Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Jumaat, 2 September 2011

Aidilfitri...

Tahun ini kami berhari raya bersama adik beradikku di rumah my sister di Bandar Bera, Pahang. Perancangan hari raya telah berjalan beberapa bulan lalu di mana adik beradik perempuan semuanya memakai baju raya kain tenun yg ditempah khas di Kelantan.. Tema raya tahun ini nampaknya jadi purple/pink & hijau.. Kami ke sana pada hari Ahad utk sama2 melakukan persiapan raya.. On the last day of puasa masing2 tak larat nak basuh pinggan.. so last2 kami decide pakai pinggan pakai buang aje.. huhu...siapa yg nak pakai pinggan cantik..sila basuh sendiri yaa!!

Di hari raya pertama, after solat raya kami berkumpul bersama2 adik beradik.. upacara salam2.. bagi2 duit raya & bergambar.. gambar semua dlm kamera, belum download.. huhu.. After that kami ke kubur arwah bonda dan ayahanda.. Seperti biasa my brother yg mengepalai bacaan tahlil utk kedua arwah.. alhamdulillah..


My brother (berbaju hijau) yg sedang mengetuai tahlil & my brother in law.. suamiku @fullfilth berbaju purple.. and my other brother berbaju hijau... di pusara arwah bonda..


Suasana di pusara arwah ayahanda ketika bacaan tahlil..


@aliffzachary mengikuti bacaan tahlil dgn khusyuk.. alhamdulillah..


Berhari raya di rumah peninggalan arwah ayahanda yg kini disewa.. (bukan gi kutip sewa tau!!)

Berhari raya di rumah sepupu...

Di rumah sepupu lagi..


@amirulzahid menangis teresak2 di pusara arwah bonda.. beliau adalah cucu kesayangan arwah bonda... mungkin kesedihan kerana arwah bonda pergi sewaktu beliau tiada di sini.. Esakan beliau menyebabkan semua yg ada di pusara bonda dan ayahanda menitiskan airmata... :'( We miss them soo much too...

Hari raya kali ini telah berlalu... dua hari suntuk bersama adik beradikku kami habiskan dgn berhari raya di rumah saudara mara dan sahabat handai.. maklumla.. kami anak yatim piatu.. kalau bukan kami.. siapa lagi yg akan menyambungkan silaturrahim antara kami dan kaum kerabat yg lain... Upacara begini kami jalankan dua tahun sekali.. tahun depan giliran beraya di rumah mentua... walaupun kami dah tiada org tua.. tp kami perlu ada giliran ini untuk merapatkan silaturrahim antara kami adik beradik... insyaallah...

~mel
Salam Aidil Fitri.. Maaf Zahir Batin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan