Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Selasa, 16 April 2013

Singapore..

Post ini boleh lah dianggap post yang dah basi.. huhu.. maklumlah dah berminggu2 ke Singapore baru petang ni sempat nak update blog.. kalau nak ikutkan kerja memang tak berupdate lah blog ni.. kesibukan yang sentiasa melampau2...

Kami (my family & my sister's family) telah ke Singapore (Resort World Sentosa- Universal Studio spesifically) pada cuti sekolah 25 hingga 27 Mac lepas.. 3d 3n package.. The trip was really2 good and fun.. kami semua memang sangat2 suka lah... tak terkata...Trip ni mmg dah dirancang di mana kami xmo duduk Johor.. sebab mmg nak enjoy sakan di Spore... so aku (trip organiser) telah memilih untuk stay di Resort World Sentosa. Aku pilih package 3D2N All Attractions Package yang boleh didapati di sini. Package ni berharga SGD628 yang merangkumi:
-  2 nights stay in choice of following hotels, Festive Hotel/Hotel Michael/Hard Rock Hotel/Equarius Hotel.
-  2 x One-Day Admission to Universal Studios Singapore
-  2 x One Day Admission to S.E.A Aquarium
-  2 x One Day Admission to Adventure Cove Waterpark
Aku amik Festive Hotel (sesuai utk yang berkeluarga) yang aku rasa sangat berbaloi2... package ni pun memang ok dengan harganya.. hotelnya sangat best!

My sister datang dari Kelantan and sama2 fly dengan kami dari Penang Airport utk ke Singapore.

Sampai2 kami checkin hotel dan terus ke Adventure Cove Waterpark yang sangat-sangat best. Budak2 semua termasuk Eryna memang tak nak keluar dari Waterpark tu... memang best giler lah.. cuma xde amik gambar sgt dalam waterpark sebab semuanya kebasahan.. barang2 tingaal dalam locker yang berharga SGD 10 to SDG 20 perlocker..  Pilih je la nak yang besar mana... So, memang enjoyla the first day... after dah penat2 baru balik hotel.. Malam tu kakak aku ajak pi ronda Singapore... okey... so kami beramai2 naik LRT merentasi Singapore.. ke Orchard Road.. kakak aku dah gila sikit kat situ.. huhu.. mujur tak gila terus.. kalau tak xdapat diselamatkan lagi laaa... hahaha

 Second day... barulah  melawat ke tempat tujuan utama..Universal Studio.. masuk2 je kat situ memang perasaan terus berubah.. really rasa macam berada dalam filem.. memang sukar digambarkan perasaannya.. kalau korang nak rasa pergilah sendiri ya...hahaha.. malas aku nak describe.. So..enjoy je la gambar kat bawah ni.. Kalau nak masuk semua gambar kang penuh pulak blog ni...tapi apa2 pun memang best.. bukan macam fun fair biasa.. hehe...

















Last day kami berjalan2 di Sea Aquarium dalam Resort World juga... then after checkout hotel..tinggal barang di hotel kami merayau2 di bandaraya Singapore... sempatla ke Marina Bay, tengok naga keluar.. pergi ke Masjid Sultan dan makan murtabak Zam Zam yang sgt sedap.. tak lupa juga sempat mengintai kain2 pasang yang cantik2 di area situ... tertangkaplah sepasang kain yang tak tau bila nak jahit tu...



~mel.. penat nak tulis... gambar biarlah serabut.. huhu
p/s tgk muka kami pun tau best!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan