Khamis, 12 April 2012

Tak sabar-sabar...

Semalam kan cuti.. jadi awal2 pagi aku dah ajak hubby ke Tesco, barang2 rumah mmg dah susut abis.. beras pun xcukup dah nak masak.. so mmg kritikal nak kena beli barang.. Before ke Tesco kami breakfast kat Kedai Roti Canai Terbang... tak taulah apasal nama kedai tu cam tu.. tp memeng sedap roti canai dia.. roti canai melayu mmg senang nak cari kat seberang Perai ni.. kalau di pulau.. mmg susah betul nak cari.. After breakfast kami terus ke Tesco.. beli barang separuh troli.. then keluar... Keluar2 dari tesco tgk ada satu gerai promosi mesin jahit singer... wahh... mestilah berenti kan! Tengok2 kat situ ada mesin jahit tepi tp 3 benang... aku xmo 3 benang tp nak 4 benang.. lama dah teringin ni.. pasal mesin jahit tepi aku kat umah tu dah uzur sesangat... aku beli pun dah lama.. jahitan pun ntah ape2 je dah sebab ada part yg dah hilang/patah.


Bila tanya kat mamat gerai tu.. dia tunjuk ada yg 4 benang.. aku sangat suka hati. Incik hubby mmg menyokong (tp dgn syarat yg lama mesti di let-go).. So aku pun mengorderlah mesin jahit tepi Singer seperti di bawah. Harga RM1345.. boleh cash atau hutang. Kalau xmo hutang bulan2 boleh bayar 4 kali without interest! Ok yang ni aku suka. Memula aku fikir nak bayar cash je la.. aku mmg tak suka nak hutang2 ni.. hutang pada yg terpaksa je cam rumah, kereta.. yg lain tak boleh! Tapi bila dia offer tak de interest.. aku fikir ok la bayar 4 kali dalam RM342 sebulan. Kalau ada duit terpijak kat mana2 aku bayar je lah perabih.. sebab aku selalunya malas nak fikir.. huhu... So smlm aku bayar deposit terus masa tu RM350.. then insyaallah hari ni atau esok diorg hantar kat rumah sambil tunjuk cara nak guna.... heeiii aku tak sabar2 dah rasanya.. :D


Singer 14N655

Features
Two needles, 4-thread overlock machine
Maximum speed: 1,250 s.p.m.
Maximum stitch width (mm): 7.0
Maximum stitch length (mm): 4.0
Needle Cat no.: 2020
For safety, power will be cut-off when front cover is opened
Suitable for T-shirt sewing

lepas ni harap2 la semangatla semula nak menjahit... hubby dah mintak suh jahitkan jubah utk dia ke surau.. insyaallah...

Anyway.. ada sedikit kesedihan masa deal pasal mesin jahit ni kat gerai tu.. mamat salesman gerai tu budak lelaki muda.. Sedih la aku tgk dia.. masa nak isi borang, dia kononnya tolong tuliskan borang utk aku. Boss dia (pompuan) gi fotostat. Time nak isi borang tu aku tengok mamat tu terkial2.. rupa2nya tak berapa reti mengeja... ish ish ish.. nak eja Pensyarah pun tak tau.. (jadi PESYARAH), nak eja Universiti lagi lah haru.. entah apa2 diejanya. Pastu bila tulis alamat aku pun nak isi dalam kotak tu tak reti (tak de space antara perkataan). Last2 aku dah geram, aku tunjukkan mcm mana nak isi borang tu, dan siap eja kan satu2 perkataan...

Ya Allah.. ada lagi anak muda kita yang hampir2 buta huruf.. hmm.. sedih kan.. dulu kat sekolah dia buat ape? tak sekolah ke dia.. macam2 pertanyaan kat kepala aku ni.. rasa nak tanya tp tak patut la pulak.. Sebagai seorang pendidik.. aku rasa tak keruan... really.. it's really hurts melihatkan keadaan sedemikian... lelaki pulak tu...

OK stop bersedih.. huhu.. tak sabar2 tunggu mesin jahit tepi singer ku yang baru... :D

~mel

Isnin, 9 April 2012

Happy Anniversary abah & mak..

Hari Sabtu 7/4 kami balik ke Gombak setelah aku habis kelas pukul 8-11 pagi dan hubby abis keja pkl 11.30-2.00 ptg. Kebetulan mnggu ni kami berdua kena kerja.. tp sbb mmg dah plan lama utk balik so aku dpt arrange utk ngajar di Penang je minggu ni.. jadi sempatlah balik after class.. Kami gerak dari USM pkl 2.30ptg... berhenti di Tapah utk mengisi perut.. hubby belanja Dunkin Donuts.. tp bukan makan donut tapi makan sandwichnya yg sgt sedap... huhu.. Sampai di Gombak dlm pkl 7.. masing2 kepenatan..

Tuna sandwich Dunkin Donut.. sgt sedap, rotinya adalah Croisant... hubbyku makan sandwich Chicken Mayonaise... sedap juga...huhu

Esok harinya jam 11 pg dah bersiap2.. utk ke Al-Rawsha.. inilah event yg ditunggu2.. makan2 utk meraikan ulangtahun perkahwinan ibubapa mentuaku.. semoga sentiasa berbahagia hendak nya ke akhir nyawa.. semoga dipanjangkan umur.. dan dalam limpah dan rahmatNYA buat keduanya...

Anyway.. enjoy the photos dari iPhone aku ni.. boleh tahan jugak gambarnya..


Inilah tempat kami makan2 bagi meraikan anniversary abah & mak hari Sabtu hari tu.. setelah berchatting & berbincang akhirnya semua setuju nak meraikannya di sini...


incik hubby & eryna di depan kaunter Al-Rawsha.. teruja nak masuk Al-Rawsha ni sebab tak pernah dtg.. huhu...


Gerai air & ice cream

Menu...


Mak, abah, khani & dani.. sementara menunggu kedtgan makanan..


lilin 4 btg..

bukan pengantin yg tiup... cucu2 yg sibuk nk tiup lilin...

Upacara potong kek... hehe..

pasangan pengantin baru yang bahagia... mak takmo disuap.. hehe...:P

Geramnya nak capai air mangga tu.. (satu jug RM 48)



Me, Hubby & Eryna..

Eryna & Aliff...


Gaya nakal eryna..


kembang idung aku kena suap kek dak hubby... huhu


sedang menunggu makanan.. dgn tak berapa sabarnya..


eryna siap main lari2 dalam Al-Rawsha tu..


Shisha di Al-Rawsha...



Aliff main garfu.. mintak nak makan ice cream tp last2 dapat ice cream McD jer.. :P

Appetizer..

Lamb Moghut utk kami berdua.. kuantitinya boleh makan 4 org..huhu

Time makanan sampai mmg sibuk masing2 nak amik gambar.. lepas start makan semua senyap.. xde dah gambar2.. :D


the family setelah selesai makan2..

Kebetulan sebab dah plan awal2.. aku memang dah ambil cuti awal2 Isnin dan Selasa utk event ni.. Tengok2 tetiba hari Rabu jadi cuti umum.. alhamdulillah.. dapatlah aku cuti 5 hari berturut.. lega rasanya.. pagi tadi bangun2 nak gosok baju hubby gi kerja, tetiba dengar suara hubbyku mengejutkan eryna... cepat2 aku lari ke dalam bilik dan cakap... ehhh.. xyah kejut eryna laa... hari ni kan mummy & eryna cuti... hihi... hubby cakap... lupaaaaa..

Cuti2 ni mcm2 plan dalam kepala nak buat macam2.. tp entah jadi entah tidak.. silap2 aku lepak2 & main dgn Eryna je la.. :P

~mel