyum.. bukan senyum apa.. just at least.. aku sempat menyatakan pada arwah ibuku yang aku menyayangi dia sebelum pemergiannya buat selama2nya. Dan dia juga sempat menyatakan sayangnya pada aku sebelum dia pergi.. sms dari arwah masih aku simpan hingga kini.. dan amat aku hargainya.. mujurlah time tu aku dah guna iPhone.. so xdela kena delete apa2 sms kan..
Walaupun hari ini aku still ada rasa sedih tapi bila hari ini teringatkan hari ibu tahun lepas.. aku tetiba rasa lega.. alhamdulillah.. aku sempat meluahkan rasa sayangku pada arwah ibuku.. dan dari jawapannya aku tahu dia gembira dgn ucapan itu.. Hari ini aku rasa syukur sangat...
So.. buat teman2 yg masih ada ibu dan bapa.. jgn lupa ucapkan pada parents anda.. betapa pentingnya mereka dalam hidup anda.. dan betapa sayangnya anda pada mereka.. jgn kedekut dgn perkataan sayang.. sebab hati yg gundah gulana akan terubat dgn sepatah perkataan itu..
Lastly.. Selamat Hari Ibu utk semua ibu2 di luar sana.. Pengorbanan kalian tak tenilai oleh kata2.. hanya Allah yg mampu membalasnya..
~mel
ada org jeling2 dari sebelah time aku menulis blog ni.. huhu.. curious je dia sbb aku cakap nak tulis sedih2.. :P
Rabu, 5 Mei 2010
Pokok Cendawan..
Lawanya pokok cendawan ni.. Tapi sygnya tersembunyi di belakang pasu
hiasan besar. Bila tgk betul2 baru nampak kewujudannya...
~mel
Tgh tunggu giliran jd penilai viva student.. Lambatla pulak org kt dlm
bilik viva ni..
Wakaf..
Aku selalu lepak kt wakaf ni.. Letaknya di depan Masjid USM.. Biasanya
aku lepak sini time menunggu hubby @fullfilth solat zohor di masjid.
Bagi aku wakaf ni amat istimewa.. Perletakannya yg amat strategik
menyebabkan walau hari panas membahang sekalipun.. Angin sepoi2 bahasa
yg menenangkan sentiasa dirasai.. Tadi aku mmg rasa panas sgt.. Bila
duk kat wakaf ni rasa best & tenang.. Hilang rasa panas tadi.. Kalau
bandingkab keredupan wakaf ni dgn suasana bangunan Eureka yg terletak
di hadapan masjid ni, mmg jauh berbeza.. Eureka nmpk panas sgt3.. Di
sini.. Rasa segar jer..
Mungkin inilah keistimewaan wakaf di perkarangan masjid ni.. Bisa
menenangkan dan menyegarkan segala2nya...
~Mel

